Salam.
Raya tahun ini aku berkesempatan beraya di Muzium Losong. Photoshoot di sana. Bukan beraya dengan kakitangan Muzium Losong yer. Kebetulan masa aku pergi sana agak sesak Muzium Losong sebab ada majlis perkahwinan.
Kitorang bergambar outdoor je. Tak masuk pun dalam Muzium Losong. Muzium Losong dah tak best macam dulu. Dulu memang best gila. Banyak pameran dan artifak. Sekarang macam hambar sikit. Ruang pameran dah makin sempit dan banyak artifak tiada dekat tempat pameran. Bayar tiket pun mahal dah.
Dulu tiket pakej student RM1. Sekarang ni dah tergolong dalam orang remaja. Mahu bayar RM10 semata-mata nak masuk dalam Muzium Losong tengok artifak. Kalau awak yang 1stime datang sana ok la. Aku yang berkali-kali masuk sana memang tak la nak masuk lagi kan !
Bergambar dalam pondok tepi sungai.
Bergambar atas kapal.
Atas rumput hijau.
Then pulang.=p
Ada 2 biji kapal besar kat sana. Ini gambar atas kapal SABAR T.82. Kapal 1 lagi tak lawa sangat pasal dia letak jaring hitam yang halang cahaya matahari masuk tu atas kapal. Nak bergambar pun jadi tak lawa.
Ini pondok cantik tepi sungai. Tak ingat apa nama pondok ini. Ada banyak juga pameran mengenai perkapalan. Masuk percuma je tak payah bayar pun. Nampak tak aku tengak syok menikmati keindahan Sungai Kuala Nerus yang cantik. Boleh nampak Pulau Sekati dengan jelas dari anjung pondok ini. Hajat nak pergi merentas jambatan panjang ke Pulau Sekati tapi jambatan macam belum siap renovate lagi. Campur panas lagi.
Ini padang rumput sebelah rumah lama. Kalau dia mesin rumput kasi rata lagi lawa aku rasa padang rumput ini sebab macam dah lama sangat padang rumput ini tak di mesin. Ada rumput panjang dan pokok kemuncup melekat dekat seluar aku. =p
Korang yang belum pernah datang Muzium Losong tu apa kata pergi sana bawak kawan-kawan. Seronok tahu photoshoot kat sana. Ini belum lagi aku masuk dalam Muzium Losong. Banyak jugak shoot cantik sekitar indoor Muzium Losong macam gambar-gambar di bawah. Tak rugi tau korang galas DSLR sekali dengan tripod datang sini.
Okbai.
19 Komen untuk "Photoshoot Hari Raya di Muzium Losong, Kuala Terengganu"
kenapa ko nampak makin tinggi
Entri terbaru PCB GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS KEMALANGAN DI TERENGGANU
menarik jugak tempat ni, boleh datang nanti :)
Kemain. Dah lama tak pegi sini. Hahah
best pergi muzium. dah lama xjalan2 gitu.wuwuwu
amboi3...berlari berkejaran..seindah bunga ditaman..
wah best je . hahha . thanks komen nasihat tu =)
kawasan luar macam lagi menarik je daripada kawasan dalam muzium tu
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.
Cantik la gambar outdoor ni.. hehe
Apa2pun.. AmiRini nk ucapkan Selamat Hari Raya...
blogwalking.. tetiba tersampai sini.. nice shot! :)
Rumah lama dlm foto itu mengingatkan rumah pusaka ibu bapa saya masa kecik2 dulu...
cantik..akak suka bangunan daripada kayu..nampak sejuk ja..
pernah pergi muzium ni dulu mase sekolah.muzium terbesar jugak kan..but seram dengan suasana dalam muzium ni..suasana still maintain cantik!
muzium tu, tringin sgt nk g ;D
sebab tumbesaran aku x terbantut lagi ha3
Oo pernah dtg sini ke ye. dh lama x dtg, dtg la.
Gambar outdoor je catik, model dlm gambar x cantik ye ha3. Selamat hari raya bro :)
muzium terbesar di Asia Tenggara .. dalam agak seram la bila pengunjung x ramai. kalau ramai pengunjung meriah , suasana seram tu hilang terus hihi
Tingginya rumah tu.. wow !