Mimpi Bencana Alam


Assalamualaikum.

Lama gila rasanya tak update blog. Bila mimpi bencana alam baru nak update blog ke kau Apijol. Kakaka. Ok sekarang tengah update blog sambil layan cite Spongebob Squarepants. * motif *

Rasanya bukan aku sorang yang pernah mimpi bencana alam. Korang pun mesti pernah kan. Aku punya mimpi bencana alam sangat la dahsyat. Boleh dikatakan dalam satu mimpi ada macam-macam bencana alam. Seram. Mimpi bencana alam pulak bukan sebarangan bencana alam. Tsunami, taufan, banjir besar, gempa bumi semua la.

Mimpi bencana alam yang terbaru – mimpi taufan datang menyerang kampung aku. Gila seram mimpi itu. Sampai sekarang aku boleh bayang mimpi itu. Lembu-lembu, kambing-kambing, rumah-rumah di kampung aku semua kena taufan tu. Taufan tinggi gila. Dari langit sampai ke tanah. Bergerak sangat laju. Tapi pelik, aku berjaya menyelamatkan diri. mihmih.. Mimpi bencana alam nie mungkin disebabkan aku terlalu berfikir pasal ribut sonamu kot. Sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Lebih kurang macam gambar diatas ribut taufan dalam mimpi aku.

Tadi aku google “mimpi bencana alam” . Katanya mimpi bencana alam nie, bukanlah kita akan mengalami nasib buruk malah sebaliknya. Kita tidak akan mengalami bencana. Macam tu la kot lebih kurang. Tapi takde la aku percaya sangat pun.

Aku sangat positif orangnya. Blergh nak perasan kejap. So, aku membuat kesimpulan sendiri. Mimpi bencana alam mungkin disebabkan:

  • Aku tak baca doa tidur.
  • Aku tak berwuduk sebelum tidur.
  • Aku terlalu berfikir akan sesuatu hingga terbawa ke dalam mimpi.
  • Aku tak basuh kaki sebelum tidur.




    Tapi betul la beb. Bila mengamalkan keempat-empat point di atas, aku tak mimpi apa pun. Mimpi pun yang indah-indah je. Korang yang selalu mimpi buruk ini aku sarankan amalkan 4 poin yang tidak seberapa yang aku listkan di atas. InsyaAllah. Tiada lagi mimpi buruk terutama mimpi bencana alam. Serious seram mimpi bencana alam ini. Dua tiga hari pun still fresh di ingatan. =.=

sabda Rasulullah s.a.w. : Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar
berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.

[Hadis riwayat Imam Muslim] Mimpi daripada syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah s.w.t., ia merupakan mimpi yang benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
6 Komen untuk "Mimpi Bencana Alam"

meletop2 mimpi kau jol..kau pikir ape ni..

khabar macam mane ? eh kalau aku mimpi crush aku kahwin dgn member baik aku sendiri .

kahwinkan khabar yg baik .

ohh tidakkkk >,<

insya'allah things going to be ok.

mimpi kahwin. Eh! :P

sama mcm saya. pernah mimpi mcm ni tapi banjir besar

sama . byk kali jugak selalu mimpi cmni . erkk .

Selalunya mimpi akan terbalik dgn dunia realiti. Huhuuu

Contoh kau mimpi dpt 4A pmr then in reality kau maybe dpt 8A hahahaha mimpi

Back To Top