Surprise Birthday di Glaze Eatery Cafe, Tamarind Square Cyberjaya

Bukan senang nak plan surprise birthday ini tau sebab masing-masing busy je memanjang. Susah nak cari date yang semua available. So, proceed je dengan siapa yang boleh join. Yang penting birthday girl ada. Surprise birthday kali ini kami buat di Glaze Eatery Cafe, Tamarind Square Cyberjaya. Firstime nak cuba Glaze Eatery Cafe harap memenuhi citarasa and semua makanan sedap lah. Boleh murung kot kalau order makanan tapi tak sedap haha. :/


glaze eatery cafe tamarind square cyberjaya


Interior cafe memang nice, cafe cantik & bersih. Kitorang sampai sana around 7.30pm macam tu. Customer pun belum ramai. So banyak pilihan tempat. Kitorang pilih meja luar ada beberapa meja je kat situ. Baru privacy sikit kan nak celebrate birthday.
 

glaze eatery cafe cyberjaya


Jom tengok menu apa yang kitorang order di Glaze Eatery Cafe, Tamarind Square nie.
Antara makanan yang kita order ialah,     

   
gambar aglio olio seafood


Aglio Olio Seafood. RM 16. Rasanya okay lah. Boleh bagi rate 3/5.
 

Crusted chicken chop fries


Crusted Chicken Chop Fries. RM 15.00. Rasa kurang. Rate 2.5/5 only.      
 
     
Pan Seared Grill Chicken


Pan Seared Grilled Chicken. RM 15. Rasa kurang. Rate 2.5/5. Bhaha sorry terlebih jujur pulak. Tak kena dengan tekak pulak sauce dia tu.

 
gambar koey teow goreng


Fried Kueh Teow. RM 9. Menu nie i like. Sedap tak macam kueh teow mamak. Rate 3.5/5. Walaupun menu nie yang paling murah, but bagi aku menu ini yang paling sedap berbanding menu lain yang kitorang order. Selaku penggemar kueh teow yang tegar, saya boleh kata yang kueh teow di sini lulus! yeay. –.-
 

Dah settle makan, tibalah masanya untuk surprise birthday! Nasib baik di Glaze Eatery ada menu kek tapi tak banyak choice lah. Kitorang order caramel cake je 1 slice. Then mintak tolong staff cafe bawakan belon sekali masa hantar kek.
 

Agak-agak menjadi tak surprise birthday nie? Of course lah haha. Terkejut beruk kot birthday girl. Dia tak expect nie surprise birthday dia sebab dah belated sangat dah nie. To Tirah & Kak Dayah, happy belated birthday semoga sentiasa bahagia, berjaya, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selalu. Since aku sejenis yang susah nak mengingati tarikh birthday orang, so eloklah kiranya aku tulis siap-siap birthday diorang di sini.

 
dinner di glaze eatery cafe cyberjaya


Nik Najwa : 14 Jun *tahun dirahsiakan*
Kak Dayah : 20 November 
Tirah : 27 November 
Pijo : 15 Julai (nak jugak menyibuk lol dengan harapan ada surprise birthday pada tahun ini)


Terima kasih banyak-banyak buat mastermind yang plan baik punya. Kalau nak harapkan aku, memang susah lah ye. Maklumlah seorang Apijol tak reti bab sweet sweet bersemut nie. Kita serahkan kepada yang pakar hehe. =D


Overall mengenai Glaze Eatery Cafe, aku suka konsep cafe dia bersih, and interior yang cantik. Actually banyak je gambar-gambar cafe yang aku snap tapi lighting tak cun so taknak lah post sini. Maklumlah pakai phone cikai je. Credit gambar banyak dari phone Kak Dayah. Thank you Kak Dayah. Dari segi makanan pula, mostly makanan tak kena dengan selera tekak aku. Kecuali kueh teow tu. Ke sebab aku memang tak gemar makan western? Lidah kampung sangat kan =P


Korang kalau mencari tempat makan best di Cyberjaya, boleh je nak try makan di Glaze Eatery Cafe ini. Tekak kita lain-lain. Mana tahu tekak korang kata sedap. Takpun try menu lain pulak selain menu yang kitorang order. Kena datang sini awal tau sebab after 8pm customer dah ramai. Kang nanti lambat pulak dapat order. Oh ya, thank you jugak kepada staff Glaze Eatery Cafe for your good service. Layankan aje permintaan kitorang.
0 Komen untuk "Surprise Birthday di Glaze Eatery Cafe, Tamarind Square Cyberjaya"

Back To Top