DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU AKASIA TV3

Peminat drama rantaian adaptasi novel jangan lupa menonton Drama Playboy Itu Suami Akudi slot Akasia TV3 bermula 11 November 2013 ini. Drama Playboy Itu Suami Aku bakal menggantikan Drama Love You Mr Arrogant yang tengah panas sekarang.
Aku juga turut terkena tempias Drama Love You Mr Arrogant lakonan Zara Zya omey angat. Pukul 7.00 malam memang standby depan tv wakaka. Drama Playboy Itu Suami Aku merupakan drama adaptasi dari Novel Playboy Itu Suami Aku karya Suri Ryana. Orang cakap Novel Playboy Itu Suami Aku BEST!!! Adakah Drama Playboy Itu Suami Aku pun BEST macam dalam novel? Nantikan drama 28 episod ini di ditayangkan :D

Sinopsis Novel Playboy Itu Suami Aku

NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Akasia TV3

Para pelakon hebat dan pelakon baru berbakat besar telah dipilih untuk membarisi Drama Playboy Itu Suami Aku.
Nur Risteena - Afina Aulia 
Fatah Aman - Raja Adrian Benjamin
Chacha Maembong – Fisya
Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Pelakon utama Drama Playboy Itu Suami Aku
Pelakon Playboy Itu Suami Aku Raja Adrian dan keluarga
Para Pelakon Playboy Itu Suami AkuFisya, Afina dan Keluarga
Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku TV3Raja Adrian bermain gitar
Jangan lupa menyaksikan Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3 bermula 11 November sebanyak 28 episod. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan produksi oleh Temenggong Pictures! :D
14 Komen untuk "DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU AKASIA TV3"

eh jap... semalam baca entry seseorang dia cakap lain... ni lain pula.. mana satu yang bakal menggantikan love u mr arrogant ni? *pening*. hahaha

yang ni betol. yg entry seseorang tu SALAH! hahah =p

singgah...salam kenal dan salam blogging.

Tak sabar nak nonton yang ini pulak...memang drama adaptasi tv3 ni best2 lah kan...

fae follow sini. ooo fae x lyn drama2 adaptasi dari novel ne. coz mostly spend my leisure time ngadap laptop drp watch tv hehehe.

Layan drama yg diadaptasi dr novel je sekarang ni ye....spe yg dh bc novel tu kira dh tau la ending dia...haha

macam best jer..macam best jer..

DI SINI SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU SEMEMANGNYA BEST!! Novel tersebut menjadi bestseller sejak 27 April 2013 sehingga ke hari ini dalam carta kedai buku Popular.. dan ia akan sentiasa menjadi BESTSELLER!! in shaa Allah.. dan semoga drama Playboy Itu Suami Aku?! akan BEST seperti novelnya walaupun banyak perubahan yang dibuat seperti menukar imej Afina Aulia, seorang gadis bertudung kepada imej yang tidak bertudung.. :) so jangan lupa saksikan drama ini bermula 11 November 2013.. 6 hari lagi.. :D

Watak dalam Novel bertudung..tapi telah ditukar tidak bertudung..alaa nie yang kureng nih..x ikut novel...

novel2 Suri Ryana memang semua best2

crita 'Playboy itu suami aku' yg akn mggntikan 'Love Mr. Arrogant'... ^^

Hahaha , ending tak best :(

kurang menarikk

cari fatah aman ni siapa macam nak tenggelam keyboard..huhuhu mmg xjumpe...taip2 tu juga yg kluaq..sat lagi baru jumpa...fattah amin kan hero remaja yg jd raja adrian benjamin...la n baru buleh search profile..hehehehe

The novel was amazing! Suri Ryana is awesome I love all her books. Trust me the drama will be great kalau lakonan those stars hebat! Go go!

Back To Top