Baru-baru aku ada menghadiri sidang media Karnival Usahawan Belia (KUB) 2015. KUB 2015 merupakan satu usaha untuk membuka ruang kepada usahawan tempatan khasnya usahawan belia mempamerkan, mempromosi dan memperkenalkan mutu dan kualiti keluaran produk masing-masing berdasarkan keperluan semasa di pasaran dan masyarakat umum.

 

 

sidang media karnival usahawan beliaFoto oleh Feeqsays

 

 

Melalui penganjuran karnival usahawan ini, maklumat tentang peranan kementerian atau agensi dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan dapat disebarkan dengan meluas sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin merealisasikan pembangunan modal insan.

 

 

Jpeg

 

 

Majlis sidang media tersebut turut dihadiri oleh Puan Hajah Azilah Bt Arshad, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS diikuti oleh Encik Mohd Afdzal Zainudin selaku Pengarah Trigger Resources Sdn Bhd. Turut sama hadir Encik Farhan dari Aman Palestin Berhad cawangan Shah Alam selaku rakan strategik, Puan Halimahtun Saadiah daripada Rafflesia Butik selaku penaja, Encik Fahmy wakil dari IKBN dan Encik Elfian wakil dari PeaceYaIIFM merupakan rakan media rasmi bagi karnival usahawan belia 2015 dan 2 orang usahawan kategori Top Brand dari Rania Hijab Ekslusif dan Fana Kamil Clothing.

 

 

Jpeg

 

 

Info Mengenai KUB 2015

 

  • Dianjurkan oleh Trigger Resources Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia
  • Tarikh – 27 November hingga 29 November 2015
  • Tempat – Perkarangan Pintu Gerbang utama Stadium Shah Alam
  • Waktu – 10 pagi hingga 12 tengah malam
  • Lebih kurang 400 usahawan akan berkampung di sana untuk memperkenalkan & mempromosikan produk masing-masing
  • Sebanyak 300 tapak & ruang niaga ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival jualan
  • Kategori produk yang dibenarkan – jualan makanan & minuman, pakaian, aksesori, produk kecantikan, kesihatan, perkhidmatan & hijab.
  • Penganjur juga menjemput 20 orang usahawan selebriti GTAS yang diketuai oleh Anne Abdullah dan Dilla Ahmad.
  • Antara usahawan selebriti yang hadir – Fizz Fairuz, Liza Abdullah, Aliza Rafar, Sheila Mambo, Khaty Ibrahim Azian, Rozie Rashid, Encik Mimpi, Nodi Ax Rock dan ramai lagi.
  • KUB 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan ianya tersenarai sebagai salah satu acara dalam Calendar of Event di Negeri Selangor.

 

 

Antara Aktiviti di KUB 2015

 

  • Mini Konsert
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
  • Permainan Tradisional
  • Petting Zoo
  • Persembahan Artis Jemputan – Nas Adila, Aliff Aziz, Sheila Abdul, Alif AF, Ippo Hafiz & Haqiem Rusli
  • Busking
  • Pertandingan Fesyen, MUA dan model
  • Forum santai
  • Iron Man
  • Persembahan permainan api
  • Persembahan Tarian Kebudayaan
  • Zumba
  • Pertunjukan silap mata
  • Kutipan Amal
  • Futsal
  • Persembahan ‘Flash Mob’

 

Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai KUB 2015 boleh menghubungi,

 

Cik Tina – 011 2662 7963

Encik Afdzal – 011 1076 8170

Email – [email protected]

Follow instagram @karnivalusahawanbelia2015 

 

 

karnival usahawan belia 2015

 

 

Ayuh usahawan diluar sana kita berkampung di KUB 2015 !

1 Comments