Majlis Farewell di Bora Ombak Putrajaya

Bulan Februari yang lalu, company aku telah mengadakan satu majlis farewell Datuk CEO kitorang di Bora Ombak, Putrajaya. Aku sempat bekerja dibawah Datuk 4 tahun je since March 2016. Sepanjang 4 tahun, pernah sekali naik satu lif dengan Datuk.


Ingat lagi pagi tu aku sampai office pakai selipar je. Kasut aku tinggal bawah meja dekat office. Datuk senyum dekat aku. Sekali Datuk tanya, “mana kasut awak?“ Lebih kurang macam tu lah soalan dia. Terkedu aku tak expect langsung dia akan tegur aku hehe. Itu jela kenangan aku dengan Datuk yang aku tak boleh lupa –.-


Majlis Farewell di Bora Ombak Putrajaya


Datuk memang sangat dikagumi oleh semua staff teruatamanya senior staffs dengan keperibadian beliau. Sayu je muka semua orang. Lagi-lagi bila tayang slide gambar kenangan sepanjang Datuk menerajui company.


Dari Putrajaya takde apa-apa sehinggalah sekarang Putrajaya gah di mata masyarakat sehinggalah ke luar negara phewit! Thank you so much Datuk diatas segala jasa & pengorbanan demi membangunkan W.P Putrajaya. Selamat bersara & semoga Datuk sentiasa berada di dalam redha Ilahi, sentiasa dilindungi oleh-Nya. InshaAllah.


farewell di Bora Ombak Putrajaya


Lawa gak Bara Ombak nie. Ini firstime masuk Bora Ombak. Sebelum ini lalu je tepi Bora Ombak. Korang yang nak kahwin, boleh la try mintak quotation dari Bora Ombak. Memang meletup lah majlis kahwin korang didalam Bora Ombak nie.


Akustik Band farewell di Bora Ombak Putrajaya


Majlis farewell diiringi dengan persembahan band. Aku tak sure apa nama band. Maybe band Bora Ombak sendiri kot. Nice gak ah diorang perform. Nyanyi lagu tangkap leleh je memang sesuai lah dengan majlis farewell.


minum petang di Bora Ombak Putrajaya 2020


Ini antara makanan yang disaajikan untuk kitorang. Ada soto, roti jala, serawa durian, popia, nasi goreng, dessert etc. Soto tu nampak mengancam kan? Okay lah not bad juga makanan di Bora Ombak. After makan di dalam dewan, masing-masing excited ke luar dewan. Ada something special weh dekat luar dewan! Apa yang special sangat tu?

Durian !!!!

Wuhu thank you penganjur majlis yang sponsor durian. Allahu terharu & happy sangat haha. Hanya peminat durain je faham perasaan happy tu macam mana –.-
Dia bawak pulak durian udang merah, D24. Wuuuu my favourite. Kalau ada musing king lagi ngamm. Aum. –.-

GAMBAR BUAH DURIAN SEDAP SANGAT


Nah belanja sekeping gambar durian. Sila jilat skrin masing-masing bhaha. =D
1 Komen untuk "Majlis Farewell di Bora Ombak Putrajaya"

aaa jeles nengok durian tu!!!

Back To Top