Sabtu lepas di ktm Serdang aku ada terbaca iklan kehilangan kanak-kanak lelaki, William Yau Zhen Zhong. William Yau dikatakan hilang di Putra Heights.
Lama aku tilik iklan kehilangan William Yau. Mulalah buat andaian sendiri pasal kehilangan William Yau. William Yau mungkin masih hidup. Mungkin ada orang jumpa dia then bawak dia balik rumah. Kemungkinan yang aku buat sentiasa positif kan. Kekekeh.
Sampai je di kolej, member aku bagitahu William Yau dah meninggal. Aku macam, “Baru tadi kot aku terbaca iklan kehilangan William Yau”. Member aku cakap William Yau kena dera dekat makbapak diorang sebab ada kesan parut. Sebab tu dia keluar dari kenderaan konon nak melarikan diri dari diorang la.
Aku dengar je member aku cakap sambil angguk-angguk. Setahu aku William Lau keluar dari kenderaan sebab nak cari ibu bapa dia di kedai berhampiran Putra Heights itu hari.
Bila baca paper, baru aku faham sikit cerita disebalik kematian tragis kehilangan William Yau. Berikut merupakan antara berita di harian metro, Selasa 29 Januari :-
Sah. Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui terapung di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Khamis lalu ( 17 Januari 2013 ) adalah William Yau Zhen Zhong, 6, selepas ujian asid deoksiribonukleik ( DNA ) dari Jabatan Kimia Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) Klang, mengesahkannya.
Pegawai perubatan HTAR turut mengesahkan terdapat kesan parut lama di tubuh badan mangsa yang kemungkinan berpunca daripada dipukul atau luka kerana aktif bermain.
Kes disiasat sebagai mati mengejut. Beberapa individu akan dipanggil termasuk ibu bapa mangsa untuk ditemubual dan bukan disoal siasat berikutan maklumat terbaru yang diterima mengatakan berlaku kes penderaan.
Kemungkinan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang terletak 150 meter dari tempat dia dilaporkan hilang 16 Januari lalu sebelum dihanyutkan ke Sungai Klang.
Jeti tempat mayat William Yau ditemui
Sekian Harian Metro edisi Selasa, 29 Januari 2013 halaman 15 sisipan Setempat melaporkan.
P/s : Awasi anak anda. Seeloknya jangan biarkan mereka berseorangan walau dimana anda berada.
p/s/s : Aku tulis entri ni sebab nak test seo sebenarnya. kahkah. Domain dot my free dari asiahost ada problem. Habis jatuh merudun trafik aku. So, aku berubah ke blogspot balik. T_T
9 Komen untuk "Kematian Tragis Kehilangan William Yau Zhen Zhong"
peh lepas ni kompem traffik mencanak2 lpas main seoo..dah okey la wey,gi tukar balik..
jauh gila kena bawa arus..bhya!
meninggal ? -,-
aku tetap tak kisah sebab cina . hahaha ngek .
mmg menyayat hati kisah william ni ..
entahlah non, mungkin dah ajal...ini semua kalo tak bukan mak bapak yg salah...jadikan iktibar...
ramai buat spekulasi sebab banyak kes budak kena culik.
err...akhirnya dijumpai .. tapi sekujur badan
Inilah contoh orang yang tiada berhati perut.
Hentikan sebarang spekulasi berkaitan kematian william -Pihak polis. Ahahaha