Kenaikan harga minyak baru-baru ini sangat memberi tamparan kepada kita semua rakyat Malaysia. Mujur aku pergi kerja naik motor je. Kerja pun dekat dengan rumah. yeay! Kesian awak yang pergi kerja naik kereta pastu tempat kerja jauh gila. Kerja pulak dekat bandaraya besar macam Kuala Lumpur yang 24 hours sentiasa sesak dengan kenderaan. Kesian awak oii. Apa susah,public transport kan ada. :D

 

Aku pernah kerja di stesen minyak dan sepanjang aku bekerja di situ, customer aku selalu berkongsi dengan mengenai tips penjimatan minyak kenderaan. Diorang pernah bagitau waktu terbaik untuk isi minyak kenderaan adalah pada waktu malam.Kalau boleh,elakkan isi minyak pada waktu tengahari/panas terik sebab nanti ion-ion minyak akan terlepas ke udara.Tegangkan wayar nozel supaya semua aliran minyak lancar masuk ke dalam tangki kenderaan anda.

 

pekerja petronas

 

Ada juga customer bagitau jangan isi minyak di Petronas sebab minyak kotor. Dia kabo Shell punya minyak elok. Padahal orang yang suruh isi di Shell tu pelanggan Petronas tempat kerja aku tu jugak. lol – Dia kabo minyak Petronas kotor padahal dia sendiri isi di Petronas.

 

Tips Penjimatan Minyak Bersama Shell

Untuk pengetahuan korang,Shell ada berkongsi dengan kita semua mengenai Tips Penjimatan Minyak. Memang murah hati betul Shell ini tau berkongsi tips penjimatan minyak pada waktu yang sangat tepat!

 

fuel save_1

 

fuel save_3

fuel save shell

Semoga dengan sedikit sebanyak maklumat dan perkongsian tips daripada Shell boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan kita. Maklumat lanjut mengenai tips penjimatan minyak Shell, korang boleh tengok Sini.