Review Anabelle & Noodle Station

Cerita ini dah lama sangat tapi baru sekarang terhegeh-hegeh nak update. Biasalah seorang yang sentiasa busy macam Apijol ini mana la nak menghadap laptop setiap hari kan? Bila datang mood/bila tunggu baju dalam mesin, baru rasa nak update. –.-

 

 

Sebelum menonton wayang cerita Anabelle, haruslah alas perut dulu. Perut rasa nak makan mee so singgah la di Noodle Station. Ini kali pertama makan di Noodle Station. So, blur-blur lagi nak order apa bila tengok senarai makanan.

 

 

mee noodle station_2

 

 

Menu atas ini nama dia Springy Noodle With Beef Pastrami. Yelah biasa kalau pergi restoran high class sikit memang nama makanan pun semua nak high class tapi dia punya rasa takde la power sangat pun aih.

 

 

mee noodle station_1

 

 

Aku makan Springy Noodle With Smoked Original Drumstick macam gambar atas ini. Sedap ke? Tak sedap pun menyesal kita pergi order tau. Sebabkan ini firstime makan sini, so memang tak tahu mee apa yang best. Pakat hentam je order. lagipun memang terkejar sikit time tu sebab ada dalam 1 jam je sebelum tengok Anabelle.

 

 

air noodle station_1   air noodle station

 

Air yang kitorang order ini nama dia I Love You Lemonade. Comel sangat nama nie. Gelas pun comel sangat jugak. Kecik cenonet je gelas. Sekali sedut dah habis ini. Mujur air I Love You Lemonade ini sedap la jugak. =p

 

Air tak cukup, makan tak kenyang. T_T

 

review anabelle

 

Haih, seram pulak bila tengok poster Anabelle ini. Dahlah taip entri tepat pukul 12.00 tengah malam. Tiba-tiba bunyi pintu bilik anak buah tertutup sendiri pulak dah hahaha. siot. For me, cerita Anabelle tidaklah seram mana pun. Tapi ada pulak minah mana ntah yang menjerit kuat gila dalam hall bila ada adegan hantu muncul. \0/

 

 

review anabelle_1

 

Anabelle berkisar mengenai gangguan misteri yang diterima oleh sepasang suami isteri. Gangguan tersebut berasal daripada sebuah patung yang dinamakan Anabelle. Si Suami yang menghadiahkan patung tu kepada si isteri. Kehadiran patung tersebut menyebabkan macam-macam kejadian pelik yang berlaku kepada si isteri sehingga mengancam keselamatan mereka sekeluarga terutama keselamatan anak mereka yang baru dilahirkan. Comel sangat okey anak diorang haha.

 

 

anabelle review

 

Antara adegan yang seram (seram-seram kuku je pun) dalam filem Anabelle ialah adegan bila hantu berbaju putih rambut panjang macam gambar diatas muncul. Tiba-tiba terangkat jugak lutut aku naik atas kerusi weyh. Kemain tadi kata tak seram wahahaha.

 

 

review anabelle_4

 

Adegan yang paling seram ialah adegan dalam gambar diatas. Tiba-tiba Stroller babi siapa ntah ada dekat situ, kemudian lampu pulak tertutup sendiri. Bila nak naik lif, lif pulak berhenti 2 3 4 kali di aras yang sama. Pada masa yang sama, hantu datang kearah lif. Kau rasa apa kau nak buat kalau kau berada di situasi seperti itu beb?

 

 

Korang yang nak tahu macam mana pengakhiran cerita Anabelle, adakah mereka sekeluarga terselamat daripada gangguan misteri yang datangnya dari patung Anabelle? Yang pasti, di pengakhiran cerita akan ada watak yang meninggal. Siapa yang meninggal ? Bolehlah mencari jawapannya bila menonton Anabelle okey.

 

 

 

Korang kalau nak menonton di wayang, pergi la menonton dihari tiket wayang murah. Kang nanti kalau tak best, bukan seperti yang kau expect, takde la kau rasa rugi sangat kan. Sebab bagi aku cerita Anabelle so-so je. Lepas aku tengok Anabelle, balik rumah aku terus pasang cerita The Conjuring sebab aku memang tak tengok lagi pun The Conjuring. The Conjuring berganda-ganda bestnya dari Anabelle. heh!

20 Komen untuk "Review Anabelle & Noodle Station"

Ceh kemain i love u lemonade.. patot tukar i love money. Nak suruh order lagi tu. Haha mintak ampun.. cerita hantu kita memang tak tengok kecuali hantu kak limah balik rumah haha

aku setuju, yang Annabelle tak seseram mana, dan the best thing aku rasa tak seram langsung... dah macam takde perasaan aku tengok... siap gelak bagai nak rak dengan laki aku..... hahahhahaa

siapa nak tengok, sila beli time tiket murah le.... tak laa kesal sangat macam aku -_-

Tak berani la nk tgk cite ni apatah lagi cite the conjuring

elehhhh,tgk gakkk :P

pijo,awak tu perut kerengga,makan sikit sudah,haha

haha.. boleh plak ter review sekali ye.. tapi serius cite ni tak seram pun.. cite hantu david teoh lagi seram kot hehe

tak beranilah nak tengok cerita seram..

cerita hantu la best tengok kat wayang.. boleh dengar orang menjerit. haha

cite nie biasa-biasa je. The Conjuring tu, seram la jugak haha

Cerita hantu David Teoh bukan banyak yang kelakar eh? ehehe

nie semua sebab baca review mung la nie haha. perut kerengga tapi nafsu makan tu macam gajah LOL

Sepatutnya hantu dalam Anabelle kena lagi agresif la. haha

Standart ah, makanan mahal. Rasa tak semenggah mana. Hahaha..konon tak seram. >< Kalau ana konfem paling kuat jerit. Wakakakaka

Takkk tengok lagilah Anabelle, ada kata The Conjuring lagi best! hahaah

tak puas kot gelas besar tu je. haha. selalu nampak noodle station ni tapi x tergerak hati nak cuba. dah ada review camni x yah p la kan pasni. haha.

teringin nak tengok annabelle tapi aku bajet mcm xde masa. haha.

wah..cerita seram.....best juga..tengok dengan teman ?

Macam tak berani je nak tengok Annabelle ni. Patung tu pun dah cukup seram.

Tak seram mana pun Ana. hehe

Haah memang The Conjuring lagi best !

Salam, haha okay..
1. setuju dgn apa yg kau cakap, restoran mahal ni nama makanan je gempak, rasa takdelah sedap mana pun, nyampah aku..haha
2. Okay nama air tu comel...gelas pun comel lah hai~ haha
3. Aku belum tgk lagi Annabelle, sian kan aku....tp ramai yg cakap xbest, so skip je lah, tgk citer lain..haha

ala, cerita seram orang putih ni bukannya seram mana pun...setakat terkejut je...biasa la tu...tapi yang paling best tengok cerita seram ni bila orang lain menjerit bagai nak gila...padahal orang lain diam je bila terkejut...HAHA...pantang betul aku orang TAK BERAPA BERANI tengok movie genre macam ni...bukan sebab cerita orang terkejut...sebab orang menjerit...HAHA...

P.S - Kesimpulannya...so, bila masuk pawagam...jangan muka POYO sangat macam berani...baru ada secene terkejut sikit da melalak...den gelak je...nak cari siapa tak nampak kan dalam pawagam...hee....

Back To Top