Perkhemahan di Sungai Tekala | Cantik ke Tempat tu ? |

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Seyes aku sangat sentap dan tension paginie. Pagi ni baru aku taw aku diwajibkan menghadiri satu perkhemahan anjuran Rakan Muda UKM pada 30 September hingga 2 Oktober. Kenape lah aku boleh tersalah tengok due date perkhemahan tu. Boleh mata aku tertengok program tu diadakan pada 30 Oktober. Ok la, salah aku la nie kan.

Sekarang aku dah takde baju dan seluar nak pakai nie. Baru bajet nak basuh baju harinie. Dahla harinie aku ada kelas. So atas dasar komitmen sebagai Timbalan Exco Wira Usaha, aku gagahkan diri nie pergi perkhemahan tersebut. Kalau tak , jangan harap sangatlah aku nak pegi suka-suka camtu kan. Haha. Kalau la diorang baca nie mahu kene pancung aku. Lalala.

Dah lama sangat tak berkhemah nie. Last berkhemah masa tingkatan lima kot. Perkhemahan Leadership Camp. Ape pun tak boleh ! Haha. Blurrrr sekejap ngan last minit camnie apelah aku nak bawak nie!

Nasib bek la banyak gak aktiviti-aktiviti lasak dan best sepanjang perkhemahan 2. Kalau la LDK memanjang , memang sangat budak sekolah menengah la aku dibuatnya. Haha. ( Ayat sangat falsafah ).

30 Sept 2011 (Jumaat)
05.00 ptg - Pendaftaran
06.00 ptg - Pengurusan diri
07.15 ptg - Solat Magrib
07.45 ptg - Makan malam
08.20 mlm - Solat Isyak
08.45 mlm - Taklimat program
09.15 mlm - LDK 1: Ice Breaking
11.30 mlm – Istirehat

01 Sept 2011 (Sabtu)
06.00 pg - Persiapan diri dan Solat Subuh
07.00 pg - Malaysia cergas
08.00 pg - Sarapan pagi
08.30 pg - Aktiviti 1: Penjelajahan Lasak Meredah Hutan
01.00 ptg - Makan tengahari
01.30 ptg - Solat Zuhor dan Rehat
02.30 ptg - Aktiviti 2: Berkayak dan River Crossing
05.30 ptg - Rehat dan Solat Asar
07.15 ptg - Solat Maghrib
07.45 ptg - Makan malam
08.30 mlm - Solat Isyak
09.00 mlm - LDK 2: Permainan Orientasi Minda
11.00 mlm – Istirehat

02 Sept 2011 (Ahad)

06.00 pg - Persiapan Diri dan Solat Subuh
07.00 pg - Malaysia cergas
08.00 pg - Sarapan pagi
08.30 pg - Aktiviti 3: Aktiviti Kemasyarakatan Cinta Alam
10.30 pg - Persiapan diri dan kawasan perkhemahan
11.30 pg - Majlis penutup
12.30 tgh - Makan Tengahari
01.30 ptg - Bertolak pulang

Nota: Semua peserta dikehendaki menyediakan peralatan sendiri dan pakaian yang secukupnya
serta sesuai di sepanjang aktiviti ini berlangsung .

Menarik kan aktiviti-aktiviti diorang ? Yang river crossing tu aku tak pernah rasa lagi. Yang lain tu aku dah merasai kot. Semoga perkhemahan aku pada kali ini berjalan dengan lancar. Nantikan entri aku selepas aku pulang dari berkhemah k.

Sempat lagi aku google images Sungai Tekala. Cantek wooo.. Tak saba nak p sana nie. Yey!

Sekian saya melaporkan.

Selamat berkhemah untuk aku.

Sebut je perkhemahan mesti ingat Malam Kebudayaan kan. Kenape la perkhemahan nie takde pun malam kebudayaan dalam tentatif . Kalau ad kan boleh aku tunjuk bakat aku . haha.

Tag : student life
14 Komen untuk "Perkhemahan di Sungai Tekala | Cantik ke Tempat tu ? |"

untungla.... hehe


http://bulatmata.blogspot.com/

wow best tu .. enjoy ok huhu

Semoga selamat pergi dan selamat pulang +_+

x BEST !!!!!!!!!! Hahaha..

budaya apa yg ko boleh tunjuk?huhu.motif tersilap tgk tarikh.

budi bahasa budaya kita.. :) haha

bestla kan dapat kawan baru? ahakks! :P

ce citer ce citer..ahakz.

mak aii,best nyeeeee,,,aku pon camping gak ri tu,,lalala :P

salam...
boleh sy tawu apa aktiviti yg dilakukan utk 'Aktiviti Kemasyarakatan Cinta Alam' ?

Back To Top