Selamat berpuasa semua. Lamanya tak update blog. Harini nak berkongsi dengan anda semua mengenai kebaikan produk kesihatan Ostania® Mangosteen Amrita. Ostania® Mangosteen Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri & kulitnya sekali membuatkan Ostania® kaya dengan Xanthones.
Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai “ratu buah”, minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.
*Menurut kajian yang telah dijalankan, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kandungan anti-oksidannya yang tinggi.
Kebaikan Ostania® Mangosteen Amrita
- 1 cawan kecil Ostania® mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga
- Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan
- Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
- Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun badan.
- Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.
- Nilai ORAC antioksidan 14186.98
- Tiada tambahan gula dan pewarna tambahan
- dan banyak lagi !
Kehebatan Ostania® Mangosteen Amrita
- Nilai antioksidan dalam makanan diukur dalam unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan dan kebolehan untuk meneutralkan radikal bebas. Ostania® mempunyai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
- Manggis (Garcinia mangostana L.) mempunyai kandungan kelas semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit buah manggis. Xanthones adalah sejenis anti-oksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada VITAMIN C dan VITAMIN E.
Testimoni Ostania® Mangosteen Amrita Terhadap Saya
Secara personal, aku memang sangat gemar Ostania® Mangosteen Amrita sebab aku penggemar buah manggis. Bila Ostania® masuk dalam tekak, memang terasa sedang menelan sebiji buah manggis yang sedap itu. Wah. Aku memang tidak mengambil Ostania® secara konsisten sebab selalu lupa nak buka peti ais minum Ostania. Sebelum puasa haritu, memang ada minum Ostania® beberapa hari jugak. Rutin harian aku yang sangat sibuk lately memang memerlukan tenaga yang lebih. Kau bayangkan start awal bulan sampai pertengahan bulan Jun lepas almost everyday aku balik kerja lewat. Pernah balik around 12.00 tengah malam. Letih tak payah nak cakaplah. Balik kerja, kekadang sempat juga minum Ostania®. Kekadang sebelum bergerak ke tempat kerja, minum dulu Ostania®.
Lantaklah p la muka aku teruk kemain. Tidur & makan dah tak terjaga sekarang. Stress lagi. T_T (Mujur ada Ostania® hm)
Alhamdulillah kekal bertenaga & kurang mengantuk di office. Sekarang di bulan Ramadhan pun aku still minum Ostania® apabila bersahur supaya badan kekal bertenaga di bulan ramadhan. Kalau time sahur lupa nak minum, ambil time berbukalah. Siang hari kita berpuasa, malam kita beribadat. Haruslah memerlukan tenaga yang banyak kan? So why not anda pun cuba Ostania® Mangosteen Amrita ini. Inshaallah berkesan mengekalkan tenaga. =D
Untuk membeli produk Ostania, boleh ke website Ostania Mangosteen Amrita okey ! Di sana juga ada review dan feedback positif dari customers. Jangan risau sebab harga sebotol Ostania® Mangosteen Amrita juga berpatutan & mampu milik. Anda penggemar manggis? Wajib cuba Ostania® Mangosteen Amrita okey! =D
Details,
Twitter: https://twitter.com/furleyb
Instagram: https://instagram.com/furleybio/
12 Komen untuk "REVIEW OSTANIA® MANGOSTEEN AMRITA UNTUK KESIHATAN"
Pergh! Tak lama lagi bertambah handsome la encek Hapijol ni!
Fuhhh!!! mangostana...sedap ni kalau petik terus dari pokok. Lepas ni makan ngan kulit2 dia sbb kulit banyak Xanthones. hahaha. Terbaikkk..
Menarik ni. Boleh buat supplemen nak kekal bertenanga. Heheh :P
satu je produk aku dah beli sebab baca entri ko aritu..tentang nikko placenta..haha
harap2 x tergoda nak beli yg ni pulak.
botol dia macam mahal
Terbaik!!!!
Kedaionlineebook.blogspot.com
alamk terliur plak...haha
Aminn.. Inshaallah semoga semakin hari semakin sihat & handsome.. kahkah.
haha mmg x ler nak makan dengan kulit2.
Pergi order dekat website diorang tau . hehe
Botol dia berat buat baling dekat anjing mati terus anjing tau hehe
satu botol berapa ringgit