Bbq Hari Raya Pantai Tok Jembal,UMT

 

Salam.

 

Memandangkan kita masih berada di Bulan Syawal, kira aci lagi la kan aku update pasal entri hari raya. Cerita ini bukan baru lagi, tapi beberapa dekad   hari yang lepas. Bukan main gigih lagi ye aku update. Lokasi bbq kali ini di Pantai Tok Jembal berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lawa gila pantai tu tobak la tok nawok siket pong. Siap boleh mandi lagi area situ.

pantai tok jembal lawa

Bbq kali ini agak meriah sebab ada surprise besday – main baling tepung - mandi pantai. So, macam biasa sementara menunggu kehadiran vvip dan tetamu jemputan yang lain, kita mulakan acara bbq kali ini dengan meniti batu-batu besar tepi pantai. Kita photoshoot ala-ala model majalah mangga dulu ye =p

jejaka tepi pantai

Camera 360

Sesi promote kawan : Awek yang pakai tudung bawal warna ungu tu sedang mencari pasangan hidup/pakwe yang serious. Demand sikit awek ini. Nak pakwe yang handsome dengan berharta je. Sesiapa yang rasa dia handsome dan berharta, bolehlah kalau nak cuba.Serious candidate only!

 

Bila semua geng dah sampai, bbq dimulakan dengan rakus sekali. Masing-masing berebut nak bakar sate. Sate ayam manis-manis lebaran air tangan Syerah. Ada dalam berpuluh-puluh cucuk sate jugak yang Syerah bawak. Thanks Syerah. =p

bakar sate

sate

 

Kelakar betul pakai benda alah dekat atas tu buat bakar sate. Dengan lidi-lidi sekarang terbakar. Sate tak masak lagi, lidi sate dah terbakar. Acano tu. Haha. Berkat kesabaran aku dan pembakar sate yang lain seperti Mcku, Mcna, Syerah dan Konie semua sate berjaya dibakar. Ada 2 3 cucuk yang hangus. Yang jatuh dari jaring ada jugak. =p

 

Bihun goreng yang ramai orang puji sedap tu air tangan Mcna. Orang pakat tambah. Tapi aku tak tambah dah. Bukan diet ok kurus kerempeng gini diet apa. Aku dah makan sate banyak. Zack ada bawak nasi kerabu. Diorang cakap sedap. Aku dah tak larat nak makan. Ada jugak nugget, keropok dan kek. Thanks yang sponsor makanan pada hari kejadian. :*

 

Bila semua dah kenyang, kemas-kemas tempat makan, sebab ada satu lagi acara yang ditunggu-tunggu. Surprise birthday + Baling-baling tepung. Memasing kepal tepung gandum. Sorang pegang kek. Bila line clear, pakat nyanyi lagi happy birthday ramai-ramai sambil baling tepung dekat birthday boy.

 

Bukan birthday aku, tapi birthday Zack ! Kemain kejar Zack semata-mata nak baling tepung ke Zack. Last-last, dari sesuci lebaran, jadi serupa ikan bilis gaul tepung si Zack nie diperlakukan sahabat-sahabat mereka yang sweet itu. Hahaha !

mandi tepungBirthday boy, Zack .

 

bukan Zack sorang kena baling tepung. Semua kena. Gila kau nak habiskan sekilo tepung gandum ke Zack sorang. Aku orang paling last kena baling tepung. Semangat aku berlari kencang semata-mata nak lari dari diorang yang nak baling tepung ke aku. Padahal aku taknak cemarkan baju raya aku. Tu yang semangat berlari tu. tepung je kot. Bukan nak baling ular. wakaka =p

 

Bila puas mandi tepung, geng-geng pergi mandi pantai. Rugi aku tak bawak seluar mandi. kalau tak memang dah ada pun gambar aku gimnastik berirama dalam entri nie. lol – =.= Petang itu takde mana orang dekat pantai. Tengah beraya sakan lagi kot. Geng kitorang je. So, memang tiada gangguan langsung nak main baling tepung – mandi pantai – kejar-kejar.

 

 

 

p/s : Happy birthday Zack. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga menjadi bakal pendidik yang hebat dan disegani.

19 Komen untuk "Bbq Hari Raya Pantai Tok Jembal,UMT"

kpop! kpop!

buat benda2 mcm ni..bila da tua2 mesti sronok ingat balik..haha..nanti boley crite kat cucu2..haha =)

cntiknya pic weh..korg guna apa?

p/s: ak sgt bz dan lappy ak masuk bengkel.haha..bru nk strt tulis pasal raya..gila x?hahaha

Hehe seronok yeh berjimba dgn kekawan....sok dah kawen tak lepas dah nk mandi tepung hehe...

Best ! Rugi NF x join wakaka =p

Ini namanya fasionista.. hakhak !

Nanti bila dh tua boleh baca balik cerita kat entri nie. hihi

Pic cantik sebb guna 360.. =p

lepas je. mandi tepung tetap mandi. haha

hi zack nama saya azura wekekekekeke

ada bufday boy skali la ni...seronok la men2x tepi pantai gitu kan... :)

dh tlg klik nescafe dh

Assalamualaikum dik. Akk nk tanya sate tu bakar atas dapur elektrik ke?

Wassalam. tu bukan dapur elektrik kak. tu dapur kecik pakai re-fill gas kecil tu.

Back To Top