Weekend lepas,hari Sabtu aku di event bina so ada hari Ahad je untuk aku. Gigih sangat kerja kuat bebenor bulan ini harap dapat gaji berkepuk-kepuk lah. This week busy dengan KL Converge!. Weekend minggu nie baru boleh rehat puas-puas. So, marilah kita throwback minggu lepas punya cerita.

 

 

Disebabkan trailer The Maze Runner masa menonton cerita The Giver itu hari macam best, so minggu lepas hati meronta-ronta nak pergi tengok The Maze Runner. Firstime beli tiket wayang di GSC menggunakan GSC Mobile App. Mudah, senang dan jimat! Korang mesti dah biasa kan beli tiket wayang di GSC Mobile App. Maaflah aku jakun sikit. Dahlah jakun, looser pulak tu haha.

 

 

Korang yang masih membeli tiket wayang di kaunter, boleh cuba beli tiket wayang di GSC Mobile App la pulak lepas nie. Tak payah nak beratur panjang-panjang. Nanti bila sampai turn korang tiba-tiba seat dah penuh. Yang ada hanya seat yang tak best. Depan sekali kahkah padan muka. Korang boleh download applikasi GSC Mobile App di Google Play/App Store. Search “GSC Cinemas”. Kalau korang ada credit card, boleh bayar pakai credit card, kalau takde boleh pakai Maybank2u.

 

 

beli tiket gsc online

 

Bila dah settle urusan pembayaran, Akan keluar korang punya barcode,id no,seat,showtime etc. So, korang boleh printscreen kemudian tunjuk barcode tu dekat kaunter pungutan tiket. Situ nanti ada scanner untuk nak scan korang punya barcode. Bila dah scan, boleh terus masuk wayang. Senang kan? Aku haritu tak boleh nak scan barcode.

 

 

Dia suruh cerahkan screen phone. Aku cerahkan, tapi tetap tak dapat scan. So kena print tiket dekat customer service counter. Just bagi purchase id number. Tapi agak leceh la sebab I thought bila scan je barcode, terus dapat detect kemudian terus masuk hall. Ni nak kena pergi customer service print tiket bagai. Mohon pihak pengurusan GSC membuat sesuatu bagi mengatasi masalah pada scanner tu ok. =D

 

 

gsc mobile app-

 

 

The Maze Runner penuh dengan adegan suspen! Aku terkejut beruk dua tiga kali jugak lagi-lagi masa agedan Thomas, Alby dengan Minho yang cuba menyelamatkan diri dari makhluk pelik dalam maze tu.

 

 

the maze runner

 

 

The Maze Runner berkisar mengenai Thomas dan beberapa orang lagi mungkin dalam 20 orang camtu yang tiba-tiba dihantar di tengah-tengah maze yang sangat besar dan complicated. Ada yang telah berada di situ selama 3 tahun tapi masih belum dapat keluar dari maze tersebut. Mereka semua yang menetap di dalam maze tersebut pulak tidak ingat langsung apa yang berlaku kepada mereka. Hanya ingat nama je. Pelik kan? Diorang tak tahu siapa yang menghantar diorang, apa motif penghantar tersebut menghantar diorang ke situ dan sampai bila harus mereka berada di situ.

 

 

the maze runner_4

 

Kedatangan Thomas ke situ membawa sinar harapan baru untuk mereka keluar dari maze tersebut. Keberanian dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Thomas membuatkan mereka memberi kepercayaan kepada Thomas dan terus melantik Thomas sebagai Maze Runner bersama senior mereka, Minho. Tugas mereka ialah memasuki maze dan mencari jalan keluar dari maze tersebut. Pada awalnya, Minho sendiri sudah berputus asa kerana hampir 3 tahun dia menjadi maze runner namun masih belum menjumpai jalan keluar. Kehadiran Thomas menguatkan kembali semangat Minho untuk terus menyelongkar maze tersebut. \0/

 

 

the maze runner_5

Kehadiran makhluk pelik dalam maze menyukarkan mereka untuk mencari jalan keluar dari maze tersebut. Makhluk yang sangat menggerunkan dan akan membunuh sesiapa sahaja yang mereka nampak.  Dahlah maze nie bukan statik gitu je. Akan ada masanya kedudukan maze bergerak dan membuka satu laluan baru. 

 

 

the maze runner_3

 

 

Berjayakan mereka semua keluar dari maze tersebut ? Siapakah yang menghantar mereka ke maze tersebut? Apakah tujuan mereka berada di maze tersebut? Yang pasti, akan ada yang terbunuh oleh makhluk aneh, akan ada yang memberontak dan anti-Thomas dan akan ada yang terselamat dan berjaya keluar dari maze. Siapakah mereka? Pergilah menonton The Maze Runner di panggung berdekatan anda okey!

 

 

Oh ye, bagi pengguna GSC Mobile App & GSC Members, sesuatu yang menarik dari pihak GSC menanti anda iaitu contest #MYCyberSALE! Hadiah kepada pemenang sangat lumayan taw! Please check it out at http://www.gsc.com.my/.

 

poster my cyber sale

 

 

Jangan lupa install GSC Mobile App & tengok filem The Maze Runner ya!

11 Comments

  1. Ramai cakap The Maze Runner ni best! Huhu. Kene layan laa pasni.

    ReplyDelete
  2. Salam singgah hujung minggu di sini...mcm best jer....

    ReplyDelete
  3. the maze runner terbaik, tunggu edition 2 lak. jarang beli tiket online sebab biasa orang belanja je

    ReplyDelete
  4. aku tak tengok lagi tapi aku dengar citer dia bersambung ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk pada ending cerita, macam ada sequel.. kena la tgk nie dulu baru best tgk sequal dia pasni kalau ada ha.. =)

      Delete
    2. hye retis. ahahhaha :P :P

      Delete
  5. Biasanya memang ada sekuel, tunggu sahaja nanti. Saya belom tengok lagi, maybe tunggu siaran di TV sahaja.

    ReplyDelete