Tempat Makan Ala Shell Out di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu

Assalamualaikum, 


Baru-baru ini berkesempatan menjamu selera di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu. Kedai makan yang konsepnya ala-ala shell out yang makan lambak-lambak je atas meja tu. So, warga Kuala Terengganu yang nak bershell out tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Bangi dah okey. Awok-awok mai je serang Estadio Coffee Bistro nie. \0/ 

 

shell out kuala terengganu

 

Basically, terdapat 4 pakej Shell Out yang boleh anda pilih dengan harga serendah RM55.00. Kitorang ambil pakej 1 iaitu untuk 2 orang and tambah 1 nasi sebab kami datang bertiga. But seriously memang kenyang gila. Tebeng jugak makan sampai se'eh perut hehe. 

 

Ada 4 jenis seafood yang disediakan untuk setiap pakej iaitu ketam masak blackpapper, udang masak serai, sotong masak merah & lala/kupang masak butter milk. Paling best dia punya seafood segar betul. \0/

 

Meh nak zoom in sikit gambar seafood ala shell out dekat Estadio Coffee Bistro. Biar korang terliur nak pergi makan dekat sana hehe. =P

 

shell out kuala terengganu

 

Haa, tak terliur lagi ke? \0/

 

shell out kuala terengganu

 

Air yang cukup menggiurkan dibawah ialah Estadio Float Larva. Melimpah ruah dia punya chips.

 

shell out kuala terengganu

 

Ini pula Estadio Ice-Cream Larva. Buat yang gemarkan ice-cream memang wajib cuba okey!

 

shell out kuala terengganu

 

Estadio Coffee pula merupakan minuman yang best seller dekat sana. Dibawakan dalam bekas yang agak besar. Tak larat dah nak habiskan. Tapau bawak balik la jawabnye.

 

shell out kuala terengganu_8

 

Interior design di Estadio Coffee Bistro pula just nice & selesa. Boleh pilih nak makan dalam kedai atau diluar kedai. Service pula memang laju betul. Sekejap je dah sampai makanan yang kitorang order. Make sure korang datang pada waktu yang tepat. After maghrib will be okey dah. Macam kitorang datang petang around pukul 6.00 so tak ramai customers lagi at that time. Maghrib baru balik. T_T

 

shell out kuala terengganu

 

Thanks Alwa and Ferra yang teman aku menjamu selera di Estadio Coffee Bistro. Memang tak menyesal ajak diorang. Masing-masing kuat makan. Habis licin semua. Tak baik membazir katanya hehe.

 

shell out kuala terengganu_9

 

Sempat bergambar kenangan bersama owner Estadio Coffee Bistro. All the best ye. Semoga business mendapat sambutan yang baik dari warga Terengganu terutamanya. Dengar kata after this akan ada pelbagai menu baru di sana. Make sure korang follow laman sosial diorang tau untuk mengetahui update terkini!

 

shell out kuala terengganu

 

Details mengenai Restoran Estadio Coffee Bistro

 

Waktu Beroperasi : Ahad – Sabtu (5.30 petang-11.30 malam). Isnin tutup.
Lokasi : Belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT (Belakang Yayasan Terengganu)
Facebook : Estádio Coffee Bistro
Instagram : estadio_coffee_bistro

 

Jom kita terjah!

9 Komen untuk "Tempat Makan Ala Shell Out di Estadio Coffee Bistro, Kuala Terengganu"

bestnya beshell out kan..nak jugak makan,tapi husband kalah seafood pulak...huwaaa

hari tu pergi masa opening tak sempat nak mkn apa, sebab rmai sangat

Nyum2.. sedapnya tengok makanan.. lgi2 abc tu

Akak makan seafood. husband makan menu lain selain seafood ahaha

kena pergi lagi la ni jawabnya

Mak aii menarik tempatnya, lagi-lagi tengok ice cream lava tueww

banyaknya tempat mkn best2 kat ganu kite..nak mintak posting kat kpg lah mcm nih..hehe

memang sedap2 sgt mknn kat terengganu

Sedapnya.. terliuq :D

Back To Top