Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) di Alor Merah


opkim_kedah
Motif banner Program Jalinan Mesra 1 Malaysia? Haha. Sila abaikan.


Minggu lepas aku telah menyertai satu program OPKIM yang sangat best. Sebenarnya ni program OPKIM pertama yang aku join sepanjang aku berada di UKM. Sepanjang hidup aku jugak sebenarnya. Haha. So, over excaited tu haruslah ada. Haha


Tempat : Alor Merah, Kedah Darul Aman. Memang aman pun Alor Merah tu.
Tarikh   : 19 – 22 April 2012. Lama kan sampai 4 hari.


Sesampainya di Alor Merah, kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku dapat Tok Angkat yang sangat baik hati iaitu Tok Esah. Tok Esah nie tinggal dengan cucu dia yang cun iaitu Rina Isabella. Glamor kan nama cucu Tok Esah. Haha.Aku cerita pasal Tok Esah dan Rina Isabella di lain entri la. Harinie aku nak kongsi pengalaman kitorang berprogram kat sana.


pemeriksaan kesihatan


Pemeriksaan Kesihatan percuma oleh student HUKM. Ramai orang yang nak check kesihatan pada hari kejadian. Budak-budak kecik pun berebut-rebut dengan orang tua nak check kesihatan.
Tak pernah pulak aku tengok keadaan camnie kat klinik kesihatan sana. Haha. Orang cakap student HUKM nie hensem-hensem. No wonder ramai budak kampung yang nak check kesihatan. Hahahahahaha. Aku yang takut jarum, takut darah dan segala macam takut nie pun lek je check kesihatan haritu.


Baru aku tahu darah aku jenis A+ . LOL. Sape geng aku angkat tangan? Haha
BMI aku toksoh nak cakap la.. Aku tengok pun nak rebah depan tu jugak. Dia suh aku makan banyak-banyak supaya BMI aku stabil macam manusia normal lain. Err..
Kandungan lemak aku pulak macam hidup segan mati tak mahu. Sesiapa nak derma lemak mehla derma kat aku yang kurang lemak gile vavi gua cakap lu !!


kanak-kanak riang_peace


Sila cari budak lelaki kecik yang hitam manis dan berambut pacak dalam gambar. Dah jumpa? Cari pula lelaki pakai spek yang putih, braces dan berambut pacak. Dia Wan. Menjadi kegilaan budak-budak kampung. Habis budak kampung duk tiru gaya rambut pacak si Wan ni. Tambi betul ko Wan. Hahaha. Budak kecik yang dalam gambar tu antara peminat Wan. Nangis-nangis budak tu taknak balik rumah pada malam last tu sebab tak sanggup nak berpisah dengan Wan.


perempuan bertudung di sawah padi


Dah macam cover album kan. Ni yang aku tak suka nak photoshoot tak ajak aku. Haha. Ni pemandangan indah kat sawah padi. Aku tak berkesempatan pun p sini. Cuba korang bayang kalau time nie padi tengah menguning. Lawa dowh gua cakap lu !


iks zuza


Kitorang juga berkesempatan mengadakan lawatan ke ZUZA iaitu industri kecil sederhana kat sana. Macam-macam produk yang ZUZA keluarkan seperti kicap, sos lada hitam , sos cili , kopi dan macam-macam lagi. Kepada mereka yang feeling-feeling nak cuba bekerja di industri kecil sederhana bolehlah cuba di ZUZA. Nampak banner jawatan kosong tu? Haha.


kukur kelapa_kampung


Ni pulak sukaneka. Pertandingan kupas kelapa paling cepat. Aku jadi model je tak masuk bertanding pun. Kalau bertanding memang sah-sah la aku juara kan. Haha. Berlagak.

 
malam kebudayaan


Yang baju belang tu salah lirik, lirik yang salah tu berbunyi camnie ye kawan-kawan
“Rembulan mengambang daun pun rembulan, terima kasih ku ucapkan”
Habis rosak lagu Kau Ilhamkan. Bertuah punya budak. Haha.


landasan keretapi

Kenapa takde orang bawak aku pergi tempat nie. Cun giler tempat nie. Dah lama aku nak pergi sini kot. #tibe

muzium padi kedah


Ni dalam Muzium Padi. Korang nak beli cenderamata pun ada dalam muzium nie. Peralatan-peralatan yang berkaitan dengan sawah padi lagi la banyak dalam muzium nie. Dah nama pun muzium padi kan. Nak masuk Muzium Padi bayar RM3.00 je. Kitorang tak payah bayar sebab sekali dengan pakej OPKIM. Haha.


bukit kayu hitam


Sawaddikapppppp….
Make sure korang banyak i/c nak masuk sana. Tak bawak i/c tak boleh masuk. Kang nati tak pasal-pasal jadi warga Thailand.
Sory entri bersepah dengan gambar. Nanti aku cerita pasal Tok Esah dan Rina Isabella pulak korang nak baca tak? Haha
2 Komen untuk "Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) di Alor Merah"

singgahhh..

heheh kbai :P

aku ingat budak rambut pacak tu adik angkat kau.haha.

Back To Top