Assalamua1aikum
Baru baru ini ada terbaca post azwar pasal dia buat steamboat and grill dekat rumah dengan kawan-kawan. Kita yang baca nie terus excited nak buat jugak. Pantang kena racun ye terus bukak Shopee hahaha. Thanks Azwar layan je soalan aku tanya mengenai hotpan steamboat grill tu. Siap mintak resepi nak buat perapan ayam, kuah steamboat haha. Kau dah kenapa Google jela semua nak suruh orang suap –.-
Aku ada buat video unboxing hotpan steamboat and grill yang aku beli di Shopee. Lets check it out guys! Sebelum tu jangan lupa subscribe channel Youtube aku ye haha (sempat lagi promote)
Sedikit Review Mengenai Hotpan Steamboat & Grill
Bagi aku, hotpan nie berbaloi la dengan harga. Sesuai untuk korang yang teringin nak makan steamboat grill dengan family kecil sebab bendanya kecil comel je. Untuk kuah steamboat, boleh masukkan dalam 1 liter je. Kang habis 1 liter, topup lagi. Kalau family korang ramai maybe boleh beli yang size besar sikit kang nanti takdelah berebut. Yang aku beli nie size paling kecil. Harganya RM 40 lebih termasuk postage.
Tahap kepanasan hotpan korang boleh adjust. Daging ayam yang aku grill pun cepat je masak. Itupun bukak kepanasan medium je. Oh ya, masa aku switch on, tiba tiba ada bunyi *ppomm macam bunyi meletup. Cepat cepat tutup suis. Check apa bunyi meletup tu. Rupanya tempat nak grill tu macam jatuh. Dia bergerak dari kedudukan asal. But still boleh guna. Cemas kejap gue. Dah beli macam-macam weh haha. Ingatkan wire shorted ke overheat ke apa haha. Nasib baik!
Before korang start grill, make sure tutup dulu dengan aluminium foil tau. Aku baca review customer di Shopee dia kata kalau tak letak aluminium foil nanti melekat susah nak basuh. Kang nanti boleh lah pakai lagi.
Steamboat & Grill dirumah
Jom layan video aku ber-steamboat and grill dirumah jom sambil menjilat skrin haha.
Antara bahan-bahan yang korang kena prepare untuk steamboat
1. Seafood ball and seafood mentah seperti sotong, udang, ketam, lala, pepahat, kerang etc
2. Sayur yang sesuai seperti cendawan, brokoli, bunga kubis, carrot, jagung etc
3. Planta
4. Kuah tomyam atau kuah sup
5. Ayam and daging dipotong kecil kecil dan diperap
Kuah steamboat dengan perapan ayam (perapan sate & perapan blackpepper) yang aku buat tu rasanya takdelah sesedap macam dekat restoran tapi boleh la sekadar nak makan ramai ramai dengan family. Cara nak buat pun simple je. Just guna bahan-bahan yang dah ada dekat rumah. Aku perap ayam lebih kurang 3-4 jam macam tu je. Kalau perap lagi lama maybe rasanya lagi umphh kot.
Resepi Kuah Stemboat (Tomyam)
1. 2 pes tomyam Adabi, 1 pes asam pedas Adabi, anggaran 2 liter air, 5 helai daun limau purut, 1 serai dipenyek.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk.
3. Biarkan sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam, gula dan asam limau mengikut selera tekak masing-masing. Dah siap.
Resepi Ayam Perapan Sate
1. Blend bawang putih dalam 7 ulas, bawang besar 3 bijik, halia 1 inci.
2. Masukkan sedikit kunyit debu 1 sudu kecil, serbuk jintan manis 1 sudu kecil, serbuk jintan putih 1 sudu kecil, serbuk ketumbar 1 sudu kecil, sedikit gula melaka, garam and gula pasir mengikut selera korang. Dekat rumah aku takde serbuk jintan itu semua. So aku tumbuk bagi lumut.
3. Kalau nak manis lebihkan gula. Perapan nie sedap diorang kata macam sate kat kedai tu. Alhamdulillah =P
Resepi Ayam Perapan Blackpepper
1. Serbuk blackpepper, Serbuk lada sulah, olive oil, garlic pepper and sos tiram.
2. Garam dengan gula tak payah letak pun takpe sebab memang dah sedap dah.
3. Kalau ada Origano boleh letak sekali.
Kalau korang makan di restoran biasanya lagi banyak perapan yang diorang sediakan. But 2 perapan nie pun dah cukup mengenyangkan weh. Lebih kurang 2 jam jugak lah kitorang ber-steamboat grill. Memang puas hati. So korang kalau nak cuba buat steamboat and grill di rumah, boleh ke Shopee and search je hotpan steamboat & grill nanti jumpa la or tekan link shopee dekat bawah nie okay!
Link Shopee : https://shp.ee/5eycfyz
Selamat ber-steamboat & grill korang!
10 Komen untuk "Homemade Steamboat & Grill Beli di Shopee Jee"
Dapur steamboat tu sama dengan dapur steamboat ccl juga . Ccl dapat masa hadiah annual dinner tahun lepas
Senang kan kalau ada dkt rumah. Tak oayah pergi kekedai. Makan dkt rumah kenyang pun kenyang
Dah try guna ke? okay tak
tula x payah risau nak makan sampai malam pun boleh kan haha
Bestnyaa aritu nk beli gk, tp xde tmpt nk simpan brg2. Byk sgt harta benda. So ni da dpt duit dr google adsense niat di hati nk tmbh rak dapur utk ltk brg2.. hehehehehheheehe
Bestnya dapat duit dr Adsense 😍
Yeahh perghh dia punya steamboat nampak lagi sedap pula. Rasa nak repeat lagi nanti.
serius menarik hafiz! berbaloi beli..nk beli juga..lah!
Hahaha alhamdulillah azwar. Puas hati makan
Cepat bukak Shopee! 🤣🤣🤣