EPISOD AKHIR TERLANJUR CINTA TV9


Aku dah tengok Episod Akhir Terlanjur Cinta tv9. Tak jangka betul ending dia camtu. Rasanya nanti mungkin ada Terlanjur Cinta II kot. kot la. Tengok tu aku bajet pengarah drama wek.

Aku memang suka layan drama melayu dekat tv. Suka sangat. Lagi-lagi drama dekat tv3. Sejak belajar nie dah jarang layan drama. Bila nak tengok drama kan. Kat mana nak tengok. Walaupun aku tahu boleh saje nak tengok dekat Tonton atau download kat website. Tapi aku malas buat benda tak berfaedah itu semua. eh. Mengata diri sendiri nampak apijol wakaka.

Dua tiga menjak ini aku seronok pulak duk layan drama Terlanjur Cinta tv9 dengan Setia Hujung Nyawa tv3 memandangkan aku dah mengikuti cerita tu diawal episod dekat rumah kak aku haritu. Rasa sayang pulak kalau terlepas cerita best tu. Pasnie kalau ada drama baru dekat tv malas dah nak tengok. Nanti jadi nak tengok sampai ke ending. Mujur aku tak layan Adam Hawa yang panjang gila tu.

Panjangnya mukadimah. Padahal aku nak cerita pasal episod akhir Terlanjur Cinta je pun kahkah. Korang yang nak tengok episod akhir Terlanjur Cinta boleh tengok di Tonton.

Nia seorang isteri yang taat sanggup jaga Fareth yang lumpuh. Fareth macam menyesali perbuatannya memperlakukan Nia macam-macam sebelum ini dan menganggap apa yang terjadi kepadanya merupakan balasan daripada Tuhan akibat sering menyiksa dan mengabaikan Nia sebagai isterinya yang sah.
episod akhir terlanjur cinta

Datin pulak macam dah dapat menerima kehadiran Nia walaupun hakikatnya dia masih menyayangi menantunya Amanda yang tamak haloba itu. Datin senyum sorang-sorang bila dia tengok Fareth gembira dijaga oleh Nia. Nia mandikan Fareth. Suap Fareth makan. Selimutkan Fareth time tido. Semualah Nia buat. Nia juga mintak cuti selama sebulan semata-mata nak jaga Fareth. Besarkan pengorbanan Nia. Hmm. k
terlanjur cinta episod akhir_3

Si Amanda pulak tak habis-habis dengan masalah tender. Amanda sanggup datang ke rumah Fareth semata-mata nak tanya Fareth mengenai isu tender tu. Dia mintak Fareth ceraikan dia sebab dah tak sanggup beristerikan suami yang lumpuh. Di sini, Tan Sri, Datin dan Fareth sendiri dah nampak kejahatan Amanda.
episod akhir terlanjur cinta_2

Amrin ? Amrin masih menunggu Nia. Amrin tak halang Nia jaga Fareth sebab Nia masih isteri Fareth. Namun jauh di sudut hatinya, dia masih berharap akan cinta Nia. Sangat berharap.
nazim othman terlanjur cinta

Fareth pula dah makin serasi dan gembira dengan layanan Nia. Fareth mula mengaku anak yang dikandung Nia adalah anaknya. Nia dah beranak tau. Fareth nak azan dekat anak Nia, tapi Nia tak kasi. Nia cakap sebelum nie Fareth tak pernah anggap anak dikandung sebagai anaknya. Nia suruh Amrin yang tolong azankan.
terlanjur cinta episod akhir

Saya dah lama maafkan awak Fareth. Sebab tu saya tetap jaga awak. Tapi selepas nie saya akan menjadi sahabat awak selama lamanya. Nia boleh hidup sendiri dan Nia tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun buat masa nie. Mungkin Nia tak berhak dapat cinta dari sesiapa. –Nia


P/s : Mungkinkah ada sambungan Terlanjur Cinta II ?
Nak sambung study. esok last paper. yahu :)
12 Komen untuk "EPISOD AKHIR TERLANJUR CINTA TV9"

setia hujung nyawa ja ak layan..xtau plak pasal cerita ni..hehe

peh saleha ni berlakon..,mesti chumelll..haha

best ke citer ni ? tak pernah tgk pulak . huu

huish.. saleha dengan hero deejavu di kinabalu rupanya pelakon utama cerita ni..

masalah terBESAR aku bila tgk drama jiwang (espesely drama Melayu): aku tengok drama 15 minit, pastu drama 2 yg tengok aku. zzzzzzzzzzz....

wahhh
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

tak sempat tengok..

tapi sekarang layan setia hujung nyawa pula.. best juga..

hoi pakcik !! perli aku eyh kat blog... wakakaka...
siot uhh... goodluck for last paper k :)

Best . Pelakon pun best2 . pegi tgk skrg !

yela awak nie layan kpop je kan =p

Exam dah habis. masa utk enjoy. kehkeh =p

Assalamualaikum nk tnye spe ade link full episod cite ni?

Back To Top