Harini nak cerita mengenai Pasar Ramadhan Presint 3, Putrajaya yang mempunyai kira-kira 250 lot gerai dan menawarkan lebih daripada 700++ jenis makan bernasi, lauk-pauk, manisan, air minuman, pelbagai masakan mee, masakan dari Timur, Utara dan Selatan. Alhamdulillah, 1 Ramadhan lagi aku dah terjah Pasar Ramadhan Presint 3, Putrajaya nie. Ramai gila manusia. Kemudian 3 Ramadhan pun aku pergi lagi. Dah pergi 2 kali baru ada keyakinan sikit nak tulis entri nie.

 

bazar ramadhan putrajaya

 

Aku pergi sana dalam pukul 6.00 PM camtu. Jalan ke Pasar Ramadhan Presint 3, Putrajaya memang dah sesak gila waktu tu. Mujur pergi sana naik motor. Senang la nak parking. Kalau naik kereta kena parking jauh sikit la. Kali ke-2 pergi dalam pukul 6.45 PM lepas balik kerja. Still ramai orang tapi jalan dah tak berapa jammed sangat. Campur hari bekerja kan, mesti orang pun tak ramai macam 1 Ramadhan itu hari.

 

bazaar ramadhan putrajaya

 

Menariknya mengenai Pasar Ramadhan Presint 3, Putrajaya ini mestilah pelbagai juadah berbuka korang boleh jumpa di sini. Gerai menjual nasi kerabu pun dah ada lebih daripada 5 kot. So, kena pandai pilih lah gerai mana yang paling sedap dan menawarkan harga yang berpatutan. Orang kata yang beratur panjang tu sedap! Rajin beratur, bolehlah beli. Aku yang jenis malas nak beratur nie pergi beli yang takde orang je =P.

 

nasi kerabu bazar ramadhan putrajaya

 

Kau jangan terkejut tau kalau jumpa nama makanan yang pelik-pelik di sini. Nama menu mee goreng tonggek pun ada. –.- Tak tahu la kenapa boleh dapat nama tonggek tu. boleh jadi si pembuat mee tu yang tonggek haha. lol. Itulah antara daya tarikan yang mampu membuatkan pengunjung nak try kan?

 

murtabak bazar ramadhan putrajaya

 

Almost semua gerai menjual murtabak di Pasar Ramadhan Presint 3 Putrajaya ini berbaris manusia nak beli. Aku macam nak juga merasa murtabak memandangkan setahun sekali je aku terasa nak makan. Tapi disebabkan barisan terlalu panjang, cancel terus nak beli. Tak kuasa la nak beratur panjang-panjang ini. Nak beli murtabak daging je pun sebiji =P

 

minuman bazar ramadhan putrajaya

 

Antara gerai yang paling banyak terdapat di Bazar Ramadhan Presint 3 nie mestilah gerai menjual minuman. Kalau dah jumpa satu gerai tu, jangan beli dulu tau. Pergi usha dulu gerai minuman lain sebab banyak gila pilihan minuman di sana. Ada yang murah ada yang mahal. Nak beli air tebu kena beratur panjang la sikit memandangkan air tebu antara air yang sangat famous di musim Ramadhan. Nak beli air tebu tapi terpaksa cancel juga sebab malas beratur dan dia jual yang tiada ais. Kita nak yang sejuk.

 

puding caramel bazar putrajaya

 

 

kuih bazar ramadhan putrajaya

 

 

gambar otak otak_

 

 

Korang yang bercadang mahu ke Pasar Ramadhan Presint 3 Putarajaya, boleh datang ke sana awal-awal tau. Baru tak beratur panjang-panjang bila nak beli murtabak. Yang tak pasti lokasi ke Pasar Ramadhan Presint 3, boleh lihat peta lokasi di bawah.

 

peta lokasi pasar ramadhan putrajaya

 

Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan. Masa beli makanan tu semua makanan yang kita tengok sedap dimata kemudian semua nak beli. Last-last tak termakan pun. Berbuka dengan nasi sepinggan + air tebu segelas je (macam kata ke diri sendiri je). Kan dah membazir namanya tu. 

 

Selamat berpuasa semua!

 

Website :http://www.putrajaya.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/putrajaya
Email : [email protected]