Festival Ramadhan Putrajaya 2014

Harini nak cerita mengenai Festival Ramadhan Putrajaya 2014 yang sangat meriah itu. Aku dah pergi sana cuci mata. Maybe lepasnie kalau ada masa lapang nak pergi lagi lah sana nak tengok persembahan pentas sambil makan-makan tepi air pancut (dalam hati ada taman lol). Meriah betul dengan gerai makanan, pakaian raya, pameran dan persembahan pun ada.

 

festival ramadhan putrajaya_2

 

Lokasi Festival Ramadhan Putrajaya di Kiblat Walk dan Kompleks Perbadanan Putrajaya iaitu berhampiran Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Warga Putrajaya memang dah familiar dengan tempat nie aku rasa.

 

festival ramadhan putrajaya 2014

 

Majoriti gerai di sini menjual pakaian raya wanita dari tudung, telekung, baju kurung, jubah, kasut semua adalah. Gerai makanan yang menjual biskut raya, kerepek, cookies etc pun banyak juga. Gerai lelaki yang menjual jubah, baju melayu etc pun ada. So memang sesuai la adik kakak abang pakcik makcik datang sini shopping raya. Sekarang la masanya nak shopping pun. Nanti dah dekat 10 terakhir Ramadhan nak cari malam Lailatul Qadar pulak kan? Yang dah shopping awal-awal tu lagi bagus.

 

 

karnival ramadhan putrajaya

 

Kebetulan masa kitorang datang sini Kumpulan Al-Farabi ada membuat persembahan. Aku tak pernah dengar Kumpulan Al-Farabi nie so tak berapa layan sangat pun persembahan pada malam itu. Lagipun aku tak suka sangat genre muzik yang diorang bawa. Nasyid rock. Aku suka Nasyid tangkap leleh yang bila kita dengar tu terus menusuk di qalbu.

 

festival ramadhan putrajaya_1

 

Mengenai harga barangan yang dijual di gerai Festival Ramadhan Putrajaya ini, aku tak berani nak komen juga. Nampak macam murah sebab harga dah potong dari harga asal. Siap bagi diskaun lagi. Banyak pilihan kedai dekat sana, so boleh buat perbandingan harga. Berkenan jugak dekat jubah lelaki warna coklat. Smart gila design dia tapi tak mampu haha kesian betul seorang Apijol. Korang datang lah dulu window shopping di sini mana tahu ada yang berkenan di hati. =D

 

 

Korang yang tak tahu peta lokasi ke Festival Ramadhan Putrajaya, boleh rujuk gambar dibawah. Di Auditorium Cempaka Sari ada jualan murah The Store. Banyak pilihan baju raya kanak-kanak sehinggalah ke orang dewasa di sana. Lepas terjah Kiblat Walk, boleh terjah jualan murah The Store.

 

pelan lokasi festival ramadhan putrajaya

 

Selamat menjalani ibadah puasa!

 

Facebook : https://www.facebook.com/FestivalRamadhan
Website : http://www.ppj.gov.my/ramadhan/

14 comments:

  1. Meriahnya, kena bawa duit banyak ni, nak shopping lagi, makan lagi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Tp elakkan pembaziran la bulan-bulan puasa nie hehe

      Delete
  2. hum..hum..hum..dulu mase yg flora2 tuh pon xdpt nak pergi..yg nih insyaallah lau ade mase nak g la.huhu..

    ReplyDelete
  3. umah den tak dapat trace dengan google map

    ReplyDelete
  4. Pernah review AlFarabi band ni. Best woa muzik dia... hehe... Akak tak pergila... jauhhh tu Putrajaya...
    Salam Ramadhan Hafiz. Blog berwajah baru nampak... smart tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kak Ieta. Blog berwajah lama nie . Nampak sgt la dah lama tak masuk blog kite haha.

      Delete
  5. Replies
    1. Best pegi la byk barang-barang awak kat sana. hehe.

      Delete
  6. peta tuer memang membantu.nak g cara barang raya kat situ nanti

    ReplyDelete
  7. thank for shsaring..wahh bila la dapt nak pegi sane...hee..betul awal2 ni la baek shoping..dah ujung2 t busy..huu

    ReplyDelete
  8. Menarik sekali festival bdaya seperti ini.
    Mau deh rasanya ke sana untuk lihat-lihat.

    Aku mau kasih info aja nih, barangkali pengunjung blog ini ada yang sedang membutuhkan Kemasan Makanan. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut bisa kunjungi kami Greenpack di : http://www.greenpack.co.id/

    ReplyDelete