Raya Aidiladha tahun ini aku beraya di kampung halaman terchenta, Kampung Tok Jiring. Aku search alamat rumah aku dekat google street view tapi tak jumpa. Nampak jalan raya depan rumah je. Nampak sangat la Kampung aku ni tak popular haha.


Bila sampai kampung, aktiviti pertama yang wajib buat ialah pergi belakang rumah cari buah – buahan. Sebelum balik kampung haritu, mak ada kabo buah rambutan ada belakang rumah. Buah rambutan buah favourite kot! Ke ada juga orang tak suka buah rambutan? Rugilah korang. Jom kita jalan-jalan belakang rumah Apijol tengok ada apa belakang rumah.


gambar buah dokong

Buah dokong yang masih hijau. Lagi 2 3 minggu masak ranum lah kot. Lebat jugak buah dia. Tak sempat lah ye nak merasa buah dokong. Pokok dokong nie sebelah bilik aku je tau. Ni sambil aku taip entri, sambil aku jeling-jeling kee buah dokong.


gambar pokok limau nipis

Pokok limau nipis nie buahnya sangat lebat. Nak buah limau nipis boleh datang rumah aku ye. Kekadang ayah aku jual jugak buah nipis nie. Kekadang ada orang datang rumah nak beli buah limau nipis. Ada dua pohon limau nipis belakang rumah. Hai, tiba-tiba tekak teringin nak minum limau nipis ais asam boi pulak haha. Nanti nak buatlah. =p


gambar pokok buah duku

Sebelah pohon limau nipis ada pohon duku. Aku rasa ini kali pertama pohon duku ini berbuah. Aku tak petik la pulak sebijik rasa. Ambil gambar je haha. Tapi nampak macam belum masak ranum lagi. Masam.


pokok salak


Pokok salak ini aku tanam tau. Sekarang dah berbuah dah. Buah dia sangat manis macam orang yang tanam jugak. kahkah. Semoga pokok salak aku tanam ini berbuah lebat-lebat sebab aku tengok ada beberapa tangkai ke buah. \0/


gambar rambutan masak


Buah rambutan walau tak berapa lebat tapi boleh la buat makan. Ada dalam dua tiga pohon rambutan yang berbuah. Boleh bawak balik Putrajaya sikit nanti yeay. Ini yang aku suka duduk kampung. Bila tiba musim buah, pergi belakang rumah petik-petik je buah apa kau nak makan. Boleh makan banyak mana kau nak. Nak panjat makan atas pokok pun boleh.


pokok manggis

Pokok manggis pulak bahagian atas dah kering sebab kemarau. Tinggal bahagian bawah yang masih berdaun. Ada la jugak buah manggis tapi belum masak. Dah takde entri panjat pokok manggis la lepas nie kan.


gambar di kampung


Cuba kau perhati gambar atas nie, sebelum ini sebelah pokok buluh ada pohon durian yang sangat rendang dan selalu berbuah lebat. Tapi kemarau yang teruk baru-baru ini telah menyebabkan pohon durian kekeringan dan mati. Ada dalam 3 pohon durian dekat kampung mati sebab kemarau. Sedih wei. Tahun ini tak dapat merasa buah durian kat kampung. =(


gambar kaki dan buah rambutan


P/s : Kalau nak pergi jalan-jalan belakang rumah, kena hati-hati sebab banyak periuk api.

38 Comments

  1. periuk api sangat kan..
    balik kpg mmg best! bukak mata teringin je boleh petik & mkn la sbyk yg boleyh..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyee kalau buat air limau. Perghh! Pos sini sikit. Limau buat ana ngidam lebih. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Musim buah ye sekarang? ..buah ciku takde ke./ -_-

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya hafiz hafizol..

    ReplyDelete
  5. mak ai, byk Nye buah-buahan?? akak sukaaa maggis . huish !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kak saya pun sukaa . Boleh jd geng nie hihi

      Delete
  6. duku dokong langsat sume adek beradek ni.. eh aku nampak buah salak lah.. susah nak dapat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok salak tu aku tanam sendiri tau sbb suka gila sama buah salak haha

      Delete
  7. untung la banyak kebun buah. ehhh hana xpnh jumpa periuk api, haha bawak blik kl lain kali nak tengok :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana , you kidding me nak suruh bawak balik periuk api kolumpo? Meletup kolumpo nanti

      Delete
  8. Best kalau dpt mkn buah fresh dari pokok...

    ReplyDelete
  9. kannn ! blakang blik bolat buah duku n moktang ! kahkah taip komen sambil jeling pokok tu dari tingkap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petik2 sikit buah moktang tu hantar sini bolat . haha

      Delete
  10. Byknye buah..untungla org ade kg kan ♡♡ bru tau cm tu rupenye pokok salak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la kampung saya nanti boleh tengok pokok salak dekat-dekat =p

      Delete
  11. Beshnya ade kebun mcm ni..mcm2 buah ade.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... seronoknya kalau boleh petik makan petik makan buah2 tu... terliur sudah!! Nak balik kampung jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. haha...periuk api? ta** ayam ke? memang seronok duduk kampung. masa kecik siap berkelah bwh pokok moktan..nak makan petik jer terus

    ReplyDelete
  14. Kampung ayut blkg ye dh sawit...menangis!huhuhu...tp ada la sikit pulasan..rambutan..manggis.ciku..tp skrg bkn musim ue...byk kering je sebab panas kan..periuk api tu apakah?makanan kah?hahahhaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu ada pokok ciku dekat rumah. sekarang dah kena tebang T_T periuk api tu ta** lembu kak. -.-

      Delete
  15. adik beradik aku suka time musim buah tapi kalo aku memang tak suka sebab tak makan buah. hahaha

    ReplyDelete
  16. Best gila tengok buah2 ni semua.. terliur tengok. Hehehe duku tu nmpk sedap je..

    ReplyDelete
  17. periuk api? lol..pending kejap tadi... bapak r.. banyaknya pokok buah.. dah lama x dengar nama buah dokong. hahaha...

    arwah atuk ada gak kebun. tapi kat perak.. jauh benor.. mals nk ke sana... entah sape la yang jaga...

    sama la..google street view nampak jalan kat luar je... rumah dia x jmpa -.- bagus juga. xde orang tahu. hahahahaah

    ReplyDelete
  18. Ingatkan musim buah dah habis dahhh. Hahha. Ada lagi ek?

    Kampung scha tinggal rambutan je kot :p

    ReplyDelete
  19. tak nak buat pesta makan buah free ke tuan tanah?

    ReplyDelete
  20. Bestnyer keliling rumah penuh pokok buah. Teringin nak makan rambai, tanya orang pasar yang jual buah, dia kata buah rambai tak laku kat Putrajaya...kene balik kampung gop nih

    ReplyDelete
  21. Best betul.
    Ni fes time tengok pokok salak.

    ReplyDelete
  22. Wah, banyaknye buah-buahan :) Cik Mimie suka panjat pokok je..tak suka makan..hehehe :)

    ReplyDelete
  23. raya haji tak sempat nak balik.
    tapi cuti sek sebelum tu balik la.
    sempat la rasa buah dokong ngan rambutan..hehe

    ReplyDelete
  24. best lagi duk kapong dih,nok gapo petik jah di pokok,takyoh beli

    ReplyDelete