11 Hotel Best di Kuantan, Pahang

Perkongsian kali ini mengenai hotel best di Kuantan, Pahang. Pahang juga banyak hotel yang menarik tau. Ada yang terletak berhampiran pantai, dipusat bandar dan hotel yang dikelilingi hutan menghijau pun ada 😎 

11 Hotel Best Kuantan, Pahang


Kalau korang ini menempah hotel-hotel best di Kuantan yang disenaraikan dibawah, korang boleh klik link biru yang aku share disetiap hotel okay. Ada link agoda dan booking.com. Harga yang dipaparkan ialah harga sekitar penghujung Julai 2023. 


hotel best di kuantan pahang 2023


Harga juga sentiasa berubah mengikut tarikh dan musim perayaan dan percutian. Jadi, rancanglah percutian korang sebaiknya untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Okay? Biasanya kalau tempah lebih awal, dan tempah pada weekdays, harganya lebih murah. 

1. Swiss-Belhotel Kuantan 


hotel best di kuantan pahang


Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 4km sahaja dari Pantai Teluk Cempedak. Pelbagai tarikan terdapat di hotel ini antaranya kolam renang yang luas dan cantik, pusat kecergasan, restoran, dan pemandangan pantai & laut. 


Harga yang ditawarkan serendah RM176 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





2. Hyatt Regency Kuantan Resort 


hotel best di kuantan pahang


Resort bertaraf 5 bintang ini terletak di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan iaitu kira-kira 5km sahaja dari Berjaya Megamall Kuantan. Antara tarikan menarik di hotel ini termasuklah urutan spa, pusat kecergasan, restoran, kolam renang luaran yang besar, serta pemandangan pantai dan laut yang cantik. 


Harga yang ditawarkan serendah RM408 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





3. Adena Beach Resort 



adena beach resort best di kuantan


Resort mewah bertaraf 3 bintang ini terletak berhampiran pantai pantai menarik di Kuantan iaitu Pantai Balok, Pantai Batu Hitam dan Pantai Beserah. Antara tarikan di pantai ini termasuklah private beach, kolam renang luaran yang besar, restoran & cafe. 


Harga yang ditawarkan serendah RM207 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 




4. Mandurah Hotel


mandurah hotel best di kuantan


Hotel cantik bertaraf 3 bintang ini terletak kira-kira 400m sahaja dari Pantai Balok, Kuantan. Antara tarikan hotel ini termasuklah urutan spa, restoran yang mengadap laut & pantainya yang cantik. 


Harga yang ditawarkan serendah RM142 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 





5. Swiss Garden Beach Hotel 




Resort bertaraf 4 bintang ini terletak di Beserah, Kuantan iaitu kira-kira 11km sahaja dari Pantai Teluk Cempedak. Pelbagai tarikan menarik terdapat di resort ini termasuklah pantai peribadi, kolam renang terbuka yang luas, spa & sauna, pusat kecergasan, restoran dan cafe. 


Harga yang ditawarkan serendah RM284 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 



6. Mangala Resort & Spa - All Villa 


mangala resort spa best di kuantan


Resort cantik bertaraf 5 bintang ini terletak kira-kira 8km dari Gambang Waterpark Resort. Resort ini dikelilingi hutan yang menghijau dan tasik yang luas. Pelbagai tarikan terdapat di sini seperti kolam renang peribadi, spa, restoran, cafe dan pemandangannya yang indah. 


Harga yang ditawarkan serendah RM864 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan.   





7. Zenith Kuantan 


hotel best kuantan zenith hotel


Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak betul betul di bandar Kuantan iaitu kira-kira 5 minit sahaja berjalan kaki ke East Cost Shopping Mall Kuantan. Pelbagai tarikan yang terdapat di hotel ini antaranya spa, sauna, gym, kafe, swimming pool yang besar dan banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan serendah RM307 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan bilik yang ditempah. Sarapan pagi jual turut disediakan buat para tetamu. 





8. AC Hotel by Marriot Kuantan


AC Hotel best di Kuantan Pahang


Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak ditengah Bandar Kuantan. Hanya sekitar 1km sahaja dari Berjaya Megamall. Antara tarikan di hotel ini ialah kolam renang luaran yang besar, kafe dan turut menyediakan pusat kecergasan.


Harga yang ditawarkan serendah RM220 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 




9. Grand DarulMakmur Hotel


grand darulmakmur hotel best kuantan


Hotel ini terletak di ditengah Bandar Kuantan. Hanya sekitar 400m sahaja ke Berjaya Megamall. Memang cukup sesuai buat korang yang ingin merasai pengalaman bercuti di tengah Bandar Kuantan. Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini termasuklah restoran, kolam renang, gym dan sauna. 


Harga yang ditawarkan pula serendah RM235 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





10. Samsuria Beach Apartment


samsuria beach apartment resort kuantan pahang


Penginapan ini agak jauh dari pusat Bandar Kuantan iaitu sekitar 25km jaraknya dari Pusat Bandar. Kalau ingin merasai pengalaman menginap berhampiran pantai, mungkin apartment ini boleh dijadikan pilihan. Tarikan yang menarik di sini seperti pantai peribadi, kolam renang, spa, restoran dan gym. Penginapan ini sesuai untuk keluarga besar.


Harga yang ditawarkan serendah RM188 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 





11. Shahzan Hotel


shahzan hotel best di kuantan


Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di Bandar Kuantan iaitu sekitar 400m sahaja dari Kuantan Parade. Antara tarikan di hotel ini termasuklah kolam renang luaran yang besar, restoran dan kafe. Hotel ini sesuai buat korang yang ingin menginap di Pusat Bandar Kuantan. 


Harga yang ditawarkan serendah RM108 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





Semoga perkongsian mengenai hotel best di Kuantan, Pahang dapat dijadikan rujukan buat korang yang merancang percutian ke Kuantan. 


Selamat bercuti guys! 
0 Komen untuk "11 Hotel Best di Kuantan, Pahang"

Back To Top