Review Filem Ouija-Seram Sangat Nie!

Weekend lepas sempat midnight movie filem Ouija di GSC Alamanda. Seram sangat woi filem Ouija ini. Asyik terperanjat je aku. Mujur takde orang sebelah kanan aku. Kalau tak memang dah kena lempang aku nie.

 

 

ouija_review_filem

 

 

Ouija mengisahkan mengenai permainan papan pemanggil roh, macam permainan sprit of coin tu. Cumanya versi orang putih dia panggil Ouija. Kalau di Malaysia dipanggil sprit of coin. Kematian Debbie(Shelley Hennig) iaitu sahabat karib kepada Elaine Morris (Olivia Cooke) yang agak mengejutkan, Debbie membunuh diri, telah menyebabkan Elaine bertekad untuk mencari punca kematian sahabat baiknya itu. Lagi-lagi bila Debbie menunjukkan tanda-tanda yang pelik sebelum kematian.

 

 

Elaine mengetahui bahawa sebelum kematian Debbie, beliau telah bermain Ouija sorang-sorang. Keadaan itu menyebabkan Elaine bertekad untuk bermain Ouija di rumah Debbie bersama adiknya dan 3 orang rakannya yang lain untuk berinteraksi dengan roh Debbie seterusnya bertanyakan sendiri kepada Debbie punca kematiannya.

 

 

Sedang mereka berlima bermain, mereka telah dengan tidak sengaja berkomunikasi dengan roh jahat lain yang menetap di rumah Debbie. Kemudian, banyak perkara aneh berlaku terhadap mereka. Demi menyelamatkan kawannya dan dirinya sendiri, Elaine telah mencari punca kematian roh jahat tersebut bagi menghentikan roh tersebut dari mengganas.

 

 

Buruk sangat rupa roh jahat tersebut. Ngeri sampai harinie aku terbayang-bayang lagi. Kalau kau nak tengok samada hantu ada tak berhampiran korang masa permainan Ouija, boleh intai melalui kanta macam dalam gambar dibawah. Sekali bila perempuan tu intai, dia nampak hantu yang scary gila sedang menjerit dan berlari kearahnya ! Terperanjat aku. Siot la!

 

filem ouija_sinopsis

 

Siapakah roh jahat tersebut?
Adakah Elaine terselamat dari menjadi mangsa roh jahat tersebut?
Adakah Elaine Berjaya menghentikan kejahatan roh jahat tersebut?

 

 

Nak tahu apa jawapannya, pergilah menonton Ouija di pawagam berdekatan okey. Haritu aku dapat seat depan gila kot sebab seat belakang dah penuh. Hall pun bingit sangat bila roh jahat keluar. Menjerit gila babi semua orang. Orang sebelah aku siap tutup mata dengan tudung lagi. Dia punya sound effect tu memang mengundang ketakutan kau wei.

 

 

Bila balik, dekat traffic light ada akak kereta sebelah tunjuk-tunjuk dekat kereta kitorang. Aku dah cuak ingatkan ada hantu Ouija ke atas bumbung kereta kan! Haha kemain terpengaruh dengan cerita Ouija nie. Rupanya lampu kereta tak bukak LOL. Kemudian terperasan pulak yang wallet aku takde dalam poket. Hilang kemana ntah. Berpatah balik ke wayang. Cari punya cari dalam hall, tanya staff wayang dia cakap ada. Alhamdulillah lega sangat. Ini semua penangan Ouija la nie. Menggelupar dalam wayang tadi duk tengok Ouija sampai tak perasan wallet terjatuh. Bwahaha.. –.-

3 Komen untuk "Review Filem Ouija-Seram Sangat Nie!"

kita tengok jugak sesorang hari tu seat sebelah strangers lelaki. bayangkan camne nak jerit,nak tutup muka, nak tekejut bila ada org tak dikenali kat sebelah. seram T_T

tak pelah.. tak minat tengok cerita hantu. kan bergegar satu hall dengar suara orang menjerit real haha

Back To Top