Baru hari ini aku sibuk nak tahu punca jerawat tumbuh di muka padahal sejak tingkatan tiga lagi jerawat dah menghiasi muka ku yang comel ini. sila muntah wek. Kalaulah dari dulu aku cakna dengan punca jerawat tumbuh di muka nie, mesti sekarang muka aku dah licin lagi flawless dan gebu. Ala-ala kpop sikit. tak payah pakai clear&clear pun takpe.
Kenapa Jerawat Muncul di Muka
Jum kita tengok apa punca jerawat tumbuh di muka dan sama-sama kita fikir kebenarannya dan kelogikannya. firstime pakai ayat “kelogikan”. macam hebat pulak Bm aku. eherherher.
1. Hormon
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. yeah, punca ini memang tidak dapat disangkal lagi. sejak dah akil baligh ini, jerawat pun dah pandai nak tumbuh. nampak permainan jerawat di situ.
2. Bakteria
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
3. Pemakanan
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Aku percaya salah satu punca jerawat akibat pemakanan. Buktinya, bila aku makan kacang, budu, makanan berminyak an etc, memang akan tumbuh jerawat dengan muka aku. So, sila jaga pemakanan juga. Banyakkan minum air dan makan sayur-sayuran, buah-buahan.
4. Stress
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Ini pun macam betul. Bila aku stress, memang jerawat akan tumbuh 3 4 biji. Rasanya hari-hari aku stress cuma tahap stress tu berbeza-beza la. kadang rendah kadang tinggi. Lepas ini kena belajar mengatasi stress.
5. Alat Solek
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Aku sah-sah tak pakai alat solek. So tak bimbang mana pun. haha. kepada wanita diluar sana, berpada-padalah bila memakai alat solek.
6. Matahari
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma. Aku pergi kelas jalan kaki. Maknanya boleh dikatakan setiap hari muka aku dijamah matahari. Mujur dah semester akhir. takde kelas dah pasni. takde dah jalan kaki kedek-kedek turun bukit pergi kelas. herher.
7. Pakaian
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Aku kadang-kadang kalau tiada kelas then lepak je dalam bilik mandi memang sekali je sehari konon nak jimat air la .lol.
Tengok petua tradisional menghilang jerawat. Kebanyakan petua di situ aku dah cuba, ternyata ada sesetengah petua memang berkesan. Tapi sekarang sejak dah berduit, pakai produk jela. herher.
Sumber di sini.
24 Komen untuk "PUNCA JERAWAT TUMBUH DI MUKA"
faktor kegedikan pun boleh disertakan sekali . kahkah
haha jimat air la sangat kan...
stress pun boleh menyebabkan jerawat ye?? ish.. tak leh nak stress2 lepas ni.hehehe
oily food + stress = kombinasi terbaik.
xsuka jerawat weh :-( hahaha....gatai pn blh jga naik..haha
tapi orang tua kata sebab berangan ada gf/bf ?? haha.yeke ???
jerawat gatai hehe
errr... ko nak kabo aku gedik la nie yer
air selalu x de kat kolej. haha =p
agaknya la boni oi. mgkin faktor stress la jerawat tumbuh muka ak ni
itu sbb org tua x nak kasi kita berangan bila duk dapur nati nasik hangit kot ha3
perlu bersih muka elok2..
betul tu kak nora :D
sarung bantal pun kna selalu basuh sbab bakteria , tu pun salah satu faktor jugak kan :)
setuju.....I akan kena gangguan jerawat sewaktu musim exam hahaha, geram siot jerawat naik banyak gila sbb stress huhuhuhuhuhuhu
patut ler bile stress sgt2, byk jer jerawat naik. .hukhukhuk
Androgen bukan hormon tok lelaki je ke?
muke sye naik jerawat kecil2 tpi sye dh gabra...hahaha
follow my story
perkongsian yang sangat menarik. :)
huhu.. kdg2 jerawat ni blh buat kite down.. kurang keyakinan diri.. Jom Klik Cara Atasi Jerawat
Rimas kalau jerawat asik dok mnpek kan...sharing yg bagus nie...
Bagus sharing nie. Sy nak share sikit untuk kurangkan masalah jerawat, insyaAllah :)
1) kurangkan makan makanan berminyak. Ia bukan penyebab jerawat tetapi reaksi badan sesetengah orang akan menyebabkan punca jerawat
2) banyak makan sayur dan buahan
3) amalkan meminum air suam sekurang 2L sehari
4) kurangkan masakan goreng. Boleh cuba cara memanggang, stim atau bakar
5) basuh muka dengan air bersih, pastikan kulit muka selalu bersih dan tidak berminyak
Semoga bermanfaat :)
nice story..
saya ad cara nak hilangkan jerawat dari dalam ..bila bhgn dalam dah settle baru pakai produk muka pon menjadi sebab bghn dalamn dah bersih..
free blh baca:
http://khairunnisarasshidah.blogspot.my/2017/02/punca-kulit-berminyak-dan-berjerawat_6.html
jika ada dikalagan anda ingin bertanyakan mengenai masalah kulit, jgn segan silu
pm nisa 01115621318
nisa ajar cara hilangkan jerawat secara cepat dan berkesan dalam masa 21 hari dengan menggunakan bahan berasaskan 100% semulajadi.
nak rayakan..
mesti nak cantik dan gantang
# nkrayankcantik
#nkrayankgantang