SUPRISE BIRTHDAY DI ATAS JAMBATAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum.
 
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin muslimat di luar sana terutama pembaca setia hafiz hafizol blog. Eh ada ke pembaca setia? Herherher.


Sebenarnya cerita ini dah lama berlalu tapi baru sekarang aku rajin nak update. Betapa kemalasan aku menjadi-jadi di bulan Ramadhan ni kan. Tak baik punya. Hoho. Ingin tahu al-kisah disebalik kek yang sangat enak ini ??

 

kek birthday

Pada 11 Julai 2012 yang lalu, Konie dan Syerah telah datang ke UKM. Adik Konie , Salwa pun ada. Malu aku. Hakhak. Aku pun macam terkejut jugak la kedatangan mereka yang secara tiba-tiba. Katanya diorang datang UKM pun semata-mata nak jumpa aku dengan Mekna. Konon nak makan-makan la. Konon la.


Kami bergerak ke KFC Kajang. Nak drive thru. Pastu terus decide tempat nak makan KFC tersebut. Fikir punya fikir akhirnya aku ajak diorang pergi Putrajaya. Makan dekat atas jambatan Putrajaya yang cantik itu.


Sesampainya di Jambatan Putrajaya, Konie pun keluarkan segala makanan yang dia bawak. Banyak juga. Ada bihun goreng. Sekali dengan pinggan dan cawan lagi. Air pun dia bawak. Dah macam sesi berkelah di atas jambatan Putrajaya pun ada. Patutla tadi kat KFC kemain dia cakap taknak air pastu taknak beli daging ayam banyak-banyak. Rupanya. Heh!!

  

Aku macam ilek ilek je la. Lagi suka la dapat makan free. Konie yang masak pulak tu. Konfem la sedap. Student kulinari beb! Aku tak suspect ape-ape pun sehinggalah Konie pergi dekat kereta n then bawak sebijik kek kepadaku dengan sebuah senyuman ikhlas,


“ Heppy besday to you, heppy besday to you, heppy besdap to P-Joe, Heppy besday to You,” *Konie, Syerah & Mekna nyanyi serentak



Terus rasa nak tergolek atas jambatan tu time tu jugak. Terharu kot. Lambat lagi besday aku haa.. Sangat aku tak jangka diorang buat surprise birthday kat aku. Terus rasa nak menitiskan air mata kemachoan. Terus nak terjun dari jambatan sebab seronok sangat. Terus rasa nak peluk Konie , Syerah dan Mekna ketat-ketat tapi memikirkan batas pergaulan aku terus tak jadi nak peluk. LOL.



Rasanya baru semalam kawan-kawan sambut malam birthday yang sentap bersama-sama. padahal malam birthday yang sentap itu dah setahun berlalu. Kau tengok. Betapa cepat masa berlalu ! Masih aku terbayang-bayang kot peristiwa manis pada malam birthday yang sentap tersebut. Seriously. So, nasihat aku hargailah setiap masa terluang anda. #eh.



Aku nak ucapkan 1000000000000 terima kasih kepada Mekna, Konie dan Syerah untuk malam yang indah di atas jambatan Putrajaya ini. Aku ingat malam indah ini sampai bila-bila. Bila aku lalu atas jambatan Putrajaya, seriously aku terbayang-bayang kot kenangan kita semua di malam itu.


 Terima kasih kepada main sponsor. Terima kasih kepada event planner. Terima kasih semua. Tak tahu apa dah nak tulis. Nanti aku tulis panjang-panjang lagi mengarut meraban jadinya. Baiklah aku berhenti di sini kan? hikhoks.


 Jum terjah gambar sekitar Malam Birthday di Atas Jambatan Putrajaya dulu.


BIRTHDAY BOY _ JAMBATAN PUTRAJAYA

Muka blur tak dapat terima kenyataan lagi antara mimpi dan realiti. lol


JAMBATAN PUTRAJAYA
Adakah aku tengah bermimpi di malam hari ?


Serious ini pemandangan di Jambatan Putrajaya sekitar pukul 2.00 – 3.00 pagi camtu. Lawa kan !Pemandangan je lawa. Modelnya tak berapa nak lawa sangat pun. Kbai.



JAMBATAN PUTRAJAYA

 

Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya, "Tidak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari Kiamat sampai selesai ditanya tentang 4 perkara, iaitu tentang umurnya, untuk apa ia dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia dipergunakan, tentang hartanya di mana ia memperolehi dan untuk apa ia dibelanjakan, dan tentang ilmunya apakah sudah diamalkan". (HR Tarmidzi)

8 Komen untuk "SUPRISE BIRTHDAY DI ATAS JAMBATAN PUTRAJAYA"

wahh.. bestnye dapat lepak kat sane~ ^^

hahahaha hepi birthday tetibe rindu kat putrajaya

seronoklah dia dapat makan kek besday.hihi;)

Oh, suprise bufday party.aku pun penah kena sekali yang super suprise punye, siap ada tepung kena baling.takgunapunyakawan.haha.

btw,hepy belated bufday.

TQVM semua.. takde hadiah ke ? kahkah

happy birthday! semoga terus maju jaya!!

sweetnya kawan-kawan apijo :D

Back To Top