Dua tiga hari ini aku tengok ramai betul yang duk post pasal cpuv Nuffnang dekat blog. Nuffnangers dekat luar sana mesti tengah bergembira sebab Nuffnang sangat bermurah hati kasi diorang CPUV banyak-banyak. Ada yang dapat tiga CPUV dalam sehari. Ada yang on going CPUV sampai 6. Suka korang ye? Yela, nak harap ke CPC Nuffnang memang menangis la nak tunggu cash out kan?

 

CPUV Nuffnang

 

Ini kali pertama aku dapat CPUV dari Nuffnang sampai banyak macam tu. Ada 7 CPUV yang on going. Kalaulah 1 CPUV tu amount dia RM50.00 kan best. 7 CPUV = RM350 fuyoo Apijol kaya lol. Jom kita flashback sikit kisah mengenai CPUV Nuffnang dan blog Apijol jom.

 

 

Aku daftar dengan Nuffnang pada tahun 2011, tapi  cpuv pertama aku pada tahun 2013. Nampak tak bertahun-tahun setia dengan Nuffnang kemudian tahun 2013 baru dapat cpuv pertama dari Nuffnang. Kalau dah dapat cpuv pertama, akan adalah lah cpuv kedua Inshaallah. Lepas dapat cpuv kedua, aku dah malas nak update cpuv ketiga keempat dan seterusnya. Baguslah korang yang sentiasa update dapat cpuv sampai berpuluh-puluh tu. Tu satu tips nak dapat cpuv lagi tu. Macam konsep what you give, you will get back. =D

 

 

Aku selalu hantar tiket dekat Nuffnang pasal CPUV. Sekarang Nuffnang dah kasi CPUV pun still aku hantar tiket ke Nuffnang padahal soalan lebih kurang sama cuma aku putar – putar sikit je haha. Yang best mengenai Nuffnang, team diorang tak pernah tak jawab soalan aku. Setiap jawapan pula memang sangat details dan jitu.

 

 

Dalam banyak – banyak tiket mengenai cpuv yang aku hantar, jawapan malay di bawah ni merupakan jawapan yang paling panjang. Tak muat skrin aku nak printscreen jawapan sebab panjang sangat lol.

 

 

 

cpuv nuffnang_1Cara dapat CPUV – Kemaskini laman survey dari masa ke semasa

 

 

 

nak dapat cpuv nuffnang Cara dapat CPUV – Update Survey

 

 

 

 

nuffnang cpuv_1Cara dapat CPUV – Trafik tinggi (at least 1000 uv daily)

dapat cpuv nuffnang Cara dapat CPUV – Tambahkan bilangan pelawat ke blog

 

 

 

Alhamdulillah, dengan mengikut segala tips yang berguna daripada pihak Nuffnang, setiap bulan ada sokmo CPUV yang melekat di blog. Cuma sekarang ni nak kena tambahkan trafik blog sebab Nuffnang kabo semakin tinggi traffik semakin banyak amount setiap iklan CPUV yang kita dapat.

 

 

 

 

earning nuffnang redmummy Bilalah nak dapat earning 5 angka macam Redmummy. pengsan.

 

 

 

 

Thanks Nuffnang muah ciked.