Disebabkan rambut serabai dan panjang gila, marilah kita mencuba gaya rambut terbaru sebab dah muak dengan gaya rambut sendiri. Ha, korang yang tercari-cari owner kedai gunting rambut Melayu di Putrajaya, boleh ke Fasa 12, Presint 9. Aku memang dah jadi customer tetap dekat situ. Ada 2 orang tukang gunting rambut yang boleh menggunting rambut anda mengikut citarasa anda. Kau nak gaya punk, spiky, botak, petak etc Inshaallah abang handsome 2 orang tu boleh buat.
Masuk je kedai gunting rambut (aku tak ingat la pulak apa nama kedai tu), terus dia suruh aku duduk atas kerusi gunting dia. Kebetulan tiada customer. Sebelum ini kalau pergi, memang kena tunggu turn jugak.
“ Nak buat macam mana dik”
“ Buat nipis tepi, belakang semua bagi nipis. Atas gunting pendek”
“Gunting pendek sikit la kan?”
“Tak, gunting pendek banyak. Sebab panjang sangat. Saya nak buat spiky. Pacak!”
“ Okey. Saya buat style la sikit. Macam Aaroz Aziz”
“Ah, kalau tak macam Aaaron Aziz jaga la kau” (dalam hati je)
Bila dah siap gunting, aku dah pelik semacam sebab aku nak rambut spiky pacak tu sebab aku nak bertukar imej. Dah bosan kot rambut belah tepi nie. Rasa skema & budak baik sangat pun ade jugak. So, marilah kita buat gaya rambut spiky supaya nampak lebih gangster sikit. (acah-acah gangster).
Sekali dia buat rambut aku macam nie beb,
http://instagram.com/hafiz_hafizol
Geram juga ke tukang gunting tu sebenarnya sebab rambut pacak yang aku nak tak jadi. Tapi oklah macam handsome pulak rambut macam nie. Glamour rambut ini sekarang tau. Tepi dia gunting pendek sehingga ke garisan, kemudian atas dia biar panjang. Tapi kawan aku kabo dia gunting tak kemas. Tak sama panjang pulak dia gunting tepi tu. Mungkin sebab customer dia ramai yang nak buat rambut macam nie, tiba-tiba dia pun terbuat sekali ke aku.
Harga gunting rambut RM10 sahaja. Kalau kau datang dengan berpakaian sekolah, mungkin harga lagi murah. Aku tak sure berapa. So far, di Putrajaya nie memang aku pernah try dan selalu pergi kedai ini jela. Kebanyakan kedai gunting lain, tukang gunting bukan Melayu. Ada kedai gunting rambut Bangla tapi aku tak biasa. Kalau boleh taknak Bangla gunting rambut aku. No way man. Mwahaha gunting rambut pun nak tengok bangsa kan Apijol. lol betul.
Special thanks to Elite Edgy Efx yang telah sponsor produk penggayaan rambut aku. Dengan produk ini, rasa bertambah yakin untuk menggayakan fesyen rambut mengikut citarasa anda semua.
21 Komen untuk "Gaya Rambut Terbaru"
agak smart and neirdo... hahhaa
wuuuu.. sekali imbas macam upin ipin haha.lain kali kalau nak pacak, cakap je nak buat layer rambut. tapi pendek . kelasss dia sekarang
haha neirdo nerd ka pa? thanks.
Aku fikir aku cakap pacak, spiky tu dia dah boleh agak macam mana. ha, ok pasnie aku ckp mcm yg kau suruh haha
eh sejak bila aaaron aziz ada blog? ni bukan blog pijol ke?
Mmg rmai trend rambut gni awok.abg iwan lama da rambut gni.hehe.myk rambut elite mmg terbaik la.untung dpt sponsor.hehe.
Hehe.. Baru pacak stylo namanya..
Rosmiza Ali Official Blog™
segak bgaya . . jdi trend dh rmbut cenggini
best...wajah baru..nampak muda le...
hahaha .. pijol buat stye ape pun handsome ahh
Salam singgah pagi dik...wahh...tetap hensem walau gaya rambut macam mana sekali pun...hehe...
Salam singgah pagi dik...wahh...tetap hensem walau gaya rambut macam mana sekali pun...hehe...
Oklah nih ..dah semard dah..tambah pulak guna Elite Edgy kan..bertambah2 semard la..hehe
ye ke pesen Aaron aziz tu? stylo bakk hang.. :)
Nampak stylo. Tp murah la kan rm10 je
hu... hebak2. tapi aku aku buat rambur macam ni, kompom muka nampak bolat. haha
haha, style bro.
bwahaha Aaron Aziz la sangat kononya
Alhamdulillah rezeki hihi
memang muda lagi pong haha
lain gila muka abang Hafiz dengan rambut macam tu. saya punya style rambut sama je dari dulu sampai sekarang.