No.6 Cottage Walk
Off Persiaran Apec
6300 Cyberjaya
Sila salin alamat di atas untuk menikmati ayam penyet yang sedap dan mengenyangkan sehingga buncit perut anda. Tak percaya ? Meh nak tunjuk gambar-gambar yang sangat membuatkan air liur anda meleleh-leleh.
Yang atas nie nama dia Ayam Penyet. Murah sahaja. RM8.00 sahaja. Besar ok ayam dia. Korang makan ayam nie dengan nasi putih pun dah kenyang giler. Tu pun kalau perut kau sebesar perutku la. Haha. Ayam yang sangat rapuh tak perlu korang tekan garfu kuat-kuat nak siat-siat ayam tu.
Udang Penyet. Segala benda kau nak penyet kan? Haha. Tu la istimewanya restoran penyet nie. Harga RM7.40 sahaja, Murah kan. Macam nak telan dengan kulit-kulit udang sekali sebab udang penyet ini sangat rapuh dan rangup. Banyak ekor jugak dia letak.
Gado-gado penyet. Takde pulak penyet kat belakang nama gado-gado nie. Haha. Gado-gado yang murah iaitu RM5.00 sahaja. Macam-macam sayur dia ligam dalam tu antaranya kubis, salad, taugeh dan sawi. Kuah gado-gado nie manis-manis kearah pedas. Boleh bayangkan?
Lagi satu menu yang tertinggal. Limau Ais semurah RM2.00 sahaja. Nasi Putih pula semurah RM1.40 sahaja. Lunch yang sangat mengenyangkan perutku sehingga pagi esoknya. Anda yang kat luar sana kalau nak rasa ayam penyet yang sedap bolehlah memilih restoran Ayam Penyet Ria nie sebagai restoran pilihan. Memang berbaloi. Perut pun kenyang. Kenyang sampai pagi esoknya.
Trust me bebeh ! Haha.
Gambar oleh : Lutfi Syafiq
3 Komen untuk "Ayam Penyet Ria Cyberjaya"
erk. perut kau besar ke? perut aku lagi besar hokey.
Mau Tray Makanan untuk ayam penyet, pilih take away Greenpack aja. Terbuat dari kertas food grade dan ramah lingkungan.
Brapa nombor telefon kdai ni bro