Kisah Seram Di Blok Aku | Sudah Lihat Baru Percaya kan |

Assalamualaikum w.b.t

Kisah seram dan pelajar kolej nie memang dah sinonim la kan. Setiap kolej ada je kisah seram masing-masing. Kolej penginapan aku juga tidak lupa turut mempunyai kisah seram tersendiri. Malah, blok yang aku menginap sekarang nie pun dikatakan mempunyai kisah seram tahap otomen jugak.

Baru-baru ini  aku ada lepak bersama senior kolej kitorang. Macam-macam la kan kisah seram yang diceritakan kat aku. Taktahu la samada kisah tu betul atau tidak. Mungkin jugak dia hanya nak test power aku. Nak tengok setakat mana tahap ketakutan atau kepercyaan aku terhadap kisah seram nie. Aku bukan nak bermegah atau nak kata

“eleh, ko toksah nak takutkan aku la weyh! ko ingat aku takot ke? Aku berani la. Berani dia nak muncul depan aku? Try tengok!”

atau camnie

“eleh, aku dah biasa la balik sensorang tengah-tengah malam . mane ada pape. ntah-ntah dia pun takut kat aku lah!”

Sangat bercakap besar la ayat-ayat di atas pun tak baik kan.

Habis kalau dah bilik pun hujung dunia . Diatas puncak bukit yang tak pernah aku tak semput bila mendaki. Duduk pulak sensorang dalam flatlet yang mempunyai dia bilik. Ruang tamu yang agak selesa. Bilik mandi yang agak selesa jugak. Siap dilengkapi ngan kabinet dan singki . Juga mempunyai beranda . Bukak pintu beranda terus nampak hutan. Di siang hari pun cengkerik galak berbunyi. So amazinglah kan bilik camnie.

Ok stop cerita pasal bilik. Berbalik kepada tajuk entri , memang malang sangat la nasib aku apabila si senior menceritakan kisah-kisah seram nie kat aku. Aku dah sedikit cuak plak. Tapi masih tabah dan berani . Alhamdulillah.

Cerita Pertama :

Tahun lepas bini felo kolej yang menetap kat blok ko tu dia ada terserempak ngan mende tu.

Tak payah nak explain sangat lah kan mende tu ape. Aku pun taknak tahu . Haha.

Cerita Dua :

Semester-semester lepas ko nak tahu tak kat blok ko tu ada student nampak budak kecik duk atas kotak pemadam api.

Cerita Tiga :

Blok ko tu memang masalah ciket. Ko mesti tak pernah kena ketuk bila duk dalam bilik sensorang kan ? Pasnie kena la ko ( saje nak menakutkan aku nie ). Mende tu ketuk ikut tingkat. Sudah la ko.

Cerita Empat :

Nanti malam ko akan dengar bunyi air lam bilik mandi. Sedangkan bilik air tu gelap. Memang takde orang la kan dalam bilik air tu kan ? Cerita senior aku tu.

Tibe bulu roma aku lak menegak bila taip entri sengal nie. Apekah ? Hehe. Aku pun bukan pertama kali dengar orang cerita kisah-kisah camnie. Memang banyak kali da. Dah lali telinga nie dengar. Ikotkan rasa takut , memang tak kemana la kan. Memang akan takut memanjang la jawabnya kan.

Aku pun bukan nak cakap besar ke apa. Selagi kita jaga amalan, jaga ibadat , jaga batasan, jaga percakapan , jaga sembahyang jugak, InsyaAllah mende tu takkan kacau kita. Ingatlah Allah SWT sentiasa ada bersama kita. Takutlah hanya pada Allah SWT.

24 Komen untuk "Kisah Seram Di Blok Aku | Sudah Lihat Baru Percaya kan |"

time nik sekolah asrama dulu selalu dengr dan ade jugk la pengalaman ternampak tu.. #okseram ...
betul la tu sentiasa menjaga amalan.. :D

enjet enjet semut, sape sakit naik atas..

alhmdulillah x pnah nmpak bnde2 mcm tu

syukur aku duduk flatlet...kalau dak, meraung la sorng2...eee seram...

nik : hehe.. agaknye sume org kena nampak menda tu kot...

nub ; meh la teman aku ..haha

diana : pasnie nampak la 2. haha..

srikandi : untunglah.. aku rumate ad tp dia x balik bilik pun !

hehehe...biasa laa tu..setiap kolej asrama mesti akan ada mcm2 cite..heee...mujur x pernh nmpk apa2 time duk asrama dulu..

selalu jek kene kacau time kat aspuri dulu.. huhuhu.....


#banyak nye typo!!! huhu

eyda : i will.. tenx.. ehe..

tieka : untunglah.. saye pernh dgr org ckp setiap org mesti akan nampak mende tu.. hoho

mizah : hantu kak limahh.. ~~ *tibe.. hati2 k..

seronoknya tinggal kat situ.. mesti chlnging.. kat asrama sya clear tadek hantu.. huhuhu...

http://bulatmata.blogspot.com/

kat kolej aq pon ad.
aq sendriri pnah nmpk.
hehe.
sbb 6th sense punya psal.

hatoi..blok kamu dah la x jauh mana dgn blok sy..huuu

rinsya : amboi.. kemain lagi dia.. hantu takde tapi syaitonn ade kan?? lalalala

kim kim : untunglah pernah nampak kan ? haha.. bewaree~~

azie : cuak letteww.. hahaha.. relax r.. be strong!! *tibe

masa duk hostel dulu ada la ustaz buat pagar la sume..tapi sebelum ternampak, baik keluar terus dari hostel tu..hehe

ciskek tol... hahaha...

syaitan memangla banyak..hehe


http://bulatmata.blogspot.com/

yg penting solat jgn tinggal sayam.pastu sering baca Yassin dalam bilik. InsyaAllah. Menda tu pun makhluk Tuhan. Kita tak kacau dia, dia pon xkacau kita.peace no war.

siyes seram bilik ko. tp ok gak. tenang jer rse. hehe ;)

ratupirate : haha.. ratupirate penakot..lalala..

Rinsya ; syaitOn= hantu. ! okbai

iza : yg 2 laro siket..haha.. nway, aku akan cube. tenx.

lutfi ; haha.. lau nak stdy dtg la sini.. konpem cepat masuk..

seram2,,kalau dengar cerita seram,sampaikan nak g toilet pon rumate aku kjutkan aku sbb takut! adoiiii

haha... okayla.. ><
hantu n syaitan same aje.. tunggu jin penunggu la..

aku baca semula.. ni pestime kita knal. kbai!

Kat kolej aku pun ada.duk dlm tandas benda tu.hishh seram

Back To Top