Program Jalinan Ramadhan 1435H

Harini nak kongsikan mengenai Program Jalinan Ramadhan 1435H. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor. Alhamdulillah, sempena hari baik bulan baik ini ramai yang ingin mengumpul pahala. Lagi-lagi bila kita tahu kelebihan bulan Ramadhan kepada kita semua umat islam. MasyaAllah. Banyaknya! Rugi tak rebut peluang yang hanya datang sekali setahun ini.

 

Kita juga boleh mengumpul pahala dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan melalui Program Jalinan Ramadhan 1435H ini. Sumbangan ini akan disalurkan kepada keluarga Mualaf (orang asli), Asnaf (golongan yang layak menerima zakat), fakir miskin dan ibu-ibu tunggal. Inshaallah. =D

 

program jalinan ramadhan

 

Maklumat Program Jalinan Ramadhan 1435H


Anjuran
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran: PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran
300 keluarga Mualaf (orang asli), Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak, gula, tepung gandum, kurma dan lain-lain. Nilai 1 pek RM200

 

Jumlah Dana yang diperlukan
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

 

Sasaran Sumbangan
RM200 seorang - Terpulang pada keikhlasan anda.

 

Cara Sumbangan
Boleh disalurkan melalui 


1. Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (86 0193243 8)

 

2. Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR) (1641 8240 4340)

 

PENTING!
Apabila sumbangan telah di bank-in, sila emailkan nama anda, nama bank, Tarikh dan masa bank-in, jumlah sumbangan ke [email protected].

Contoh : Ahmad, Cimb, 15/5/2014 11.00 am, RM200

 

Sebarang Pertanyataan, info lanjut boleh terus ke :-

Facebook -https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
Blog - http://www.nurinsaniah.com
Whatsapp/sms – 018-2711362


Pegawai Bertugas
Mohd Hasrul 0111-6269252
Zamri 019-2745034
Jamian 012-2676091

 


Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘Berkongsi Membawa Berkat’


Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :[email protected]

Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah

 

Selamat menjalani ibadat puasa !

4 Komen untuk "Program Jalinan Ramadhan 1435H"

Back To Top