Assalamualaikum
Bila lah kerajaan nak bagi rentas negeri nie. Makin lama berkurung di rumah, makin banyak pulak duit aku habis sebab shopping online haha. Nak beli makanan makanan dari Terengganu pun pakai online je sekarang. Previously aku beli rempah nasi dagang atas tol di Shopee. Paling latest aku borong makanan-makanan di Pasar Payang. Kebetulan member aku meniaga di Pasar Payang. So aku mintak tolong dia pos.
Aku ada buat vlog (kemain bervlog sekarang haha). Korang jangan lupa subscribe tau. Baru ada 73 subscribes je youtube aku. Sedih kan? Actually aku tak suka sangat bercakap depan kamera sebab aku sebenarnya introvert. Thats why la aku jadi blogger je. Tapi bro cuba la berjinak-jinak untuk buat video bercakap depan kamera. Saja cabar diri untuk bercakap dengan kamera padahal malu malu kucing gitu hahaha. Bestnya kalau handsome sikit mesti confident je nak bercakap depan kamera T_T
Jom tengok apa yang aku beli di Pasar Payang,
Keropok Keping
Kalau dekat kampung stok keropok keping wajib ada di rumah okay. Memang tak pernah putus lah. kalau masak mee goreng, bihun goreng, nasi goreng mesti makan dengan keropok keping nie. Cicah dengan sos cili pun sedap. Makan dengan nasi pun sedap. Semua sedaplah. –.-
Keropok Lekor Vacuum
Kalau nak pos keropok lekor dari Terengganu, kena beli yang vacuum supaya keropok tahan lama. Macam aku diorang pos petang isnin, petang rabu baru sampai.
Rempah Cap Bunga Ros
Rempah nie famous di Terengganu. Mak aku kalau masak gulai mesti guna rempah nie. Sebab tu gulai mak sedap. Bila duduk di perantauan, seriously rindu nak makan masakan mak. Sebab tu beli rempah nie. Kang nak masak gulai ikan aye + terung bulat guna rempah cap bunga ros yeay. –.-
Rempah Nasi Dagang Kak Joh
Member aku ada share dekat aku kalau nak rempah nasi dagang sedap, boleh try rempah nasi dagang Kak Joh ada dijual di Pasar Payang. So, alang-alang nak membeli di Pasar Payang kita selit la sekali rempah nasi dagang Kak Joh nie. Nak buat nasi dagang lagi tu entah bila ye. Yang penting rempah dah ada hehe.
Budu Selera Kg Cap Buah Terung
Tak Terengganu lah kan kalau tak makan budu haha. Budu dengan rakyat Terengganu memang sinonim lah. Dekat area sini pun aku tengok banyak je di supermarket orang kedai kedai Acheh pun ada jual budu dari Terengganu. Aku ada baca di group di Facebook diorang kata budu Cap Buah Terung sedap. Sebelum aku and family di kampung penggemar budu Cap Ketereh.
Nisan Kerek tanpa gula
Nisan kerek kalau di Terengganu rasanya ada 2 jenis. Nisan tanpa gula and nisan campur gula. Yang aku beli nie nisan kerek tanpa gula. Harganya mahal sikit lah compare tu nisan campur gula. Nie kalau letak dalam masakan memang sedap. Sedak do’oh bak kata orang Terengganu. =P
Rojok Kateh
Rasanya rojok kateh takde di negeri lain. Hanya di Terengganu sahaja. Rojok = rojak. Kateh = urat keting. Kalau di sini orang masak urat keting buat sup. Tapi di Terengganu kita buat rojok kateh. Korang yang penggemar rojak, suka benda berkuah masam-masam manis pedas pedas manja gitu mesti suka rojok kateh.
Ini jela antara makanan yang aku beli online dengan kawan aku yang meniaga di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Semua sekali dah RM 100 lebih tau termasuk postage. Semoga dengan entry ini, korang akan mendapat sedikit idea apa yang nak dibeli di Pasar Payang.
Nanti bila dah boleh rentas negeri, confirm ramai yang plan nak balik kampung di Terengganu atau nak datang bercuti ke Terengganu kan. Make sure singgah Pasar Payang tau. Beli makanan-makanan yang aku listkan diatas haha. Done meracun kalian haha. =P
7 Komen untuk "Beli Online Makanan Popular di Pasar Payang Terengganu"
Ada website or Fb X... Akak nk tgk juga. Mana tau leh beli juga.. Hehe
Akak pm saya di FB okay nanti saya bagi contact no orang tu
Haha... sekarang ni banyak duit habis asyik shopping online je kan. Ramai yang buat online bisnez dah sekarang ni.
haha tau takpe.
betul tu , kalau jejak kaki ke terengganu wajib singgah ke pasar payang . baru lah lengkap perjalanan
nanti dah boleh rentas negeri mai lah jalan jalan Tganu haha
Wow byk nye beli. Sume feveret hannis tuuu