DRAMA YES BOS TV3 LAKONAN EMMA MAEMBONG

Peminat drama adaptasi novel jangan lupa menonton Drama Yes Bos di TV3 setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang di slot Dramady selama 30 minit. Drama Yes Bos diadaptasi dari novel Yes Bos karya Areila Sahimi yang merupakan novel terlaris beliau. Drama Yes Bos dilakonkan pelakon-pelakon hebat seperti Emma Maembong, Fahrin Ahmad, NoorKhiriah dan ramai lagi.

 

drama yes bos tv3

 

Sinopsis Drama Yes Bos TV3

YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya.


pelakon drama yes bos tv3

Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.



Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab “Yes Boss!”. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.



Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.



Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina.



Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.



Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.



Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

 

pelakon yes bos tv3

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?

 

Para Pelakon Drama Yes Bos TV3

Drama Yes Bos dibarisi ramai pelakon hebat tanah air dan pelakon-pelakon baru. Antara pelakon yang membintangi Drama Yes Bos ialah

Aryana - Emma Maembong
Ilham - Fahrin Ahmad
Shamsiah - Noorkhiriah
Udin -  Ryzal jaffar
Opah - Norlia Ghani
Dato Maarof - Eizlan Yusof
Datin Rokiah - Jasmin Hamid
Mellina - Aishah Ilias
Harun - Shamsul Ghaw2
Midah - Wan Maimunah
Sakinah - Cha Cha Maembong
Jeffry - Hisham Hamid
Amanda - Shella Faeiz

pelakon drama yes bosHero & Heroin Drama Yes Bos

 

pelakon yes bos tv3_1Ini bukan Kiah Propa Galaksi TV9 ke? Aku minat dia kot!

 

pelakon yes bos tv3_2

 

para pelakon drama yes bos tv3

 

gambar pelakon yes bos tv3

 

para pelakon yes bos tv3

 

Aku tak berkesempatan lagi nak menonton Drama Yes Bos. Aci nak tengok je, anak buah tengok kartun haha. So, kena mengalah lah dengan anak buah. Boleh juga menonton Drama Yes Bos di tonton tapi aku pakai broadband 2GB je pun. Memang tak lah ye nak tengok online Drama Yes Bos.

 

Selamat menonton!

sumber
sumber

4 comments:

  1. jangan lupa blogger nizam ijam pom ada berlakon dlm drama nih

    ReplyDelete
  2. cian pok jo.. tp xpe.. setiap sbtu n ahad i pastikan anak2 i dh turun ke taman.tp 30 minit jer..pas tu diorg naik nk tgk upin ipin lak..hehe

    ReplyDelete
  3. Mcm best jer …
    Citer yes boss … :D

    ReplyDelete
  4. Ayut tgk!best....hahahha.emma maembong cute kata ye.hahaha

    ReplyDelete