Dah lama tak makan KFC. Rasanya last makan KFC awal tahun nie kot. Masa tu belum ada lagi menu Soy Garlic Glazed Drumette. What? Menu baru? Haah wak. Kita baru je bukak website KFC sebab nak tengok menu baru tu la. Kesian kan? Nasib tak jilat skrin. Meh nak belanja gambar menu baru dari kFC iaitu Soy Garlic Glazed Drumette, yang diispirasikan dari korean chicken. Korang yang suka korean chicken wajib try then komen dekat sini sedap ke tak? Okay? hiks.
Soy Garlic Glazed Drumette
Memandangkan di Malaysia sudah banyak korean restoran dan sering mendapat sambutan yang hangat, kini kFC pula memperkenalkan menu baru ala Korean chicken. Menu Soy Garlic Glazed Drumette merupakan menu yang diispirasikan dari Korean style dan baru diperkenalkan bermula 10th March yang lalu. Menu ini boleh didapati di semua outlet KFC di seluruh Malaysia. So dah boleh bayang tak kesedapan korean chicken tu macam mana? =P
Harga Soy Garlic Glazed Drumette
9-pcs Soy Garlic Drumette berharga RM 20.90 boleh dimakan untuk 1 keluarga yang kecil. Kalau 5-pcs, harga RM 12.50 sahaja. Nak makan sorang/berdua, boleh ambil 3-pcs RM 7.50. Kalau nak order 1 box (Box A) pun boleh. Mengandungi 2-pcs Soy Garlic Drumettes, Zinger Burger, 1 ketul ayam, 1 coleslaw, 1 whipped potato dan 1 minuman. So bolehlah decide nak order yang mana mengikut selera masing-masing ye.
Sepanjang PKP, korang yang teringin nak menikmati keenakan Soy Garlic Glazed Drumette, boleh order melalui food delivery services. Tak payah nak keluar rumah. Duduk je diam-diam dirumah okay. Nanti abang kakak runner akan hantar makanan korang.
Western Food Delivery
Mungkin korang teringin nak makan western food, German Food, French Cuisine or Italian Pizza etc, korang boleh order di western food delivery. Mana tahu kan sepanjang PKP asyik makan asian cuisine, tiba-tiba teringin nak makan western cuisine. =D
2 Komen untuk "Menu Baru KFC Korean Soy Garlic Glazed Drumette"
sedapnya pijol...macam nak drive thru je esok! sekarang nak order delivery, da start curfew lakkk
Tolong order untuk kita sekali ye hihi