Salam.
Semalam Syerah ajak pergi pesta buah-buahan di Kampung Bukit Wan, Tepoh. Syerah sampai depan rumah aku baru dia call ajak. Aku yang tengah syok lepak dalam bilik macam anak dara tu cepat-cepat pergi mandi, bersiap kemudian bergerak ke Kampung Bukit Wan.
Sesampainya di pesta buah-buahan, terus ambil sebijik manggis kupas kulitnya suap dalam mulut tanpa terlebih dahulu bertegur sapa dengan orang sekeliling. kakakaka. Buruknya perangai.
Banyak jugak buah semalam. Manggis-duku-rambutan dan DURIAN !!!!!! Buah lain tak excited mana nak makan. Buah durian nie memang arrr...
Bila ada pakcik letak durian yang dah dikupas depan mata, cepat-cepat aku dengan Syerah berebut macam orang tak makan 3 hari dapat makanan. Perghhh, manis gila durian dia fresh dari atas bukit. Diorang cakap diorang ambil durian atas bukit dan kebun-kebun penduduk kampung. So, bukan satu jenis durian je semalam. Ada jenis isi kuning, isi putih, Seronok tengok penduduk kampung bersungguh-sungguh kupas durian, makan durian tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Siap ada pulut dengan kuah santan lagi semalam. Apa lagi cepat-cepat la aku berebut dengan penduduk kampung ambil pulut dengan kuah santan. Letak 3 ulas durian dalam pulut santan.
Cubit durian sikit, sekali dengan pulut santan, suap dalam mulut. Sedapppppnyaaaaaa !!! * telan air liur *
Firstime makan pulut durian untuk tahun ini kot. Tahun lepas lain cerita. Sampai tak cukup durian. Malas dah nak kupas durian lain. Nanti kalau kupas, mahu setengah jam lagi aku duk mengadap. kakakakakah !
Hambik kau. Effect makan durian, bukan setakat badan jadi panas, gambar pun bersinar semacam sebab panas. Bersungguh bukan main mat pink dalam gambar makan buah manggis. Badan dah panas kot sebab makan overdose makan durian.
Bila dah puas makan, kitorang minta diri untuk pulang. Siap bawa balik durian 10 biji. Orang kasi, kita ambil kan. Untung benar. Boleh sambung makan durian kat rumah. Konon kat rumah takde buah durian. Walhah, depan belakang kiri kanan rumah ada pokok durian. Yang pasti, durian rumah aku memang tak sama benar dengan durian dekat pesta buah-buahan ini. Lagi sedap, fresh dan tebal isinya. Nanti ada masa aku buat entro pasal pesta durian dekat rumah aku pulak. =p
p/s : Baru perasan, aku tak sentuh pun buah rambutan di pesta buah-buahan semalam. lol-
12 Ulasan
terbaek la dapat makan durian :)
BalasPadamjemput makang sekali ye =p
PadamKalau jadi tokey durian ni, mmg silap la kalo ambil ko keje. Haha..
BalasPadamaku mmg dah tokey durian pun. lol =p
Padamwahhh tengok gambar durian tu terliur kot... kuning nyee... huhu...
BalasPadamYang kuning tu dia punya isi sedap gila...
Padamsedap tu, memang tak pandang kiri kanan dah kalau dapat durian tu..hehe
BalasPadamMakan durian yer ! Bau sampai sini k. Hehehe
BalasPadamkelemahan aku satulah, memang tak boleh makan buah..hm
BalasPadamJom terjah sini Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-56
manggis manggis !!!!!
BalasPadamtempat kita tak ada orang buat pesta awak, untungla awak :P
BalasPadamnantikan post kita pasal musim buah..
haha
Dapnye manggis my peberet!
BalasPadam