10 Idea Hadiah Bajet untuk Ayah Sempena Hari Jadi, Anniversary, Hari Bapa etc

Assalamualaikum

 

Lately banyak entry pasal idea hadiah je kan? Harini nak share mengenai idea hadiah untuk ayah pulak. Tak kisah la nak hadiahkan sempena hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, hari bapa etc. Kalau nak hadiahkan buat ayah mertua, pakcik korang, sesiapa sajelah yang bergelar ayah pun boleh. Jom kita tengok idea apa yang sesuai untuk dihadiahkan buat bapa korang =D


Idea Hadiah Untuk Ayah 

 

1. Kurta

 

kurta labuh hadiah untuk bapa

 

Link Shopee : KURTA AL HAFIZ

 

Kurta boleh dipakai ketika ayah ke masjid. Kena beli size & warna yang betul mengikut peringkat umur ayah korang. Kalau ayah dah berusia, eloklah dihadiahkan dengan colour yang gelap macam biru gelap, coklat atau warna putih pun segak. \0/

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Alhamdulillah dpt dah kurta. Sy pick up sendiri sbb tak sabar nak bg kat ayah hehe alhamdulillah saiz dgn ayah saya sgt ok dan dia ckp selesa. Kalau ada rezeki lebih saya order color lain ye hehe tq seller”

 

“Sampai dah baju raya utk suami.. warna cantik, kain elok, saiz pun besar. 5 bintang”

 

“Fast delivery ...good quality product .... husband like it very much may repeat order”

 

2. Kain Pelikat

 

kain pelikat hadiah untuk ayah

 

Link Shopee : KAIN PELIKAT GAJAH DUDUK

 

Selain kurta, korang juga boleh hadiahkan ayah korang dengan kain pelikat. Antara jenama kain pelikat yang popular mestilah kain pelikat Gajah Duduk. Aku pun ada beberapa jenama kain pelikat nie. Memang best pakai. Kainnya selesa untuk solat, atau santai-santai di rumah pun boleh. =D

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Design cantik. Material kain pun okay. Selesa dipakai. Suka design pelikat jenis black & white ni. Nampak moden. Puas hati beli. Thank you seller.”

 

“i bought this kain for my  brother bcs he’s more comfortable using kain than shorts at home. even during mco, the seller gave an excellent services. the quality also nice and soft. even random colour, the colour still nice. thank you seller, gonna repeat again hehe”

 

“Cantik pattern ni! Husband pun suka. Kain selesa n sejuk, tapi keras sikit. Kena basuh dulu sebelum pakai. Dapat dlm kotak, rasa mcm exclusive pulak. Kemas packaging nye.”

 

3. Jam Tangan

 

jam tangan hadiah untuk ayah

 

Link Shopee : JAM TANGAN WISHDOIT

 

Selain kurta dan kain pelikat, korang boleh juga hadiahkan jam tangan untuk ayah korang. Make sure beli jam tangan yang sesuai designya mengikut peringkat umur tau. Dari pemerhatian aku, golongan ayah yang dah berusia lebih meminati jam tangan yang tali dia jenis metal berbanding kulit, and jenis simple je. Kalau yang jenis warna gold pun dia suka (macam ayah aku –.-) Ayah aku siap hadiahkan aku jam tangan warna gold lagi masa aku nak masuk universiti. Sabo jela disebabkan pemberian ayah, aku pun pakailah dengan cermat hihi.

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Bought it for my dad for Christmas present. Forgot to take a photo before I wrap it. But condition of watch is value for money! I'm satisfied, hopefully my father loves it. ❤”

 

“Item sampai cepat sangat! Jam pun cantikkk, nampak exclusive . Sesuai sangat nak bagi sebagai hadiah”

 

“Jamm cantikkk!! Mak beli untuk hadiah kat adik lelaki..harap harap dia suka laaa.. recommended!”

