Mula mengenali D’Kenali Ikan Bakar Stim Berempah ini masa zaman belajar. Tahu mengenai kewujudan tempat makan best ini pun dari review blogger. Firstime datang sini order kerang bakar sebab katanya kerang bakar di sini memang tip top. Tapi memang betul pun tip top. Sedap sangat. Lagi sedap bila ada orang tolong kupas kulit kerang engkau kahkah.


 kerang bakar Kerang Bakar (Rate : 4/5 )


So, masa belajar haritu kalau rasa nak makan kerang bakar, memang akan ke D’Kenali Ikan Bakar Stim Berempah inilah. Sekarang stay di Putrajaya pun still tak lupa tempat makan ini tau. Still datang dari Putrajaya semata-mata nak pekena hidangan yang sedap di sini. Masa zaman belajar haritu kita order kerang bakar, tapi sekarang kasi up sikit lah. Kita order ikan bakar. Dia punya ikan bakar pun sangat marvellous. Sedap sehingga menjilat jari. Warga Bangi kalau belum cuba, pergi sana sekarang order ikan bakar & kerang bakar okey? hihi


Baru-baru ini gigih betul malam-malam hari keluar rumah dikala anak-anak buah semua dah ketiduran gara-gara nak makan ikan bakar. Mujur la Bangi dengan Putrajaya tu sebelah menyebelah je. Lokasi kedai makan ini di Sebelah Kilang Sony. Kalau keluar dari Tol Bangi, jumpa roundabout, ambil kiri menghala ke kawasan kilang tu. Nanti akan jumpa Ana Ikan Petai kan sebelah kanan. Ambil straight, jumpa traffic light di simpang tiga. Kedai dia sebelum traffic light sebelah kiri.


 ikan kerapu bakar Ikan Kerapu Bakar (Rate: 4/5)


Processed with VSCOcam with f2 presetSiakap 3 Rasa (Rate: 3.5)


Suka juga dengan suasana kedai makan nie. Nyaman. Baru nak duduk dekat meja beratap rumbia tetapi meja tu semua dah penuh. Baru la feeling lebih sikit bila makan ikan bakar dibawah atap rumbia bertemankan cahaya lampu pendafluor yang malap. Wahaha. \0/


tempat makan best bangi


Harga pun berpatutan takde lah mahal sangat, nak kata murah sangat pun takde la jugak. Harga sedang-sedang. Berbaloi dengan menu sedap yang disediakan dan services juga cepat! =D

14 Comments

  1. Biasa nampak restoran tu tapi tak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la singgah sekali makan kerang bakar. best :")

      Delete
  2. whoaaa....best pulak makan lauk pauk yang mostly ada lauk ikan yang best nie....

    ReplyDelete
  3. selalu makan kerang rebus je . kerang bakar nampak mcm sodap je . aduiduidui

    ReplyDelete
  4. saya pun suka bila ada orang kupas kerang engkau.....bahagia sangat ,,,,hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA kan. tolong suap sekali pun boleh. eh

      Delete
  5. tak faham ar instruction nak ke temnpat tu, tolong lukis boleh? :D

    ReplyDelete
  6. amboi entry.... menggugat nafsu diet iolss tau...huhu.. tp kalau ada org tolong kupas kulit kerang tu memg best..hehehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  7. Meriah woi makanan dia ni. Adeh!

    ReplyDelete
  8. Lauk ikan tu terliurrrr. Tapi jauhnyer lah nak ke bangi tu

    ReplyDelete
  9. kerang tu yg nampak memukau sekali..hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam har singgah sni jap jmp ble kt gugel2 tau hehe thanks for the review btw :)

    ReplyDelete
  11. Kenapa siakap 3 rasa gambar ikan bawal 3 rasa

    ReplyDelete