10 Hotel & Penginapan Murah di Melaka

Sebelum ini aku ada berkongsi mengenai hotel & resort best sekitar Melaka. Kali ini nak berkongsi pula mengenai hotel hotel & penginapan murah di Melaka. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mengimpikan percutian bajet di Melaka bersama keluarga & yang tersayang 😎

10 Hotel Penginapan Murah Melaka


hotel hotel murah Melaka


Kalau korang ingin menempah hotel-hotel dibawah, boleh tekan link agoda atau booking.com yang aku dah letak dibawah setiap hotel okay. Harga yang dinyatakan ialah harga pada penghujung May 2023 tau. Harga mungkin berbeza beza mengikut tarikh. 

Bagi melancarkan percutian korang, ada baiknya korang menempah hotel lebih awal bagi mengelakkan bilik yang penuh dan bilik yang korang berminat sudah habis ditempah orang lebih awal. Maka rancanglah percutian korang sebaiknya okay! 😎

Credit : 13 Hotel Murah Bawah RM100 Melaka

1. Hallmark Hotel Leisure 


Hotel murah ini terletak di Persiaran Jonker, Melaka. 


hotel hotel murah Melaka


Hotel ini berdekatan Jonker Walk hanya berjalan kaki sahaja ke Jonker Walk. Bilik yang disediakan dari deluxe single sehinggalah bilik family suite yang sesuai untuk percutian keluarga kecil. 


hotel hotel murah Melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM59 sahaja tau. Harga bergantung kepada jenis bilik dan tarikh korang membuat tempahan. 




2. Mercury Boutique Hotel


Hotel dengan harga bajet ini terletak di Pusat Bandar Melaka. 


hotel murah Melaka


Hotel ini berhampiran Mahkota Parade Melaka. Bilik yang disediakan termasuklah bilik standard sehingga bilik keluarga yang boleh memuatkan kira-kira 6 penghuni pada satu masa. Sesuai untuk percutian bersama anak-anak yang ramai. 


hotel murah di MELAKA


Harga yang ditawarkan serendah RM82 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah juga. 




3. Venus Boutique Hotel 


Hotel ini juga terletak berhampiran Mahkota Parade Melaka. 


hotel murah di MELAKA


Hotel ini menyediakan bilik dari bilik standard deluxe sehingga family deluxe yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni pada suatu masa. 


hotel murah di MELAKA


Harga yang ditawarkan serendah RM79 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik yang ditempah dan tarikh anda membuat tempahan. 




4. Mio Boutique Hotel 


Hotel murah seterusnya terletak di Pusat Bandar Melaka.




Antara bilik yang disediakan termasuklah bilik superior single sehinggalah bilik family deluxe yang boleh memuatkan kira-kira 6 penghuni. 




Harga yang ditawarkan ialah serendah RM55 sahaja tau. Harga bergantung kepada jenis bilik yang ditempah dan tarikh tempahan. 




5. Prima Hotel 


Hotel ini terletak kira-kira 1km sahaja dari Dataran Pahlawan Melaka. 


hotel murah di MELAKA


Bilik yang disediakan dari bilik superior sehingga bilik family triple room yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni pada satu masa. 


senarai hotel bajet murah melaka


Hotel ini serendah RM66 sahaja tau. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pengunjung yang berminat. 😁




6. Hallmark Crown Hotel


Hotel dengan harga murah ini terletak di Pusat Bandar Melaka. 


senarai hotel bajet murah melaka


Antara bilik yang disediakan termasuklah bilik standard sehingga bilik family suite yang boleh memuatkan kira-kira 4 orang penghuni pada satu masa. Terdapat bilik yang tidak mempunyai pemandangan & mempunyai pemandangan sekitar bandar Melaka.


senarai hotel bajet murah melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM79 sahaja tau. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan yang berminat. 




7. Euro Rich Hotel


Hotel seterusnya terletak di Pusat Bandar Melaka.




Antara bilik yang disediakan dari bilik deluxe twin sehingga bilik family premier extra yang boleh memuatkan sehingga 9 orang penghuni pada satu masa. Memang sangat sesuai buat penginapan family besar.


senarai hotel bajet murah melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM62 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 




8. Seri Costa Hotel


Hotel murah seterusnya terletak di Pusat Bandar Melaka. 




Kalau berminat untuk menginap di hotel ini, terus tempah tau sebabnya bilik-bilik di sini sentiasa penuh. Mungkin hotelnya tampak gah tetapi harganya sangat mampu milik ✌


senarai hotel bajet murah melaka


Harga yang ditawarkan serendah RM82 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga ada disediakan buat para pelanggan mereka.



9. Hallmark View Hotel


Seperti hotel Hallmark lain, hotel ini juga terletak di Pusat Bandar Melaka. 




Antara bilik yang disediakan termasuklah bilik family suite yang boleh memuatkan kira-kira 5 orang penghuni. 


hotel bajet murah melaka


Harga bilik di sana serendah RM59 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga ada disediakan buat para pelanggan mereka.




9. Temasek Hotel


Hotel seterusnya terletak di Pusat Bandar Melaka. 




Bilik-bilik di hotel ini sentiasa laku keras dan penuh. Korang yang ingin menginap di sini, make sure membuat tempahan seawal mungkin tau. 😎


senarai hotel bajet murah melaka


Harga bilik serendah RM93 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 




10. Arenaa Deluxe Hotel 


Hotel murah seterusnya ialah Arena Deluxe Hotel yang terletak di Pusat Bandar Melaka. 




Hotel ini juga menyediakan bilik family, quadruple & presidential suite yang sesuai untuk percutian bersama anak-anak. 


senarai hotel bajet murah melaka


Harga bilik ialah dari serendah RM66 sahaja tau. Harga bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. 




Itu sajalah antara 10 hotel murah sekitar Melaka yang korang boleh jadikan rujukan sekiranya korang ingin merancang percutian di Melaka. Sebenarnya ada banyak lagi tau hotel hotel yang murah di Melaka. Kalau korang tempah hotel yang diatas pun dah dikira murah sangat dah nie. Hotel-hotelnya pun lawa lawa betul kan 😎
0 Komen untuk "10 Hotel & Penginapan Murah di Melaka "

Back To Top