Hafiz Hafizol | Bukan Sekadar Rupa

Blog mengenai tempat-tempat menarik ketika bercuti, pengalaman percutian yang best, tempat makan best, kedai makan yang popular, resepi masakan yang mudah, tips untuk lelaki dan sebagainya.

19 August 2020

Surprise Birthday di Astana Putra UPM, Serdang

  Hafiz Hafizol       19 August 2020

Ini bulan lepas punya cerita tau. Member tiba-tiba bawak ke Astana Putra UPM, Serdang. Rupanya ada lagi member lain yang dah tunggu di sana. So, kena la buat-buat terkejut ‘eh eh, macam kenal jeee’ haha. Bila dah settle order makanan, tiba-tiba member bawak kek. Sekali lagi buat-buat terkejut ‘ eh eh, birthday siapa nie? Birthday saya kee?’ hahaha. Thank you korang yang celebrate my birthday. Every year ada je small celebration dari kawan-kawan. Alhamdulillah. Ada juga yang sayang kan. tibe. –.-

 

KEK baker cottage sedap

 

Nie kek dari Bakers Cottage. Biasa kalau nak beli kek, memang suka beli di Bakers Cottage nie. Sedap & berpatutan. Nak beli perslice pun ada. Kalau di Putrajaya, korang boleh ke Bakers Cottage Presint 8.

 

Mari tengok pula apa yang kitorang makan di Astana Putra nie. Sedap ke makanan di sana? Ini antara menu yang terdapat di sana.

 

senarai menu astana Putra

 

Banyak juga menu yang diorang sediakan. Kitorang pilih menu SET A seperti dalam gambar diatas. Ambil Siakap masak steam royale sebab staff depa kata sedap. Sayur pilihan chef ialah sayur kangkung goreng. Pastu tambah lagi menu Nasi Abang Jamil + Nasi Tomato Mamu & meatballs.

 

senarai menu di astana putra

 

Duk bergambar sakan dengan kek birthday, tup tup dah sampai dah makanan.

 

makanan di astara putra upm

 

Meatballs. Nampak sangat menyelerakan ye. =D

 

menu sedap di astana putra di UPM

 

Nasi Abang Jamil + Nasi Tomato Mamu. Tak tahu la bagaimana menu ini mendapat nama, siapakah Abang Jamil pun masih menjadi rahsia haha. Semoga Abang Jamil dapat memperbaiki lagi rasa dan kualiti makanan anda.

 

menu di astana putra UPM

 

Mee Bandung Muar. Memang meriah dengan isinya. Tapi rasanya mungkin dapat diperbaiki lagi supaya setaraf dengan namanya. Selaku penggemar mee bandung, saya kecewa bila merasa mee bandung anda. T_T

 

menu menarik di ASTANA PUTRA

 

Ikan Siakap Stim Royale. Menu yang paling last sekali sampai. Tapi menu ini paling mengecewakan kami semua. Mungkin bukan rezeki kitorang nak merasa makanan sedap di Astana Putra. Depa nie saje kan nak suruh kitorang datang lagi cuba menu lain pulak.

 

But tak dapat dinafikan memang cukup cantik dekorasi di Astana Putra. But sayang tempat yang cantik jika tidak menyediakan makanan yang enak-enak buat pelanggan. Ramai tau pelanggan depa. Kemudahan seperti toilet & surau yang selesa pun ada disediakan.

 

busking best di ASTANA PUTRA

 

Ada busking juga. Suara vocalist buskers (perempuan) seriously terbaik gila. Sambil menikmati makan malam, korang dihiburkan pula dengan nyanyian merdu. Ye, memang di Astana Putra nie port makan malam yang perfect but dari segi kualiti makanan tu mungkin perlu dilakukan sesuatu supaya keenakannya tiada tandingannya sampai menjadi buat mulut para pelanggan. gituh.

logoblog

Thanks for reading Surprise Birthday di Astana Putra UPM, Serdang

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Ikan siakap stim royal tu masak ke tidak. Macam tak masak je..Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye kak tak masak. Kitorang suruh diorang masak semula :(

      Delete
  2. alamak hampir semua makanan tak sedap ni...hahahhaha

    ReplyDelete