Baru-baru ini sempat merasai pengalaman menaiki bot Lepa-Lepa di tasik Putrajaya. Bot Lepa-Lepa merupakan bot cantik yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Bot Lepa-Lepa bukan selalu ada di tasik Putrajaya tau. Ada sampai hujung bulan September 2014 ini sahaja. Kiranya masih berbaki lagi satu minggu lebih untuk korang merasai pengalaman menaiki bot Lepa-Lepa!
Tambang menaiki bot Lepa-Lepa ialah RM5.00 sahaja. Korang boleh ke jeti di Dataran Putra untuk membeli tiket seterusnya menunggu ketibaan bot Lepa-Lepa untuk membawa anda bersiar-siar di tasik Putrajaya. Haritu diorang bawak kami melalui pesisiran tasik Putrajaya dari Dataran Putra sehingga ke Marina Putrajaya selama lebih kurang 30 minit jugak. Sambil melihat pemandangan cantik bangunan-bangunan di Putrajaya, sambil dengar pemandu bot berceloteh mengenai Putrajaya.
Ini merupakan kali pertama aku menyusuri tasik Putrajaya menaiki bot. Sebelum ini naik bas Nadi Putra je pusing Putrajaya. Bila dapat peluang menaiki bot Lepa-Lepa, rasa dah seronok boleh rasa angin segar dan mencuci mata melihat kecantikan dan keunikan bangunan-bangunan kementerian di Putrajaya. Amboi hehe.
Setelah sampai di Yayasan Kepimpinan Perdana, bot mula berpatah balik ke jeti. Selama ini tak tahu pulak Kewujudan Yayasan Kepimpinan Perdana nie. Tak pernah sampai pun lagi dekat situ. Bila naik bot Lepa-Lepa ini baru tahu oh Yayasan apakah ini, oh yang nampak bangunan 3 bijik dekat sana tu Cyberjaya, oh ada laluan monorail yang tak siap di Putrajaya, oh banyaknya rumah yang cantik-canti tepi tasik Putrajaya, eh yang nie dekat Floria haritu kan? ha gitu.
Bila sampai jeti, ada lagi orang di jeti yang tengah duk tunggu bot lepa-lepa. Ingatkan korang merupakan orang terakhir sebab masa kitorang sampai jeti dah pukul 7.00 petang camtu. Kesian dekat pemandu bot. Nampaknya sambutan bot Lepa-Lepa sangat menggalakkan. \0/
Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah dinner di Selera laman Perdana. Suka makan di Selera Laman Perdana ini sebab banyak makanan yang sedap, banyak pilihan makanan dan tempat pun cantik, ada air pancut. Nyaman sangat dinner dekat sini. Seorang Apijol memang gemar sekali suasana nyaman macamnie haha.
Malam tu pekena nasi ayam dengan rojak buah. Boleh tahan sedap la nasi ayam dia. Antara makanan lain yang terdapat di Selera Laman Perdana ialah western, sate, burger, aneka mee, aneka masakan panas, yong tau fu dan tauhu bakar. Harga makanan dekat sana pulak takde la mencekik darah sangat. Harga standard la. Ingat senang ke nak cari tempat makan yang murah-murah di Putrajaya ini. \0/
Jom bawak keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang menaiki bot Lepa-Lepa! Lepas naik bot, singgah makan di Selera Laman Perdana! =D
19 Komen untuk "Bot Lepa-Lepa Putrajaya & Selera Laman Perdana"
RM5.00 jer tambang? Memang patut cuba nih. :)
Fuh..mengancam betul tgk nasik ayam dia. Bot lepa-lepa? Tak pernah naik! Alahaii..patut gi time cuti mnggu lepas.. Minggu ni da setart keje cam biase. Hurm..
nak pergi tapi jauh sangat purajaya tu
Perghh..lama kot tak pergi putrajaya.. Memang tak sampailah kalau benda ni sampai hujung september jer. kahkahkah.. xD
Yup murah kan? Cuba la
Pegi la cuti mggu ni pulak hehe
Tunggu dia datang Dungun plak haha
Ada banyak hari lagi nie haa
Assalamualaikum dan singgah pagi dik...bestnya dapat naik bot lepa-lepa,tambang pun murah jer kan...teringin pula akak nak menaiki tapi apakah daya nun jauh di bawah bayu...hehe.....nasi ayam tu nampak sedaplah...
wahhh ade boat lepa2 rupanya kat putra , okbai baru tahu. menarik nih.
wah bestnya depa naik bbot lepa lepa.... sayangnya cik ina x sempat nk naik.....
Cik ina datang membalas kunjungan.. jemut singgah lagi...
waalaikumussalam kak... ok best jugak tambang pun murah . nasi ayam biasa-biasa jee. gmbar je nampak sedap haha
Dah tahu jomlah mai Putrajaya naik bot lepa-lepa \0/
OKAYYY dekat jer ni leh pergi minggu dpan!
serius nie??? hana patut cuba !!
naik bot kat putrajaya belom lagi.
baru naik river cruise kat melaka tu je..hehe
hai tuan blog.. dtg sini melawat :) patut la aritu pegi sana bot dah takda rupanya ada bulan tertentu.. ruginyeee. suka tgk putrajaya waktu malam. cantik
Hai,slm perkenalan semua! Bestnyer baca entry kat blog nie ye!
Mmg xpernah lagi naik bot kat putrajaya nie..hehee bole try gi one day nanti..
Jemput singgah blog sy utk suplemen kesihatan & kecantikan..tq :)
assalam ..wahh best jalan2 diputrajaya ..selera laman perdana tu best jugak.. lama x makan kt situ :)
kelapangan singgah blog kami yer di http://izzium2u.blogspot.com/ ... sana ada murah murah murah