Salam.
Sekarang nie banyak sangat kes kecurian di kampung aku, Kampung Tok Jiring. Sebelum ini kalau nak keluar rumah, tak risau sangat pintu bilik aku terbuka. Tapi sekarang kalau boleh bukan setakat pintu bilik, pintu utama,pintu kedua,pintu ketiga semua nak kena katup rapat kemah keming.
1- Selasa baru-baru ini ada orang curi motor Ayah Ngah dekat-dekat Maghrib gitu. Ayah Ngah letak motor luar rumah, wak lek wak cool je orang bawak lari motor dia. Pencuri tu sekonyong-konyong bawak motor Ayah Ngah lalu depan rumah aku. Rumah Ayah Ngah depan rumah aku je dalam 20 langkah je. Nasib malang pencuri tak tahu jalan depan rumah aku tu jalan mati. Pencuri tinggal motor Ayah Ngah tepi parit belakang rumah Ustaz. Mungkin sebab motor tak boleh lepas parit tu. Kurang cerdik punya pencuri. Langsung tak survey dulu latar tempat kalau nak mencuri.
2 – Bulan lepas, stor kereta rumah ustaz, jiran sebelah rumah aku dimasuki pencuri siang buta. Tak sampai sejam ustaz and family pergi kenduri dekat rumah jiran depan, pencuri menyelongkar stor kereta. Masa Ustaz balik, dia nampak kelibat orang berlari belakang rumah dia. Sempat jugak curi spare part kereta rasanya. Kemudian, hari berikutnya pencuri datang lagi pada waktu malam juga pecah masuk stor kereta. Ustaz perasan bila pencuri lari keluar ikut pintu belakang stor kereta. Terus dia dengan anak-anak dia kejar pencuri tapi memang tak dang la.
3 – Motor Sepul anak Mok Cik jiran sebelah rumah aku kena curi. Dia balik kerja, dia naik atas rumah, dia tinggal kunci motor di motor, sekejap je dah hilang dah motor dia. Mungkin awal-awal lagi pencuri dah target dia nie kot. Kesian motor baru beli dah kena curi. Terpaksa angkat motor baru pakai wang insurans. Aku tak sure bila tapi rasanya tahun ini juga. Aku takde kat kampung time tu.
Kalau tengok pada kronologi kes kecurian, memang kiri kanan depan belakang rumah aku pernah terjadi kes kecurian. Cuma rumah aku masih terselamat dari sebarang kes kecurian setakat ini. Kalau semua orang pergi kerja, adik bongsu pergi sekolah, ayah keluar tengok tapak projek (konon), memang tinggal mak je kat rumah sorang-sorang. Risau pulak kite. Semoga kita semua dijauhkan dari kes-kes kecurian dan perkara-perkara yang tak kita ingini.
Kepada pencuri diluar sana yang sedang baca blog saya *pencuri zaman sekarang pun baca blog ok*, tolonglah bertaubat daripada melakukan kerja curi mencuri ini. Kepada bakal pencuri yang berkira-kira nak mencuri tu baik batalkan saja niat tak baik punya awak tu. Tak baik sangat ambil hak orang tanpa keizinan. Jawab la nanti di akhirat saya mencuri sebab mencuri itu hobi dimasa lapang saya. =p
10 Komen untuk "KES KECURIAN DI KAMPUNG TOK JIRING"
Joe, lepas mak cerita kat pok long, ai tengok smlm pok long siap rantai lg moto tv ngan moto bulat ayah.hahaha.terbaek la pok long.
hmm betul dah banyak sekarang. bukan tmpat hafiz je. tempat hana pown. lahai.
#tapi gambar tu tak boleh blah. haha
Apa agaknya diorg dpt dr mencuri tu ye...?di mana2pun dh x selamat...di kampung2,periuk belanga makcik2pun kena curi...di pekan kes ragut...di bandar kes ugut...yg bawa kontena utk mencuri brg dlm rumah orgpun ada...siap pakai jubah sipencuri tu,seorg plak perempuan(kononnya)sbb berniqab.....kejadian ni berlaku di taman tmpt kakak akak tinggal...pak guard plak diketuk kepalanya...kesian....
Haha. Safety first.. :D
Gambar ? Mana gambar? hahahah =p
Tu la Kak. semoga kita dijauhkan la dari kes mcm gini.
Ameen......nak pegi manapun baca ayat qursi....
mak pun citer kat saya jaja n jojo. Risau plak kat mak sorang2 kt umah tu. sekarang mcm2 kes kecurian. ragut. Semoga Tuhan lindungi kita semua.
gambar yang wanted sangat2 la tu kan. haahaha
Aku pun hairan gak Motor ayah ku yand di park area Petaling jaya mentari bawa flat rumah kawan ayahku hilang dicuri tak sampai 3 jam ayahku tinggal motor dikunci rapat2 pakai lock dan park area flat bawa dengan motor motor lain jugak tapi motor ayah jugak yang hilang baru baru ini terjadi 15 Ogos 2014 beberape hari lepas tengahari dalam jam 12:00pm tenghari ayah saya pi jenguk kawan dia tinggal tak sampai 3jam balik balik motor tak ada haih kesian ayah aku Tapi untuk pengunjung 2bBlog blog kalau ternampak motor ayah saya MOTOR warna Merah Jenis Demak buatan Malaysia plate nombor BMG 4973 disekitar area ShahAlam atau Petaling Jaya Mentari Bolehlah Hubungi saya ditalian 017-5353139 Saya aishah ayah saya pun dah buat polis report tunggu khabar lah sekarang ini hihss sapa lah pencuri tak guna tu aku doakan hidup hang akan diterima balasan dashyat dri Allah SWT