 

4. Sandal

 

sandal dr cardin hadiah untuk abah

 

Link Shopee : SANDAL DR CARDIN

 

Sandal juga boleh dijadikan hadiah untuk ayah korang. Make sure sebelum beli, baca dulu feedback dari pelanggan, and check kualiti, keselesaan sandal yang korang nak beli. Okay?

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Dh sampai. Beli tuk birthday abah. Pos ke kg. Minta adik sorokkn dulu. Tp sampai terus ke tgn abah sb sampai time adik keje. Huhuhu..terus sarung tak sempat celebrate birthdays abah. Ingatkn lewat sampai sb pending banjir. Apa pun servis terbaik. Yg ptg abah suka. Harga pun murah time sale”

 

“Cantik dan tapak nye pun lembut je,sesuai tuk atok sye...tq seller”

 

“Pembelian kali ke tiga dengan seller ini tapi kali ini beli selipar untuk cik suami.katanya selipar yang beli sebelum ini lembut dan selesa sangat.sesuai untuk pakai bersiar2 atau shopping.terima kasih seller”

 

5. Al-Quran

 

annur al quran untuk hadiahkan dekat ayah

 

Link Shopee : ANNUR AL QURAN

 

Al-Quran merupakan hadiah yang bermakna untuk dihadiahkan buat ayah. Di usia ayah yang semakin lewat, lagi-lagi bila dah pencen, diorang lebih banyak meluangkan masa dengan mendalami agama seperti membaca Al-Quran. Pemberian hadiah Al-Quran sangat bagus, inshaAllah syurga buatmu anak-anak. T_T

 

6. Kerusi Malas

 

kerusi malas hadiah untuk bapa

Link Shopee : KERUSI MALAS

 

Ayah aku suka benor lepak atas kerusi malas. Kekadang sampai boleh tertidur lah atas kerusi malas tu. Lagi-lagi bila duduk dekat beranda rumah. Dengan angin sepoi-sepoinya. Ayah korang macam tu tak?haha. Kalau dekat rumah korang belum ada kerusi malas, apa kata korang hadiah satu untuk ayah korang.

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Kerusi okatly. Besi pun nampak kukuh. Getah dia pun soft. Harap tak kendur cepat. Selesa pun selesa. Siapa nak beli i recommend this one. Worth the price”

 

“Barangan diterima dgn baik dan cepat.Berfungsi denganbaik. Cantik warnanya.Boleh repeat order.Dibungkus dengan baik.Semua makhluk di dunia suka duduk.Kucing saya siap tidur hingga hingus meleleh.Spring nya berfungsi dengan baik.Begitu juga tali pun kuat .Boleh dilipat dengan baik ,senang bawa ke mana”

 

“Mak ayah suka beli kat diorang satu sorang ..barang sampai elokk..postage murah...tq sellerr”

 

7. Wallet

 

wallet fossil hadiah untuk ayah

 

Link Shopee : WALLET FOSSIL

 

Maybe korang kena beli wallet yang berjenama sikit untuk dihadiahkan buat ayah korang. Contoh wallet yang korang boleh beli ialah jenama Fossil seperti diatas. Bukan apa, risau nanti bila beli wallet yang agak murah, cepat rosak.

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Belikan untuk husband. Husband suka. ❤️ Kualiti mmg okey sgt. Bau leather.. Trusted.. Terbaik..!”

 

“Penghantaran laju . Kemas elok siap kotak . Suami suka . Masuk ni dah dua kali beli dengan Fossil ni . Confirm original .Thanks seller ”

 

“Product received in good condition. Bought it for dad. Hope he likes it. Thanks!”

