Tempat Makan Nasi Beriani Gam Sedap Berhampiran Putrajaya

Aku kalau teringin nak makan nasi beriani gam berhampiran  Putrajaya, dalam kepala mesti duk terbayang nasi beriani gam di Kafe Beriani Gam Putrajaya (B.G.P) je. Dah berkali-kali juga pekena nasi beriani dekat sana.  So far so good. Alhamdulillah sedap!


nasi beriani sedap di Putrajaya

 

Hujung bulan July lepas ada singgah makan di B.G.P. Terkejut kita sebab ramai pulak customer. Siap ada busking. Meriah betul. Biasa takdelah seramai nie. Maybe sebab datang weekend kot. Around pukul 2.00pm. Hari Sabtu pulak tu. Nak dapat parking pun susah.

 

harga menu di nasi beriani putrajaya

 

Ini antara menu yang terdapat di sana beserta harga. Rasanya ini diorang dah revise harga lah. Harap rasanya masih sama ye hehe.

 

nasi beriani gam sedap di putrajaya

 

Kalau datang makan di B.G.P confirm kenyang seamat kenyang sebab portian besar betul. Aku yang tak makan banyak ini boleh kongsi dua orang kot. Tapi kalau betul kelaparan, memang habis jugak sepinggan. Biasanya aku akan mintak nasi separuh untuk mengelakkan pembaziran hehe.

 

nasi beriani daging yang sedap di PUTRAJAYA

 

Ini nasi beriani + daging. Tapi saya sedikit kecewa ye sebabnya daging keras. Ya allah kasihanilah saya yang giginya dah tak kuat nie. Alangkah lebih sedap kalau daging tu dimasak sehingga benar-benar empuk. Kalau dah keras macam tu memang tak boleh lah aku nak habiskan. Makan nasi dengan kuah je jawabnye T_T Nasib baik kuahnya sedap!

 

nasi beriani kambing sedap di Putrajaya

 

Ini nasi beriani + kambing. One of my fav jugak nie. Tapi kalau orang belanja je aku order nie sebab harga agak mahal kan hehe. Tapi sayang kambingnya macam banyak lemak pulak. Ke apa orang yang liat tu. Agak bernasib malang sikit lah kali ini. Takpelah nextime kita datang lagi semoga diorang dah perbaiki kekurangan itu.

 

Korang kalau datang ke Putrajaya, jangan lupa singgah makan di B.G.P tau. Boleh waze je. Kedainya tepi jalan besar (Jalan Kajang-Puchong) dan beroperasi dari 10am – 11pm.

2 Komen untuk "Tempat Makan Nasi Beriani Gam Sedap Berhampiran Putrajaya"

Lamanya tak pergi putrajaya. Boleh la singgah makan sini kalau pergi nanti

uik boleh tahan jugak harganya tu ya...

Back To Top