Semalam member beli rokok elektronik perisa strawberi dekat uptown Jalan Reko, Kajang. Dia cakap satu rokok elektronik berharga RM90. Kalau beli dua harga RM140. Hebat promosi rokok elektronik ini bukan. Beli dua dapat RM140. Rugi member aku beli satu. Patut aku pun beli sekali dapat harga RM140. Murah. eh !
Disebabkan rokok elektronik ini benda baru lagi, aku pun ambil peluang yang ada nak cuba juga hisap rokok elektronik. Nak harapkan aku yang beli sendiri rokok elektronik memang taklah. Aku hisap, tak keluar asap. mihmih. Rupanya ada butang yang kita kena tekan masa hisap rokok elektronik tu.
Bila tekan butan itu, keluar cahaya warna biru. Sangatlah rokok elektronik. Excited pulak aku. Bila hisap, berkepul-kepul asap yang keluar. Lebih banyak daripada asap dari rokok bukan elektonik. Wah, Apijol kau macam ada pengalaman hisap rokok. kakaka.
Nampak butang bulat warna hitam tu ?
Rasa dia ? Mesti la rasa macam strawberi gitu dah member aku beli rokok elektronik perisa strawberi. Dia cakap banyak perisa yang ada. Kau boleh pilih nak perisa apa. Nanti bila perisa tu dah habis, kau beli la lagi. Dia pakai refill.
Bagi aku, kalau dah nama rokok, then keluar asap, tak kira la elektronik atau tidak, tetap berbahaya. Yang best pasal rokok elektronik ini, takde habuk. So, nak hisap dalam kereta pun still ok la kalau tak bukak cermin.
“nanti kalau naik bus balik kampung, ilek-ilek je aku hisap rokok elektronik dalam bus” berlagak kau Afnan.
Bahaya rokok elektronik
Satu penyelidikan terbaru menunjukkan rokok elektronik mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. - Sumber
16 Komen untuk "Rokok Elektronik Perisa Strawberi"
xyahla isap rokok..
cri penyakit je..
p/s: pde hal aku sndr isap rokok..ckp x serupa bikin..ahaha
mahalnya -.-"
baru berniat nak beli.
Assalammualaikum.. Salam ukhuwah.. I m new blogger.. Harap dapat beri tunjuk ajar bagaimana utk menjadi blogger yg baik
Mcm shisha. Hritu classmate aku beli perisa redbull. Then aku mcm nak cuba. Mmg mcm shisha hahaha perisa redbull =D
jom la bertukar ke rokok elektronik. murah dan jimat. kahkah
ok la. drp awk hisap sekotak sehari . baik beli rokok nie =.=
ha'.. semalam pun member aku ade bagitau perisa redbull .. =.=
W'salam . salam ukhwah.. selamat berblogging namzaman :D
ntah orang kata rokok elektonik isap tak puas..tak tau la aku..
haha tolong laa belikan. boleh ? ^^
ishhh x best aku tengok ... mcm2 sekarang nie .. sebab x suka merokok
abg ipar awop pon beli baru ni..xsmpai sebulan kot dia back to normal..huhu..now nk let go rokok elektronik dia tuh.adoilah..btol la awop.bg sy asal kuar asap ia tetap merbahaya.
aku pernah try dulu rokok elektronik jenis yg pakai puntung tu....mmg susah nak berenti isap pasal dia tak pendek2...hehhehe....last2 skang isap rokok seberang je...jimat sikit...
yg mana da guna rokok elektronik tp x bleh bhenti rokok juga... sbb dua2 rokok dia masih isap.... saya sendiri sudah bhenti isap rokok biasa.. cm isap rokok elektronik jak... yg sebenarnya, sesuatu niat itu adalah atas individu itu sendiri...
sebenarnya niat utk bhenti rokok itu ats invividu itu sndiri... saya sendiri telah bhenti rokok biasa... cm isap rokok elektronik... jimat memang jimat sesangat... klau dulu sebulan dekat RM300 modal utk beli rokok... sekarang cm dalam RM60 ja sebulan modal untuk bl perisa rokok elektronik...
Mmbe aku beli perisa pop...jgn crik yg ade nikotin..dn.jgn bli yg cap ayam pye perisa..skang die da xpndg rokok bese...klu isap pn rse lain...tq