10 Hotel Hotel Murah di Port Dickson

Sebelum ini aku ada kongsikan dekat korang hotel hotel best di Port Dickson. Kali ini aku nak berkongsi mengenai hotel hotel murah di Port Dickson pula. Semoga perkongsian ini boleh menjadi rujukan buat korang yang merancang percutian bajet ke Port Dickson okay. 


10 Hotel & Penginapan Murah Port Dickson




Untuk membuat tempahan hotel murah Port Dickson yang aku senaraikan dibawah, korang just tekan link biru agoda atau booking.com yang aku dah letak disetiap hotel okay. Takpun korang boleh search hotel yang korang nak booking dekat widget agoda yang aku dah letak sesiap dalam blog aku. 😎 


Harga yang aku sebutkan dibawah adalah harga pada penghujung Mei 2023 tau. Harga mungkin berbeza beza mengikut tarikh & hari okay. Berdasarkan pemerhatian aku, harga pada hari biasa lebih murah berbanding harga pada hujung minggu. So sila rancang percutian anda sebaiknya okay✌


1. PD Marina Resort 


Resort murah ini terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. 



Ada apartment dengan 1 bilik sehingga apartment dengan 3 bilik. Boleh memuatkan kira kira 6 penghuni pada satu masa. Yang pasti resort ini memang cukup murah. Terdapat swimming pool untuk para pengunjungnya. 



Harga yang ditawarkan kira kira RM62 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh & jenis bilik yang dipilih. 


Tempah di agoda sekarang

Tempah di booking.com sekarang 


2. 1 Hotel Signature


Hotel dengan bajet murah ini terletak di PD Waterfront. 




Terdapat bilik standard deluxe dan bilik family. Ada bilik yang boleh memuatkan kira-kira 6 penghuni pada satu masa. 





Harga yang ditawarkan serendah RM69 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan juga jenis bilik. 





3. Clover Hotel 


Hotel ini terletak di PD Waterfront. 




Ada superior room sehingga deluxe triple room. Ada bilik yang mempunyai tingkap & yang tidak mempunyai tingkap. 





Harga yang ditawarkan serendah RM75 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan juga tarikh tempahan korang. 





4. Langit Langit Hotel 


Hotel murah ini terletak sekitar PD Waterfront.




Dekorasi dalaman hotel ini cantik & kemas sekali. Bilik yang paling murah ialah bilik basic (katil double). Malah terdapat juga bilik superior yang luas dan mempunyai beranda. 




Harga yang ditawarkan serendah RM74 sahaja tau. Murah kan? 👀





5. Merlin Hotel 


Merlin Hotel ini antara hotel murah di PD yang terletak di PD Waterfront. 




Terdapat bilik twin deluxe sehingga family deluxe. 




Harga yang ditawarkan serendah RM77 sahaja tau. Harga bergantung kepada jenis bilik dan juga tarikh tempahan korang.





6. Mirage Hotel 


Mirage Hotel juga antara hotel termurah di PD yang terletak di Pekan Teluk Kemang. 




Terdapat deluxe room sehingga family suite. Ada bilik yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni. Sesuai untuk mereka yang ingin bercuti bersama anak-anak. Ada juga bilik yang tidak mempunyai tingkap.




Harga yang ditawarkan serendah RM82 sahaja tau. Bergantung kepada tarikh tempahan dan juga jenis bilik korang. 





7. The Grand Beach Resort 


Hotel murah ini terletak di Kampung Si Rusa, Port Dickson. 





Setiap bilik mempunyai beranda. Ada juga bilik yang mengadap laut. Kolam renang besar juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





Harga yang ditawarkan serendah RM113 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan dan juga jenis bilik yang ditempah. 





8. Glory Beach Resort 


Resort murah di PD ini terletak di Taman Tanjung, Port Dickson. 




Antara bilik yang disediakan di sini termasuklah bilik pangsapuri, apartment sehingga yang paling besar iaitu penthouse. Harga juga berbeza beza mengikut jenis. Terdapat juga bilik yang mempunyai pemandangan laut yang sangat cantik. Kolam renang yang besar juga turut terdapat di sini.




Harga yang ditawarkan serendah RM99 sahaja tau. Penginapan ini memang sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dan anak anak yang ramai. 





9. PD Golf & Country Club 


Penginapan ini terletak di Kampung Si Rusa, Port Dickson. 




Untuk kaki golf, penginapan ini mungkin sesuai buat korang. Bila dah selesai main golf, boleh terus check in dan beristirehat bersama keluarga atau kawan-kawan. Bilik family juga ada disediakan di sini tau. Penginapan ini juga dilengkapi dengan kolam renang sederhana besar. 




Harga yang ditawarkan ialah serendah RM87 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik yang ditempah dan tarikh penginapan. 




10. Ehsan Seaview Hotel 


Hotel murah ini terletak di PD Waterfront, Port Dickson. 




Kebanyakan bilik di hotel ini mempunyai pemandangan laut yang kebiruan memang cantik mata memandang. 😍 Kolam renang yang besar juga disediakan juga mengadap laut. 





Harga yang ditawarkan serendah RM112 sahaja. Sarapan juga turut disediakan buat para pelanggan yang berminat. 





Itu sahaja antara 10 hotel murah di Port Dickson yang boleh dijadikan penginapan untuk percutian korang di sana. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buah korang terutamanya apabila hendak menempah hotel murah dengan harga bajet di Port Dickson. Selamat bercuti guys! 
0 Komen untuk "10 Hotel Hotel Murah di Port Dickson"

Back To Top