Tempat Makan BEST di Cheras,KL-Resepi Sangdewi

Dari minggu lepas lagi berhajat nak berbuka puasa di Resepi Sangdewi ini. Actually dah sampai pun depan Restoran. Sekali Restoran tutup hari Ahad. Frust tak payah nak cakap lah. Terus membawa diri berbuka di D'Kenali Ikan Bakar. So, minggu ini plan betul-betul nak berbuka di Resepi Sangdewi. RSVP siap-siap then tercapai juga hajat nak berbuka di sana. 


Apa istimewanya Resepi Sangdewi? Dia punya lauk-pauk sangat sedap. Paling popular di sini ialah ikan patin masak tempoyak & sambal hitam. Pemilik Restoran Resepi Sangdewi mestilah @rozisangdewi iaitu pengurus kepada Penyanyi Popular Tanah Air, Dato’ Siti Nurhaliza merangkak kakak ipar beliau. Itu juga merupakan sebab utama kenapa nak sangat berbuka di Resepi Sangdewi. Mana tahu tuah badan boleh bertemu Dato’ Siti. Berangan. Haha!


Jpeg


Restoran Resepi Sangdewi menyediakan lauk-pauk yang sangat best & pelbagai. Kuih-muih pun turut disediakan. Bukan konsep buffet ramadhan bayar per person okey. Harga dikira berdasarkan kuantiti lauk pauk yang korang ambil. Antara lauk-pauk yang kitorang ambil untuk berbuka ialah :-


Jpeg
Ikan Patin Masak Tempoyak (Rate: 4/5)


Jpeg
Sambal Hitam (Rate:4/5)


Jpeg
Siput Sedut Masak Lemak (Rate: 3/5)


Jpeg
Ketam Masak Lemak (Rate: 4/5)


Jpeg
Kerabu Mangga (Rate:4/5)


Jpeg
Tempoyak (Rate: 4/5), Sambal aku tak makan


Jpeg
Udang Masak Merah(lupa nak makan sebab ralek duk ratah ketam & sedut siput –.-)



Jpeg
Jus Tembikai Gelas Besar (Rate: 4/5)


Amboi kemain Apijol bagi rate 4/5 je. Dah sebab aku makan sedap sampai menjilat jari memang la aku bagi rate 4/5 kan. Kecur balik dah air liur bila menulis entri nie. wuwu. Overall memang sangat berpuas hati makan di Restoran Resepi Sangdewi. Harga pun berpatutan. I thought harga a little bit expensive as kitorang ambil lauk boleh tahan banyak jugak siap tapau lagi siput sedut dengan udang masak merah. But, tak sangka pun berpatutan sangat.


Oh ya, kebetulan akak @rozisangdewi pun ada pada hari berkenaan. Orang sebelah kita excited betul bila nampak Kak Rozie datang. Terus dia lambai-lambai dekat Kak Rozie then panggil Kak Rozie ajak bergambar. Sangat sporting & baik seorang @rozisangdewi ini tau. 


Lepas bergambar semua, dia siap cerita pengalaman dia membuka Restoran Sangdewi sehingga boleh bertahan selama 10 tahun ya. Dah macam sesi temubual bersama Kak Rozie pulak hehe. Rupanya sudah 10 tahun kewujudan restoran ini. WOW! Tahniah Kak Rozie. Semoga Restoran Sangdewi terus bertahan sampai bila-bila & mempunyai cawangan yang lebih meluas. =D



Jpeg


So, sesiapa yang plan hendak berbuka puasa di Restoran Sangdewi, dibawah aku sertakan details,


Hari Operasi : Isnin – Sabtu (Ahad Cuti)
Waktu Operasi : 9.30 am – 7.30 pm (Bulan biasa), 4.30 pm – 9.00 pm (Bulan Ramadhan)
Alamat : No 3a, Bangunan CMC, Giant Taman Connaught, Cheras, KL (Belakang Giant, lalu tepi Pizza Hut Giant)
No. Tel untuk tempahan : Bob ( 0199452525) @ Kak Halimah ( 0149684715)
14 Komen untuk "Tempat Makan BEST di Cheras,KL-Resepi Sangdewi"

Nasib baik dah nak berbuka puasa. Hahahaha kemain lagi eh abang hafiz XD

Kurusnyaaaaa abang hafiz ni.

Saya yg pakai baju biru gelap tu laa... kurus ke tu??? HAHAHA =p

Ok kecur air liur tengok gulai tempoyak dengan sambal hitam tu. Sedapnyaaa oii

wow ikan patin masak tempoyak memang kegemaran saya..sedapnya...lama dah tak makan..

Yummy..sangat sedap dan lazat hanya tengok gambar saja tu..ketam menyelerakan

perghhh..patin masak tempoyak dengan siput sedut tu, meleleh air tengahari ni..hahaha

wah.makanan dia sedap jea . terliur tengok :)

Kita pun kecur air liur jugak.. :(

Sama lah kita. Kegemaran saya juga nie.. pergh.. :D

perghh.... tengok gambo pun dah terliur.... kena cuba ni, tak jauh pun dari Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

salam nk tnya ap nama kedai ?

Back To Top