Cerita ini dah lama sangat tapi baru sekarang terhegeh-hegeh nak update. Biasalah seorang yang sentiasa busy macam Apijol ini mana la nak menghadap laptop setiap hari kan? Bila datang mood/bila tunggu baju dalam mesin, baru rasa nak update. –.-

 

 

Sebelum menonton wayang cerita Anabelle, haruslah alas perut dulu. Perut rasa nak makan mee so singgah la di Noodle Station. Ini kali pertama makan di Noodle Station. So, blur-blur lagi nak order apa bila tengok senarai makanan.

 

 

mee noodle station_2

 

 

Menu atas ini nama dia Springy Noodle With Beef Pastrami. Yelah biasa kalau pergi restoran high class sikit memang nama makanan pun semua nak high class tapi dia punya rasa takde la power sangat pun aih.

 

 

mee noodle station_1

 

 

Aku makan Springy Noodle With Smoked Original Drumstick macam gambar atas ini. Sedap ke? Tak sedap pun menyesal kita pergi order tau. Sebabkan ini firstime makan sini, so memang tak tahu mee apa yang best. Pakat hentam je order. lagipun memang terkejar sikit time tu sebab ada dalam 1 jam je sebelum tengok Anabelle.

 

 

air noodle station_1   air noodle station

 

Air yang kitorang order ini nama dia I Love You Lemonade. Comel sangat nama nie. Gelas pun comel sangat jugak. Kecik cenonet je gelas. Sekali sedut dah habis ini. Mujur air I Love You Lemonade ini sedap la jugak. =p

 

Air tak cukup, makan tak kenyang. T_T

 

review anabelle

 

Haih, seram pulak bila tengok poster Anabelle ini. Dahlah taip entri tepat pukul 12.00 tengah malam. Tiba-tiba bunyi pintu bilik anak buah tertutup sendiri pulak dah hahaha. siot. For me, cerita Anabelle tidaklah seram mana pun. Tapi ada pulak minah mana ntah yang menjerit kuat gila dalam hall bila ada adegan hantu muncul. \0/

 

 

review anabelle_1

 

Anabelle berkisar mengenai gangguan misteri yang diterima oleh sepasang suami isteri. Gangguan tersebut berasal daripada sebuah patung yang dinamakan Anabelle. Si Suami yang menghadiahkan patung tu kepada si isteri. Kehadiran patung tersebut menyebabkan macam-macam kejadian pelik yang berlaku kepada si isteri sehingga mengancam keselamatan mereka sekeluarga terutama keselamatan anak mereka yang baru dilahirkan. Comel sangat okey anak diorang haha.

 

 

anabelle review

 

Antara adegan yang seram (seram-seram kuku je pun) dalam filem Anabelle ialah adegan bila hantu berbaju putih rambut panjang macam gambar diatas muncul. Tiba-tiba terangkat jugak lutut aku naik atas kerusi weyh. Kemain tadi kata tak seram wahahaha.

 

 

review anabelle_4

 

Adegan yang paling seram ialah adegan dalam gambar diatas. Tiba-tiba Stroller babi siapa ntah ada dekat situ, kemudian lampu pulak tertutup sendiri. Bila nak naik lif, lif pulak berhenti 2 3 4 kali di aras yang sama. Pada masa yang sama, hantu datang kearah lif. Kau rasa apa kau nak buat kalau kau berada di situasi seperti itu beb?

 

 

Korang yang nak tahu macam mana pengakhiran cerita Anabelle, adakah mereka sekeluarga terselamat daripada gangguan misteri yang datangnya dari patung Anabelle? Yang pasti, di pengakhiran cerita akan ada watak yang meninggal. Siapa yang meninggal ? Bolehlah mencari jawapannya bila menonton Anabelle okey.

 

 

 

Korang kalau nak menonton di wayang, pergi la menonton dihari tiket wayang murah. Kang nanti kalau tak best, bukan seperti yang kau expect, takde la kau rasa rugi sangat kan. Sebab bagi aku cerita Anabelle so-so je. Lepas aku tengok Anabelle, balik rumah aku terus pasang cerita The Conjuring sebab aku memang tak tengok lagi pun The Conjuring. The Conjuring berganda-ganda bestnya dari Anabelle. heh!