7 Hotel Best di Batu Ferringgi, Penang

Perkongsian hari ini mengenai hotel best di Batu Ferringgi, Penang. Korang yang merancang percutian ke Penang boleh jadikan perkongsian ini sebagai rujukan okay. Memang cantik sangat hotel-hotel di Batu Ferringgi. Harga pun kemain cantik ya 😂


7 Hotel Best Batu Feringgi, Penang


hotel best di batu ferringgi penang


Harga yang dipaparkan disetiap hotel ialah harga pada sekitar penghujung Julai 2023. Harga biasanya berbeza beza juga mengikut tarikh, musim perayaan, percutian. Kalau korang nak tempah, aku dah share link agoda dan booking.com disetiap hotel tau. Korang just tekan link biru yang aku share tu okay. 😎

1. Bayview Beach Resort 


bayview hotel best di penang


Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 400meter sahaja dari Pantai Batu Ferringgi dan kira-kira 20 minit pemanduan ke Georgetown. Antara tarikan menarik di hotel Bayview Beach Resort Penang ini ialah perkhidmatan spa, bar, fitness center, indoor swimming pool, restoran dan semestinya pemandangan pergunungan dan lautan yang cantik. 


Harga yang ditawarkan serendah RM261 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





2. DoubleTree by Hilton Penang


doubletree by hilton hotel best di Penang


Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 2km dari Pantai Batu Ferringgi. Selain pemandangan laut yang indah, hotel ini juga mempunyai tarikan lain seperti kolam renang luaran yang besar, restoran, spa, coffee shop dan fitness center. 


Harga yang ditawarkan serendah RM281 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 


3. Shangri-La Golden Sands 



shangri la hotel best penang


Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 20 minit pemanduan ke Georgetown dan hanya boleh berjalan kaki sahaja ke Pantai Batu Ferringgi iaitu berjarak 100meter sahaja. Antara tarikan menarik di Shangri-La Golden Sands Penang ialah restoran, coffee shop, salon, spa, fitness center, swimming pool yang besar & banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan pula serendah RM426 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan juga turut disediakan buat para tetamu. 





4. PARKROYAL Penang Resort


parkroyal resort penang best


Hotel mewah bertaraf 5 bintang nie hanya berjarak sekitar 90 meter sahaja dari Pantai Batu Ferringgi. Terkenal dengan tarikannya yang dikelilingi pokok-pokok menghijau, dengan pemandangan laut dan pergunungan memang sejuk mata memandang. Terdapat pelbagai kemudahan menarik seperti salon, spa, sauna, restoran, kafe, swimming pool, waterpark dan banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan serendah RM480 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 




5. Hard Rock Hotel Penang


hard rock hotel best PENANG


Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak kira-kira 200 meter sahaja dari Pantai Batu Ferringgi. Hotel ini juga menawarkan pemandangan kehijauan, pergunungan dan lautan. Kemudahan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya seperti spa, bar, nightclub, outdoor swimming pool, restaurant, waterpark dan banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan serendah RM510 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan. 




6. Lost Paradise Resort 


lost paradise resort best penang


Resort dengan dekorasi ala tradisional yang cantik ini terletak kira-kira 15 minit sahaja pemanduan dari Georgetown. Tarikan di Lost Paradise Resort Penang ialah berhadapan pantai, menyediakan kolam renang outdoor yang cantik, salon, spa, massage dan restoran yang menarik. 


Harga yang ditawarkan serendah RM174 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 




7. Shangri-La Rasa Sayang


shangri la rasa sayang penang


Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak kira-kira 200 meter sahaja dari Pantai Batu Ferringgi. Hotel ini dikelilingi taman yang menghijau dan dengan pemandangan lautan dan pergunungan dari kejauhan. Memang sangat indah pemandangannya. Tarikan yang terdapat di Shangri-La Rasa Sayang seperti swimming pool besar, pusat kecantikan dan spa, fitness center, restaurant & kafe dan banyak lagi. 


Harga yang ditawarkan pula serendah RM790 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





Semoga perkongsian mengenai 7 hotel best di Batu Feringgi, Penang sedikit sebanyak dapat membantu korang yang ingin bercuti ke Penang tau. 


Selamat bercuti guys! 
1 Komen untuk "7 Hotel Best di Batu Ferringgi, Penang "

Saya pernah tinggal di ShangrI-La Golden Sand.. memang best dan berbaloi-baloi..

Back To Top