Peminat drama rantaian adaptasi novel jangan lupa menonton Drama Playboy Itu Suami Akudi slot Akasia TV3 bermula 11 November 2013 ini. Drama Playboy Itu Suami Aku bakal menggantikan Drama Love You Mr Arrogant yang tengah panas sekarang.
Aku juga turut terkena tempias Drama Love You Mr Arrogant lakonan Zara Zya omey angat. Pukul 7.00 malam memang standby depan tv wakaka. Drama Playboy Itu Suami Aku merupakan drama adaptasi dari Novel Playboy Itu Suami Aku karya Suri Ryana. Orang cakap Novel Playboy Itu Suami Aku BEST!!! Adakah Drama Playboy Itu Suami Aku pun BEST macam dalam novel? Nantikan drama 28 episod ini di ditayangkan :D

Sinopsis Novel Playboy Itu Suami Aku

NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Akasia TV3

Para pelakon hebat dan pelakon baru berbakat besar telah dipilih untuk membarisi Drama Playboy Itu Suami Aku.
Nur Risteena - Afina Aulia 
Fatah Aman - Raja Adrian Benjamin
Chacha Maembong – Fisya
Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Pelakon utama Drama Playboy Itu Suami Aku
Pelakon Playboy Itu Suami Aku Raja Adrian dan keluarga
Para Pelakon Playboy Itu Suami AkuFisya, Afina dan Keluarga
Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku TV3Raja Adrian bermain gitar
Jangan lupa menyaksikan Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3 bermula 11 November sebanyak 28 episod. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan produksi oleh Temenggong Pictures! :D