Assalamualaikum

 

Penangan lama tak balik kampung. Tekak teringin nak makan macam-macam lah makanan Terengganu. Kali ini teringin nak makan nasi dagang pulak. Dekat area rumah ada je orang jual nasi dagang. Tapi rasanya tak ngam macam di Terengganu. Ada satu kedai nasi dagang di Taman Equine, Seri Kembangan nasi dagang dia sedap do’oh weh. Nama restoran tu Kafe Masakan Terengganu Asli. Seriously sedap. Korang kalau teringin nak makan nasi dagang sedap, aku cadangkan ke restoran tu. Confirm puas hati!

 

Disebabkan teringin nak makan nasi dagang, tangan terus gatal bukak Shopee. Kita beli rempah nasi dagang di Shopee. Kang buat sendiri baru puas hati makan. Sedap ke tak tu lain ceritalah haha. Aku beli set beras nasi dagang atas tol 900gram + rempah gulai + halba. Nasi dagang atas tol nie bukan saja popular dalam kalangan rakyat Terengganu but orang luar kalau datang Terengganu memang WAJIB lah singgah makan di Nasi Dagang Atas Tol.

 

rempah nasi dagang atas tol shopee

 

Aku ada lah tanyakan beberapa orang kawan aku cara nak buat nasi dagang. Thank you yang tak lokek kongsi resepi tu. Risau sebenarnya nak buat nasi dagang nie tak pernah seumur hidup aku lah buat nasi dagang sendiri. Nie kali pertama nak cuba buat. Kang kalau sedap boleh la kita open order mana tahu boleh bukak kedai sendiri haha. Berangan itu free ya. Actually dekat packaging dah ada resepi nak buat nasi dagang. Mari kita belajar caranya.

 

Bahan-Bahan Gulai Ikan Nasi Dagang Atas Tol

1. 1-2 kg ikan tongkol (dikukus terlebih dahulu)
2. 1/2kg santan
3. 3 liter air
4. 1 senduk cili kisar
5. 1 paket Rempah nasi dagang atas tol
6. 4 biji bawang besar (dikisar)
7. 2 ulas bawang putih (dikisar)
8. 1 inci halia (dikisar)
9. 2 inci lengkuas (dikisar)
10. 3-4 asam keping
11. Garam dan gula secukup rasa
12. Cili api & belimbing buluh

Cara Penyediaan Gulai



1. Masukkan santan berserta air dan rempah nasi dagang atas tol bersama bahan kisar
2. Masukkan cili kisar, garam dan asam keping
3. Masak sehingga pecah minyak
4. Perlahankan api dan masukkan ikan tongkol bersama cili padi dan belimbing buluh
5. Biarkan selama 10 minit
6. Padamkan api dan gulai sedia dihidang.

* Untuk lebih sedap, gunakan air ikan kukus untuk gulai

 

Cara Penyediaan Nasi Dagang

1. Basuh dan rendam beras nasi dagang selama 2 jam
2. Kukus beras sehingga separuh masak
3. letakkan beras didalam bekas asing, siramkan beras bersama 2 gelas santan cair dan kacau sehingga rata.
4. Kukus semula beras tersebut sehingga masak sepenuhnya
5. Setelah beras sudah masak sepenuhnya, angkat dan siramkan bersama 1 cawan santan pekat, gram, halba, bawang merah, halia yang dimayang
6. Kacau hingga nasi rata dan nasi sedia dihidang.

 

Aku ada juga mintak kawan-kawan aku share resepi nasi dagang. Jika dibandingkan dengan resepi dari nasi dagang atas tol, bahan-bahan yang diletak and cara nak buat lebih kurang sama je. Cuma ada penambahan beberapa bahan contohnya kerisik, belacan, jintan manis, ketumbar, gula melaka, air asam jawa (untuk menggantikan asam keping).

 

resepi nasik dagang terengganu

 

So inilah hasil berpenat lelah memasak dari pagi sampai lah ke tengahari. After zohor baru boleh makan. Memang renyah ye nak buat nasi dagang nie. Patutlah mak aku pun biasanya buat nasi dagang time hari raya je. Itupun kalau ada anak-anak yang request.

Kalau tengok gambar nasi dagang aku tu, aku sendiri pun tak berpuas hati dengan hasilnya. Color kuah pun macam tak menarik and kuah nampak cair sikit. Aku komen dulu siap siap sebelum chef chef terkemuka datang komen T_T

 

Aku ada lah tanya kawan aku kenapa kuah aku macam tak berapa ngam. Dia kata maybe sebab aku masak kuah sekejap. Memang betul pun haha. Tak sanggup lagi dah nak tunggu aku dah laparudinnn –.- Dia kata kena masak lama sikit masa menumis rempah rempah tu biar betul betul masak. Ada kawan aku tu dia masak dekat 2 jam. Hasilnya memang sedap lah.

 

kena masak lama sikit masa menumis rempah rempah tu biar betul betul masak!

 

Nanti nak cuba lagi buat sampai betul betul jadi macam dekat nasi dagang atas tol tu. Kau tengok lah. Gue pantang menyerah! –.-

 

Korang yang nak dapatkan beras dan rempah nasi dagang atas tol tu, just search je di Shopee okay. Banyak je seller di Shopee. Diorang siap ajar cara nak masak lagi. Selamat mencuba! =D