Salam.
Sejak duduk kampung nie, boleh dikatakan setiap hari boleh makan buah betik. Nak makan betik, pergi panjat pokok, petik. Kat rumah ada dalam 6 pohon pokok betik yang buah dia punyalah lebat, sedap, manis dan yang paling best tak ada butir. Belah buah betik – buang kulit – sumbat dalam mulut. Awak yang baca tu mesti terliur kan?
Nie yang suka duduk kampung sampai dapat panggilan interview di Kuala Lumpur pun sanggup tak pergi sebab kononnya nak kerja kat kampung. Last-last duk goyang kaki dalam rumah. Hahah. Duduk kampung best gilak hari-hari boleh makan buah betik lol! hihihi
Aku kalau melantak buah betik sampai sebiji pun aku mampu habiskan. Gambar dekat atas ini adalah buah betik air tangan aku. Aku petik atas pokok pakai tangga – aku kupas kulitnya – aku potong kecik-kecik – lepak beranda makan dengan Dora dan Diego. Kira air tangan aku la kan?
Khasiat Buah Betik
Macam-macam khasiat yang terdapat pada betik. Dari daun, getah, butir semua mempunyai khasiat yang tersendiri!
Merawat hemoroid atau buasir dan sembelit
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat buasir, memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Macam aku selepas makan betik, memang tiada masalah penghadaman langsung. Tapi sebelum makan buah betik pun memang takde jugak. Korang yang ada sembelit, cuba try cari betik di kedai. Makan banyak-banyak.
Merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan
Caranya, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. Aku tak pernah try lagi sebab takde masa busy sangat update blog. Wakaka. Pernah try pakai sabun betik je. Memang terbaik sabun betik. Flawless terus kulit aku. Jerawat hilang, muka jadi makin cerah.
Mengubati tumit pecah-pecah
Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. InsyaAllah masalah tumit pecah akan dapat diatasi. Tumit aku cantik, so tak try lagi la petua ini. hiks.
Wajah sentiasa awet muda
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah awet muda macam wajah saya nie. Barunie kawan tempat keje kabo kita baru 19 tahun. Mungkin effect makan betik jugak kot nie huahuah!
Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dan dilekapkan pada bahagian yang sakit otot boleh mengubati sakit otot. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
Menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit
Biji betik pula dapat menyingkirkan cacing gelang pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segenggam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut. Tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
Melegakan kesakitan gigi yang berlubang
Getah betik berguna bagi melegakan sakit gigi berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. Nanti bila gigi sakit, boleh ah try petua ini.
Menghentikan pendarahan
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Aku sebenarnya berkira-kira nak buat bisnes betik. Nak tanam pokok betik banyak-banyak. Jual buah betik dekat kedai Pok Awang atau dekat pasar. Mahal wei buah betik. Dia kira pakai kilo. =p
17 Comments
banyak gak noo khasiat betik ni
ReplyDeleteApa lagi... jom la beli betik kat pasar. hehe
Deletebest btol boleh membetik dkt kg.. haha
ReplyDeletekt kg bukan setakat membetik. memdurian. memrambutan semua boleh. hahah!
Deletebuah betik kegemaran akak ni pijol...
ReplyDeleteOooo. Patut kak awek muda. hahah!
Deletesinggah sebentar..jom makan betik brooo
ReplyDeletebiar betul kau panjat pokok betik? tak patah batang betik tu?
ReplyDeleteletak tangga di btg pokok, panjat tangga. pokok betik besor wei
Deleteoh logik. sebab aku darjah 2 panjat betik patah betik tu. tu baru darjah 2
Deletesaya suka jeruk betik penang :D
ReplyDeleteMmg betik byk khasiat nye,
ReplyDeletePsst novel lyma mmg best ending happy , sherry confirm jahat hihi
Mmg suka betik ni..cicah dgn garam..nyum2..
ReplyDeleteBleh ja pkai limau nipis hafiz..jd la limau filling..hehe..geng citrus gak tu :D
slalunye aku akan agak membuang air besar dgn kerap kalo makan betik ni. haha.. cuci cuci services
ReplyDeleteSalam, kami dari web debatremaja.com. Web kami menyediakan forum berbbentuk sistem perdebatan yang sesuai untuk rakyat malaysia berbincang, mendengar dari dua pihak supaya kita berjaya melahirkan masyarakat yang lebih meneliti.
ReplyDeleteSaya telah mencuba untuk menghubungi tuan melalui emel, tetapi dukacitanya tidaklah saya ketemu alamat emel tuan. Jadi maafkan saya kerana menggunakan komen ini untuk menghubungi tuan.
Sebagai bonus kepada pembaca tuan, saya juga membuka beberapa pertandingan di web kami buat masa ini. Dengan hadiah xlah lumayan.
Mohon kerjasama tuan untuk menyebarkan tentang web ini.
amalkan yer pijol...nnt kulit leh cantik ;p
ReplyDeleteBoleh kurangkan water retention/sembab
ReplyDelete