Dinner Ikan Bakar Sedap di Putrajaya

Biasanya kalau nak dinner ikan bakar, sanggup ke Bangi. Memang tak pernah pun dinner ikan bakar di Putrajaya nie sebab risau tak menepati selera. Lagi satu, takut harga tak kena dengan rasa. Maklumlah makanan di Putrajaya nie bukannya murah. 


Kalau makanan mahal, tapi rasanya sedap still boleh diterima tapi kalau sebaliknya daku mesti kecewa yang amat hihi. Baru-baru nie aku dinner di FZ Warisan Bistro, Ayer@8, Putrajaya. Saje nak try sebab tengok blogger Ben Ashaari review kedai ini ikan bakarnya sedap. Tiba-tiba mengidam ikan bakar tak tahu lah kenapa –.-


ikan bakar sedap Putrajaya 2019


Aku order set ikan pari bakar. Harganya around RM12. Alhamdulillah sedap. Kuah perapan ikan bakar dia sedap. Ikan pari pulak besar boleh makan 2 orang. Tapi kalau korang jenis kuat makan entah-entah 1 set pun tak cukup. Selain ikan pari, ada juga ikan siakap bakar (harga mengikut saiz), cencaru, bawal, talapia, kembung, keli, kerang bakar pun ada tau. Selain ikan bakar, banyak juga menu lain yang korang boleh try di FZ Warisan Bistro ini.


nasi dedek ikan keli goreng


Menu nasi dedek pun popular betul dekat sini. Gambar diatas ialah menu nasi dedek ikan keli goreng (free minuman). Kalau korang nak makan ayam, menu nasi dedek ayam pun ada. Boleh order mengikut selera tekak masing-masing. Antara menu lain yang korang boleh try di sini ialah char kuey teow, kuey teow goreng, aneka nasi goreng, sup, tomyam dan banyak lagi.


Oh ye, Restoran FZ Warisan Bistro ini pun dah masuk tv tau. So korang kalau nak datang makan di sini make sure datang pada waktu yang tepat takut nanti full house. Maklumlah bila dah viral masuk tv nie penangan dia lain macam sikit. Nanti bila aku publish entry ni lagilah ramai orang datang ehh =p


Fz warisan bistro putrajaya


Actually dah 2 3 kali juga repeat makan di sini. Setiap kali datang, aku order ikan bakar je. Menu lain aku tak try lagi so tak boleh nak komen apa rasanya. Tapi bila tanya kawan aku yang order nasi dedek ikan keli goreng dia kata sedap. Kang kalau dah bosan makan ikan bakar dekat sini, boleh la cuba menu nasi dedek pulak.


Biasa aku datang dinner ikan bakar di Fz Warisan Bistro Putrajaya ini around pukul 8.00pm after Maghrib. Masa ini restoran tak penuh lagi. Sambil tunggu makanan, makin ramai pelanggan masuk. So, right timing untuk korang nak dinner ikan bakar sedap di sini maybe after solat Maghrib berjemaah di Masjid Putra, terus ke sini okay. Barulah hidup diberkati. InshaAllah. =D

Waktu Operasi : Setiap hari (12.00pm – 11.00pm only)
Lokasi : Ayer@8, Presint 8, Putrajaya (Bangunan hadapan Nasi Lemak Royale)
Facebook : https://www.facebook.com/WarisanBistro/
2 Komen untuk "Dinner Ikan Bakar Sedap di Putrajaya"

terpikat tengok gambar ikan bakar dan nasi nya. nyummm

perghhh
memang betul nampak sedap nih
adoii kecur air liur tengok gambar

Back To Top