 

8. Sejadah

 

sejadah exclusive hadiah untuk mak

 

Link Shopee : SEJADAH EXCLUSIVE

Jom kita hadiahkan pula Sejadah untuk ayah. Mungkin korang teragak-agak untuk nak beli bila tengok harga sejadah kan? Sama lah aku pun T_T But kalau korang mempunyai budget yang cukup, tak salah kiranya hadiahkan sejadah yang berkualiti & selesa untuk ayah beribadat kan? InshaAllah syurga buatmu anak-anak. gituh. >.<

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Cantik sangat.Tebal pun ok,size pun ok besar sikit je dari size sejadah biasa.Jahitan semua kemas.Thank you”

 

“High quality sejadah.. macam carpet.. selesa sgt nk solat..siap ada bauan mekah lagi.. sebak sgt bile bau rindu mekah madinah..terma kasih seller.. nnt sy nak repeat beli lg.. semoga murah rezeki sentiasa. Kalau ada jual bauan mekah tlg pm sy ya..terima kasih ❤️”

 

“Puas hati giler! Mmg original sejadah Madina & made in Madina. Tebal & cantik! Exactly as pictured by seller. You will get paperbag skali. Sesuai utk dijadikan hadiah. Terbaikkkkkk....! ❤️”

 

9. Kasut Casual

 

dr cardin kasut untuk hadiah ayah

Link Shopee : KASUT DR CARDIN

 

Apa kata korang hadiahkan kasut casual untuk ayah korang pakai bila keluar jalan-jalan. Ayah keluar jalan-jalan pun jarang-jarang sekali je kan. Nak lah jugak melawa dengan berkasut casual. Kasut di Dr Cardin murah-murah tau. Walaupun murah, tapi berkualiti.

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Hi boss, kasut sudah sampai petang tadi.. Banyak laju penghantaran, kasut nampak smart, kemas, size 5 pun nampak besar juga, bila pakai ada ruang sikit depan tapi takde hal boleh pakai stoking.. Kasut ringan dan sangat selesa. Next time boleh beli lagi. Thank you boss ”

 

“Thank you so much seller My husband love it so much. Size and packaging everything is ok Recommended”

 

“Bought this for my partner's hantaran, he said very comfortable to wear, leather also very nice”

 

10. Ubat Sakit Lutut

 

ubat sakit lutut hadiah untuk abah

Link Shopee : DOXTE JOINT CREAM

 

Bagus kiranya kita sebagai anak-anak bertanyakan khabar ibu bapa terutamanya mereka yang berjauhan dari parents. Sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana kesihatan mereka di kampung. Kalau mereka mengalami sakit lutut, eloklah kita menghadiahkan mereka ubat sakit lutut. Lagi bagus kita beli je untuk mereka. One day bila dia perlukan, benda tu dah ada.

 

Feedback dari Pelanggan

 

“Berkesan sangat. Sblum ni dah beli utk sakit pergelangan tangan sblh kiri, . Beli kali ni utk tangan sblh kanan”

 

“Memang terbaik produk nie… Walaupown tidak dpt menyembuhkan segera tapi ianya boleh melegakan kesakitan terutamanya kesakitan lutut yg dialami.. Skrg cuba kpd bonda sendiri setelah sy sendiri memakainya”

 

“Barang dah sampai dengan selamat. Penghantaran pun cepat. Selalu saya beli dengan seller ni. Barang original bukan tiruan. Saya beli utk mak di kampung berumur 85 thn, krim ini sgt mujarab pada dia”

 

Itu sajalah 10 idea hadiah untuk ayah korang. Semoga dengan idea-idea di atas dapatlah sedikit gambaran tentang hadiah apa yang korang nak belikan untuk ayah. Semoga ayah korang gembira menerima hadiah dari korang. Siapa tak gembira dapat hadiah weh. Harga sesuatu hadiah tu tak penting, yang penting ingatan kita kepada penerima. =D


Baca Juga,

10 Idea Hadiah Untuk Mak

Idea Hadiah Untuk Isteri

Idea Hantaran Pengantin Lelaki

3 Komen untuk "10 Idea Hadiah Bajet untuk Ayah Sempena Hari Jadi, Anniversary, Hari Bapa etc"

Antara 10 ni akak pilih 2 tuk ayah akak kain pelikat n ubat sakit lutut. Nice sharing

Menarik! Paling suka tang sejadah

Back To Top