VFest.my 2015 & Tips Untuk Vendors

Pada 18, 19 & 20 September yang lalu, aku berpeluang menjadi crew Vfest.my. Vfest.my merupakan satu karnival usahawan online & offline besar-besaran yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Terengganu (hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah). Kebetulan pada waktu berkenaan aku ada di kampung dan tiada kerja. So, why not cari duit poket dengan join crew Vfest.my ini kan. Jadi crew di sana 5 hari je pun. Dari pagi sampai malam. Tapi dia punya penat boleh tahan jugak (maybe sebab faktor usia luls).

 

 

 

vfest_5

 

 

Dua hari sebelum bermulanya Vfest.my, kitorang ditugaskan untuk ukur tapak vendors 10x10 dan loading barang. Ada almost 200 vendors jugak berkampung di sana. Loading barang memang sangat memenatkan. Kitorang tolong vendors hantar barang diorang dekat tapak masing-masing menggunakan troli yang disediakan.

 

 

Around pukul 10 malam baru settle semua itupun ada lagi vendors yang belum loading barang sepenuhnya. Sepanjang 3 hari berlangsungnya VFest.my, macam biasalah dah nama pun crew kan mestilah kena pastikan event berlangsung dengan smooth & menolong vendor yang memerlukan pertolongan. Kami sedia membantu. Gituh.

 

 

Antara Artis jemputan yang memeriahkan VFest.my 2015

 

  • Zara Zya (Hari Pertama)
  • Syarul Ridzwan (Hari Kedua)
  • Syukri Yahaya (Hari Ketiga)
  • Mia Ahmad (Datang singgah sekejap)

 

 

vfest terengganu_4

 

 

 

 

vfest terengganu_2

 

 

Antara Artis Vendor yang Memeriahkan VFest.my 2015

 

  • Enot
  • Azza Elite
  • Lan Kristal
  • Faezah Elai
  • Nur Khiriah
  • Danny X Factor
  • Leez AF

 

 

Antara vendor yang terdapat di VFest.my 2015

 

  • Pakaian muslim & muslimah
  • Tudung
  • Novel
  • Gadget
  • Produk Kecantikan
  • Makanan & minuman
  • Pakaian lelaki
  • Pameran Kereta
  • Dan Sebagainya

 

 

vfest terengganu_3

 

 

Antara Aktiviti Sepanjang VFest.my 2015

 

 

  • Permainan bersama artis jemputan
  • Permainan bersama HotFM Zoomer
  • Cabutan Bertuah
  • Pengunjung Bertuah pilihan artis jemputan
  • Bergambar bersama artis jemputan

 

 

Memang agak crowded jugak sepanjang 3 hari VFest.my 2015 berlangsung. Mujur ada barisan crew Vfest.my yang sedikit sebanyak meredakan keadaan especially bila tibanya kehadiran artis jemputan. Sporting betul awok-awok kite ning. Sanggup tunggu sampai berjam-jam semata-mata nak berjumpa artis kesayangan. Eh ada ke? haha. Seorang Apijol pun sebenarnya excited juga bila dapat jumpa artis depan mata. Siap duduk satu bilik VIP dengan artis.

 

 

Lagi-lagi Zara Zya tu. Saya minat betul dekat awak akak oi. Sempat juga kita selfie dekat kereta sebelum awak berangkat pulang kan? hehe. Malas la nak letak gambar selfie dengan artis dalam entry nie takut korang tak boleh nak beza siapa artis sebenarnya kahkah LOL. Buat simpanan peribadi jela. =P

 

 

 

vfest terengganu_1Antara orang kuat & barisan crew VFest.my yang cantik handsome sokmo

 

 

Sedikit Tips Untuk Vendor

 

  • Jual produk biarlah berpatutan harganya jangan suka nak kaut untung je awak
  • Kita bagi no cabutan bertuah/voucer untuk awak bagi dekat customers tapi sebaliknya pulak yang berlaku
  • Why not awak tulis besar-besar dekat booth “Beli Barang, Dapat Cabutan Bertuah/Voucer” instead of kau guna untuk diri sendiri
  • Letakkan harga promosi/happy hour terutamanya bila ketibaan artis sebab time tu memang crowd habis
  • Ambil peluang buat promosi vendor atas stage jika emcee memberi peluang
  • Letakkan tanda harga disetiap barangan untuk attract customers
  • Pastikan booth anda bersih & kemas (Terutama booth makanan/minuman)

 

 

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA VENDORS!

 

VFest.my 2016 bakal diadakan pada tahun hadapan iaitu pada 29, 30 dan 31 January 2016. So, apa tunggu lagi jom berkampung di sana. Ramai vendor yang berpuas hati dengan VFest.my 2015 dan tak sabar untuk menantikan VFest.my 2016. Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow ig @VFest.my okey. Kami menerima banyak maklum balas positif & negatif mengenai VFest.my 2015. Segala maklum balas negatif akan diperbaiki dan in sha Allah VFest.my 2016 haruslah lebih baik dari sebelumnya hanya untuk anda semua. =D

 

 

 

vfest terengganu

 

 

 

Jumpa di VFest.my 2016 okey !

 

 

Instagram : @VFest.my 

Whatsapp : 0111 498 7766

3 Komen untuk "VFest.my 2015 & Tips Untuk Vendors"

aktiviti sebegini dapat memberi peluang kepada para peniaga untuk meningkatkan pendapatan perniagaan....

pihak peniaga mesti mengambil peluang ini untuk menambahkan lagi rakan perniagaan di samping dapat menjual produk-produk....

Back To Top